Siaran Langsung Live Kuching City vs Sabah Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Kuching City vs Sabah Liga Super 2023

Untuk hari ketiga Liga Super 2023 minggu ketiga ini kita bakal dapat saksikan pertembungan 2 pasukan dari Borneo iaitu Kuching City FC dan Sabah FC yang bakal berlangsung pada 6 Mac 2023, hari Isnin bertempat di Stadium Negeri di Kuching.

Jadi orang Sabah Sarawak serta seluruh peminat bola sepak tempatan pastinya tidak sabar-sabar untuk saksikan perlawanan ini apabila bakal berlangsungnya 'derby borneo' buat pertama kali untuk musim terbaru kali ini.

Kuching City walaupun baru sahaja dinaikkan ke saingan Liga Super, tetapi untuk 2 perlawanan ini, mereka telah berjaya peroleh satu kemenangan walaupun pada minggu lalu mereka dibelasah teruk dengan jaringan 5 gol tanpa balas.

Manakala Sabah kini masih meneruskan momentum kemenangan untuk dua perlawanan awal disamping telah menjaringkan sehingga 7 gol setakat ini. Sepertinya semangat pada musim lalu dibawa hingga ke musim terbaru kali ini.

Pasukan Kuching City kini berada di tangga kelapan dengan 3 mata iaitu tiga mata yang membezakan dengan Sabah. Manakala Sabah turun ke tangga kedua dengan 6 mata apabila Selangor memintasnya semalam selepas mencatatkan keputusan seri.

Setakat 2 perlawanan dan perlawanan bertemu Kuching City, sepertinya Sabah hanya bertemu dengan pasukan yang baru sahaja dinaikkan ke Liga Super berbanding pasukan-pasukan lain. Adakah satu lagi kemenangan untuk The Rhinos kali ini?

Atau adakah Kuching City akan beraksi cemerlang lagi-lagi ketika bermain di hadapan pasukan sendiri kali ini? Pastinya mereka akan merangka strategi yang terbaik bagi menumbangkan pasukan terbaik Borneo tersebut kali ini.

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung Kuching City vs Sabah Dalam Liga Super 2023

Kalau sebelum ini, pihak pengurusan memberikan kemasukan percuma untuk semua peminat bola sepak tanah air. Kali ini anda perlu dapatkan tiket masuk ke stadium dengan beli sendiri pula. Jadi penuhkanlah stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda.

Anda boleh dapatkan tiket masuk dengan pembelian secara online menerusi laman web di www.tickethotline.com.my dengan harga tiket RM13.05 untuk tiket terbuka dan RM18.05 untuk tiket berbumbung. Tiket fizikal juga dijual di kaunter stadium dengan harga bermula RM10.00.

Selain boleh tonton di stadium, perlawanan ini akan dibawakan secara langsung menerusi di kaca tv anda menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go percuma untuk pengguna Astro Go.

Bukan itu sahaja, perlawanan ini juga akan dibawakan secara striming di platform web dan aplikasi Sooka dengan harga langganan serendah RM4.90 untuk pas 1-perlawanan atau boleh beli pas Liga Malaysia secara bulanan terus dengan harga RM28.90.

Jadi kepada semua peminat bola sepak tempatan khususnya untuk kedua-dua pasukan yang bertanding untuk saksikan perlawanan ini secara live. Berikut merupakan jadual dan keputusan antara Kuching City FC vs Sabah FC untuk aksi Liga Super 2023 LS3

6 Mac 2023 (Isnin)

FT : Kuching City (1) - (2) Sabah

  • Saddil Ramdani 24'
  • Abu Kamara 45+2'
  • Telmo Castanheira 58'

Masa : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Negeri Kuching
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post