Siaran Langsung Live Selangor vs Sri Pahang Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Selangor vs Sri Pahang Liga Super 2023

Sekarang masuk hari kedua untuk minggu ketiga Liga Super 2023 dan kali ini bakal mempertemukan antara Selangor FC dan Sri Pahang FC yang bakal berlangsung pada 5 Mac 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Perlawanan ini juga antara yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat bola sepak tanah air. Masing-masing mempunyai sejarah tersendiri sejak dahulu lagi. Pastinya ramai merindui pertemuan seteru ini diatas padang.

Setakat ini, Selangor beraksi cemerlang apabila peroleh dua kemenangan dalam dua perlawanan sekali gus meraih mata maksimum, enam. Bukan itu sahaja, selain JDT, Selangor juga setakat ini belum dibolosi gol daripada pihak lawan dengan jaringan keseluruhan adalah sebanyak 6 gol.

Manakala Sri Pahang pula juga tidak mengalami kekalahan tetapi hanya seri sekali ketika bertemu Negeri Sembilan pada perlawanan pembukaan minggu lalu. Perlawanan kedua pula, mereka bermula garang apabila sumbat 4 gol hanya dalam 45 minit pertama sahaja.

Pasukan Selangor kini berada di tangga kedua dibelakang Sabah yang masih mengungguli carta. Manakala Sri Pahang ditangga kelima dengan 4 mata selepas meraih keputusan seri sekali dan menang sekali setakat ini.

Adakah hari ini salah satu pasukan ini buat pertama kali akan tewas dalam saingan Liga Super 2023 kali ini? Selangor pastinya memiliki kelebihan apabila bermain di halaman sendiri dan sudah tentu tidak mahu tewas dihadapan penyokong setia mereka.

Pasukan Tok Gajah juga pasti cuba mengatur strategi yang terbaik untuk cuba menumbangkan Ged Giants atau pun sekurang-kurangnya mencuri satu mata dalam perlawanan ini. Kerana mereka kekurangan dari segi bilangan penyokong ketika bermain di away.

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung Selangor vs Sri Pahang Dalam Liga Super 2023

Penyokong setia Selangor yang berada di Lembah Klang pastinya tidak sabar-sabar untuk menyaksikan sendiri antara perlawanan besar ini di stadium. Pastinya mereka ingin memberikan sokongan yang padu kepada pasukan kesayangan mereka. Mungkin ada peminat yang datang dari Pahang juga akan memenuhi stadium petang ini

Jadi semangat sahaja tidak cukup, kena datang dan dapatkan tiket masuk secara online menerusi laman web di www.tickethotline.com.my dengan harga RM22.66 untuk tiket terbuka dan RM27.81 untuk tiket grandstand. Juga tersedia pembelian di kaunter stadium dengan harga bermula RM20.00.

Tetapi sekiranya anda tidak dapat hadir, jangan risau! Ini kerana perlawanan ini juga akan disiarkan secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh tonton secara online di Astro Go secara percuma untuk pelanggan Astro.

Tapi jika anda tiada langganan Astro, anda masih boleh menonton perlawanan epik ini menerusi platform web dan aplikasi Sooka. Anda boleh langgan dengan harga serendah RM4.90 untuk pas 1-perlawanan atau RM28.90 sebulan untuk Pas Liga Malaysia.

Jadi kepada semua peminat bola sepak tempatan khususnya untuk kedua-dua pasukan bertanding untuk saksikan perlawanan ini secara live. Berikut merupakan jadual dan keputusan antara Selangor FC vs Sri Pahang FC untuk aksi Liga Super 2023 LS3

5 Mac 2023 (Ahad)

FT : Selangor (1) - (1) Sri Pahang

  • Stefano Brundo 74'
  • Brendan Gan 88'

Masa : 5.30 Petang
Tempat : Stadium MBPJ
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go | Sooka

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post