Drama Jaga Aku Selamanya - Sinopsis Dan Tayangan Di TV3

Drama Jaga Aku Selamanya di TV3

Saksikan drama Jaga Aku Selamanya yang akan menemui penonton mulai 15 Mac 2023, bersiaran setiap hari Rabu hingga Sabtu pada jam 9.00 malam menerusi slot Slot Lestary di saluran TV3 atau boleh juga tonton secara online di Tonton.

Drama 13 episod yang idea asal daripada Wan Hasliza Wan Zainuddin ini bersiaran bagi menggantikan Kami Budak Band. Ianya diterbitkan oleh KL Motion Picture serta arahan bersama Rashidi Ishak, Wan Alauddin Wan Zainuddin dan Shahril Sarjen.

OST Drama

Tajuk Lagu : Seringkali
Penyanyi : The Impatient Sisters
Komposer : Soraya Taib, Nazeera Taib, Irena Taib
Penulis Lirik : Soraya Taib, Nazeera Taib, Irena Taib

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Berikut merupakan antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama Jaga Aku Selamanya seperti Nadiya Nisaa, Puteri Rafasya, Baqir Jamalullail, Dzul Hadziq, Putri Iesya, Johan As'ari, Rashidi Ishak, Hafiz Halim, Haeriyanto Hassan, Danish Hazriq, Iman Corinne Adrienne dan ramai lagi.

  • Nadiya Nisaa sebagai Maya
  • Puteri Rafasya sebagai Mia
  • Baqir Jamalullail sebagai Azhar
  • Dzul Hadziq sebagai Adi
  • Putri Iesya sebagai Yeye
  • Johan As'ari sebagai Syukri
  • Rashidi Ishak sebagai Peguam Yusof

Sinopsis Drama Jaga Aku Selamanya

Drama Jaga Aku Selamanya mengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Maya dan Syukri yang mana mereka mempunyai 5 orang anak yang hidup di dalam kemiskinan. Kehilangan Syukri secara tiba-tiba menyebabkan kehidupan Maya anak-beranak menjadi huru-hara.

Maya terpaksa meninggalkan anak-anaknya untuk mencari rezeki di kota dan mengharapkan Mia,12 tahun sebagai anak sulung untuk menjaga adik-adiknya. Maya juga telah memberikan kepercayaannya kepada Seri iaitu jirannya agar Seri dapat menghulurkan duit kepada Mia setelah dia mendapat gaji.

Namun begitu, Seri telah menggunakannya untuk tujuan yang lain dan ini menyebabkan Mia dan adik-adiknya hilang punca untuk membeli makanan. Tidak sanggup melihat adik-adiknya kelaparan, Mia telah membuat keputusan untuk bekerja di sawah kebun.

Kekurangan wang untuk membayar sewa rumah juga telah menyebabkan Mia dan adik-adik beradiknya telah dihalau oleh pemilik rumah. Mia terpaksa membawa adik-adiknya dan berteduh di bawah jambatan sehingga dia di bantu oleh Pak Ehsan. Pak Ehsan telah memberi mereka tempat perlindungan sementara di sebuah bengkel.

Tayangan Drama Jaga Aku Selamanya

Jadi untuk ketahui apakah kesudahannya, jangan lupa tonton drama Jaga Aku Selamanya mulai 15 Mac ini, setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9.00 malam di slot Lestary di TV3 atau boleh strim di Tonton.

Drama Jaga Aku Selamanya di TV3

Drama Jaga Aku Selamanya di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post