Info Dan Sinopsis Drama Gadis EXXtra - Saiz Bukan Ukuran Di Astro Ria

Drama Gadis EXXtra - Saiz Bukan Ukuran Di Astro Ria

Saksikan drama Gempak Original berjudul Gadis EXXtra - Saiz Bukan Ukuran yang akan menemui penonton mulai 1 Mac 2023, bersiaran setiap hari Rabu pada jam 9.30 malam menerusi saluran Astro Ria 104 dan Astro Go.

Drama yang bakal bersiaran bagi menggantikan Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 ini merupakan terbitan syarikat produksi Radius One Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Nizam Zakaria.

Sinopsis Drama Gadis EXXtra

Drama Gadis EXXtra - Saiz Bukan Ukuran menampilkan barisan pelakon seperti Rita Nadira, Elyshia Abegail, Noreen Iman, Aqil Taqeeuddin, Hariz Hamdan, Zamarul Hisham, Datuk Sri Eizlan Yusof, Marisa Yasmin dan ramai lagi.

  • Rita Nadira sebagai Irwinda
  • Elyshia Abegail sebagai Nina
  • Noreen Iman sebagai Shahira
  • Aqil Taqeeuddin sebagai Hanif
  • Hariz Hamdan sebagai Nik
  • Zamarul Hisham sebagai Arman
  • Datuk Sri Eizlan Yusof sebagai Zalif
  • Marisa Yasmin sebagai Shireen

Ianya mengisahkan tentang 3 sahabat iaitu Nina, Irwinda dan Shahira yang berusaha mencari kerja tetap tetapi gagal. Sudah banyak interview yang mereka pergi, tetapi tidak diterima dengan pelbagai sebab.

Disebabkan itu, mereka membuat keputusan untuk memulakan perniagaan foodtruck dengan menjual 'Queen Ice Cream". Tetapi tanpa mereka sedari, mereka telah ditipu oleh pemilik foodtruck yang masih berhutang.

Drama Gadis EXXtra - Saiz Bukan Ukuran Di Astro Ria

Drama Gadis EXXtra - Saiz Bukan Ukuran Di Astro Ria

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Info Dan Sinopsis Drama Gadis EXXtra - Saiz Bukan Ukuran Di Astro Ria"