Drama Masjid Nak Roboh - Sinopsis Dan Tayangan Di TV2

Drama Masjid Nak Roboh di TV2

Saksikan drama terbaru Masjid Nak Roboh yang akan menemui penonton mulai 27 Mac 2023, bersiaran setiap hari Isnin dan Selasa pada jam 8.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau anda boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Drama 13 yang bakal menggantikan Dinasari ini merupakan terbitan syarikat produksi Silver Screen Entertainment Sdn. Bhd., diarahkan oleh Hazali Haji Ramli dengan nukilan skrip bersama daripada Yem Sabri dan Ken Ridzuan.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama Masjid Nak Roboh ini seperti Zaidi Omar, Ismail Yaacob, Eyra Hazali, Alif Hadi, Nisdawati, Norwati Sadali, Muhsin Hakim, Zarynn Min, Tengku Zara dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Zaidi Omar sebagai Pak Mansoor
  • Ismail Yaacob sebagai OKB
  • Eyra Hazali sebagai Jameela
  • Alif Hadi sebagai Syukri
  • Nisdawati sebagai Mak Asiah
  • Norwati Sadali sebagai Cik Suriati
  • Muhsin Hakim sebagai Azman

Sinopsis Drama Masjid Nak Roboh

Secara ringkasnya, drama Masjid Nak Roboh mengisahkan tentang Pak Masdar dan Pak Bagak yang merupakan dua orang penting dalam kampung. Oleh kerana masjid di kampung mereka sudah terlalu uzur, mereka bercadang untuk membina masjid yang baru.

Tayangan Drama Masjid Nak Roboh

Jadi nak tahu tentang penceritaan penuh, jangan lupa saksikan drama Masjid Nak Roboh bermula 27 Mac ini, setiap hari Isnin dan Selasa pada pukul 8.00 malam di slot Drama On 2 di TV2 dan secara online di RTM Klik.

Drama Masjid Nak Roboh di TV2

Drama Masjid Nak Roboh di TV2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post