Siaran Langsung Live BRM vs Imigresen Piala FA 2023

Siaran Langsung Live BRM vs Imigresen Piala FA 2023

Satu lagi perlawanan yang berlangsung untuk Pusingan Pertama Piala FA 2023 adalah melibaktan pasukan Kuala Kangsar BRM FC dan Imigresen FC yang mana ianya bakal berlangsung pada 25 Mac 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Dua perlawanan kita sudah ketahui apabila Sri Pahang dan Penang berjaya mara ke pusingan 16 selepas masing-masing mengalahkan Perak dan Kedah Darul Aman. Kini tinggal lagi dua perlawanan termasuklah pertemuan antara Manjung City dan Sains.

Pertembungan 4 pasukan untuk pusingan awal Piala FA ini menjadi titik mula bagi perlawanan Liga Malaysia dalam bulan Ramadan. Ini pastinya menjadi cabaran yang berlainan jika dibandingkan dengan berlatih dan bermain pada bulan-bulan biasa yang lain.

Jika dilihat prestasi semasa di dalam Liga M3, Imigresen mempunyai kelebihan berbanding BRM. Ini kerana kedua-dua pasukan ini pernah bertembung sesama sendiri dan dalam perlawanan tersebut, Imigresen berjaya mengalahkan BRM dengan jaringan 1 gol tanpa balas.

Jadi setakat 3 perlawanan awal liga, Imigresen sudah mencatatkan dua kemenangan dan satu keputusan seri dan memperoleh 7 mata sekali gus berada di tempat keempat. Manakala BRM hanya mencatatkan satu kemenangan dan dua kekelahan dengan hanya mengumpul 3 mata serta berada di kedudukan kesembilan daripada 14 pasukan kesemuanya.

Untuk perlawanan ini, pasukan yang menang akan bertemu KL City di pusingan 16 terbaik. Manakala yang tewas akan pulang awal dan menerima nasib yang sama seperti Perak dan Kedah. Tiada lagi saingan Piala FA untuk pasukan yang tewas sepanjang musim.

Pasukan yang sinonim dengan Mighty Tigers pastinya ingin mencatatkan kemenangan sekali lagi terhadap BRM sekali gus meneruskan cabaran dan meneruskan misi untuk memburu kejuaraan dalam kejohanan Piala FA ini. BRM pula bertekad untuk tidak berputih mata kali kedua dan seterusnya untuk memberikan yang terbaik untuk pertemuan kedua kali ini.

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung BRM vs Imigresen Dalam Piala FA 2023

Sepertinya pertemuan kedua-dua pasukan kali ini bermain di stadium berbeza dari sebelumnya. BRM sebagai tuan rumah telah memilih venue di Lembah Klang iaitu di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur bagi menerima kunjungan Imigresen.

Jadi disebabkan itu nampaknya lebih ramai peminat bola sepak boleh datang untuk menyaksikan perlawanan ini selain daripada penyokong sendiri bagi kedua-dua pasukan ini. Lepas tarawih, berbaju melayu boleh terus turun ke stadium dan berikan sokongan kepada pasukan kesayangan masing-masing.

Tambahan pula, pihak pengurusan telah mengumumkan dimana masuk adalah percuma. Jadi boleh ramai-ramai datang dan saksikan secara lebih dekat perlawanan ini terutamanya mereka yang berhampiran.

Tapi jika anda rasakan tidak sempat untuk datang ke stadium, anda masih boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di kaca tv apabila ianya akan dibawakan menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 atau boleh tonton secara online di Astro Go.

Untuk mereka yang ingin menonton di web dan aplikasi Sooka, anda perlu langgan terlebih dahulu. Walaupun begitu, tiada pas 1-perlawanan berharga RM4.90 untuk Piala FA 2023 pusingan awal. Tidak boleh tidak, anda kena langgan pas bulanan untuk saksikannya iaitu dengan harga RM28.90.

Jadi kepada semua peminat bola sepak tempatan khususnya bagi kedua-dua pasukan yang bertanding untuk saksikan perlawanan ini secara live. Berikut merupakan info jadual dan keputusan antara Kuala Kangsar BRM vs Imigresen FC untuk aksi Piala FA 2023 Pusingan Pertama

25 Mac 2023 (Sabtu)

FT : BRM (0) - (1) Imigresen

  • Abdul Azim Rahim 10' (P)

*Imigresen berjaya mara ke pusingan 16 terbaik bertemu KL City

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post