Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan - Sinopsis Dan Tayangan Di TV3 & iQIYI

Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan di TV3 dan iQIYI

Saksikan drama Bukan Puteri Lindungan Bulan yang akan menemui penonton mulai 21 Mac 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda di saluran TV3 atau boleh juga tonton secara online di Tonton.

Selain itu, drama yang bakal menggantikan Serpihan Sayang ini juga anda boleh strim menerusi platform web dan aplikasi iQIYI. Tontonan boleh dibuat sejurus selepas habis tayangan di tv iaitu pada jam 11.00 malam khusus untuk pengguna VIP dan secara percuma kepada semua 48 jam kemudian. Boleh tonton disini.

Drama 40 episod yang merupakan adaptasi novel dengan judul yang sama 'Bukan Puteri Lindungan Bulan' karya Afiera Malik ini merupakan terbitan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd., diarahkan oleh Pali Yahya dengan nukilan skrip daripada Eenaz Mokhtar.

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Berikut merupakan antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama Bukan Puteri Lindungan Bulan seperti Hisyam Hamid, Janna Nick, Amar Baharin, Niena Baharun, Afifah Nasir, Shah Iskandar, Zarina Zainuddin dan ramai lagi.

  • Janna Nick sebagai Lara
  • Hisyam Hamid sebagai Zafir
  • Amar Baharin sebagai Zakuan
  • Niena Baharun sebagai Farah
  • Afifah Nasir sebagai Sabrina
  • Shah Iskandar sebagai Lukman

Sinopsis Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan

Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan mengisahkan tentang seorang gadis iaitu Larasati Aisya yang merupakan seorang berjiwa besar serta hidup dalam penuh kemewahan tetapi penuh pancaroba.

Lara terpaksa berhenti daripada pelajaran kerana perlu menguruskan perniagaan arwah bapanya. Ibunya, Datin Fariza telah berkahwin dengan sahabat rapat bapanya membuatkan Lara berjauh hati dan renggang dengan ibunya. Mempunyai teman lelaki bernama Zafir seorang yang penyayang serta sangat memahami diri Lara.

Lara mempunyai seorang abang iaitu Luqman Aliff (Luke). Perkahwinan Lukman Alif dengan Sabrina mencetuskan konflik antara Lara dan kakak iparnya itu yang digambarkan sebagai seorang yang materialistik serta curang. Lara amat tidak sebulu dengan beliau apatah lagi selepas Sabrina sama-sama bekerja di syarikat Lara. Sabrina mempunyai hubungan intim dengan Zakuan.

Peristiwa Lara diperkosa oleh Zakuan telah membawa kepada pernikahan Lara dan Zafir. Ketika mengandung muncul pula kekasih lama Zafir, Tengku Farah yang membawa kepada pernikahan mereka berdua. Kemuncak cerita Zafir terpaksa berpisah dengan Lara atas desakan Farah.

Tayangan Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan

Jadi untuk ketahui apakah kesudahannya, anda perlu tonton drama Bukan Puteri Lindungan Bulan mulai 21 Mac ini, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam di slot Samarinda di TV3 atau boleh strim di iQIYI.

Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan di TV3 dan iQIYI

Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan di TV3 dan iQIYI

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post