Siaran Langsung Live Penang vs Selangor Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Penang vs Selangor Liga Super 2023

Hujung minggu anda akan dibawakan lagi sebuah perlawanan Liga Super 2023 yang mana bakal mempertemukan antara dua buah pasukan iaitu Penang FC dan Selangor FC yang bakal berlangsung pada 12 Mac 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Kedua-dua pasukan ini mempunyai nasib yang berbeza dalam tiga perlawanan awal. Penang FC sehingga kini masih belum mencatatkan sebarang kemenangan sama ada bermain di tempat sendiri mahupun bertandang di tempat lawan.

Manakala Selangor kini berada di landasan terbaik yang mana mereka masih belum tewas dalam tiga perlawanan sebelum ini yang mana hanya berlaku keputusan seri sahaja dan berlaku keciciran mata iaitu ketika bertemu Sri Pahang pada minggu lalu.

Untuk rekod, Penang mencatatkan keputusan seri apabila bertemu KL City dan Negeri Sembilan. Kemudian mereka dikejutkan apabila tewas dengan pendatang baru daripada Liga Premier sebelum ini iaitu Kelantan FC dengan jaringan 2 gol tanpa balas. Ketua jurulatih manzoor Azwira pastin perlu membuat sesuatu tentang keputusan awal ini.

Selangor yang kini kini dipimpin oleh ketua jurulatih Tan Cheng Hoe pula mencatkan dua kemenangan awal ketika bertemu Kelantan United dan Kuching City sebelum hanya mencatatkan keputusan seri pada minggu lagu ketika berhadapan dengan Sri Pahang ketika bermain di halaman sediri.

Skuad Harimau Kumbang pastinya tidak lagi ingin kehilangan mata terutamanya pada perlawanan kali ini. Mereka mempunyai kelebihan apabila bermain di tempat sendiri dan dihadapan penyokong sendiri. Tambahan pula mereka baru sahaja berjaya menumbangkan Kedah Darul Aman dalam saingan Piala FA 2023 pada Rabu lalu.

Tetapi Selangor juga mempunyai misi yang sama untuk tidak tewas yang mana sekali gus mencari kemenangan ke atas pihak lawan demi untuk mengekalkan kedudukan di kelompok atas. Kehilangan mata pasti akan menjarakkan Selangor dengan pasukan yang lebih atas selepas ini.

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung Penang vs Selangor Dalam Liga Super 2023

Pasti penyokong Penang dah tengok macam kebangkitan pasukannya dalam aksi Piala FA walaupun mereka bermain di tempat lawan. Jadi kali ini bermain di stadium sendiri, pastilah penyokong kena datang dan boleh terus berikan sokongan kepada pemain-pemain untuk beraksi dengan baik.

Jadi jangan lupa untuk datang dengan dapatkan tiket masuk yang kini boleh dibeli secara online menerusi pautan www.tickethotline.com.my dengan harga tiket bermula RM10.00 untuk tiket terbuka dan RM40.00 untuk tiket grandstand. Tiket fizikal juga akan dijual kepada orang ramai pada hari perlawanan yang boleh didapati di perkarangan stadium dengan harga yang sama.

Untuk semua penonton serta yang mereka yang tidak berkesempatan untuk ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan ini menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh tonton secara online di Astro Go percuma untuk pelanggan Astro Go.

Sebagai alternatif kepada Astro, perlawanan ini juga akan dibawakan secara live streaming di platform web dan aplikasi Sooka. Anda boleh langgan pas Liga Malaysia untuk pas 1-match dengan harga serendah RM4.90 untuk pas secara bulanan dengan harga RM28.90.

Jadi untuk semua peminat bola sepak tempatan khsusnya untuk kedua-dua pasukan yang bertanding untuk saksikan perlawanan ini secara live. Berikut merupakan jadual dan keputusan antara Penang FC vs Selangor FC untuk aksi Liga Super 2023 LS4

12 Mac 2023 (Ahad)

FT : Penang (1) - (2) Selangor

  • Ayron del Valle 27'
  • Vitor de Freitas 87'
  • Ali Al Rawabdeh 89'

Masa : 5.30 Petang
Tempat : Stadium Bandaraya Pulau Pinang
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post