Drama Bintang - Sinopsis Dan Tayangan Di TV3

Drama Bintang di TV3

Saksikan drama terbaru Bintang yang akan menemui penonton mulai 6 April 2023, bersiaran setiap hari Rabu hingga Sabtu pada jam 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 atau anda juga boleh tonton secara online di watch.tonton.com.my

Drama 20 episod yang bakal menggantikan Jaga Aku Selamanya ini merupakan terbitan syarikat produksi Country & Universal Sdn. Bhd., diarahkan oleh Nizam Zakaria dengan nukilan skrip daripada Haida Mazni Mohammad

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama Bintang ini seperti Daniel Fong, Ruhainies, Siti Hariesa, Keith Foo, Haidar Hasanudin, Natasha Elyzza, Ain Evon, Nadia Kesuma, Azri Iskandar, Faa Zaini, Azhar Sulaiman, Badrul Muhayat dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Daniel Fong sebagai Thirak
  • Ruhainies sebagai Iris
  • Siti Hariesa sebagai Rayna
  • Keith Foo sebagai Mustafa
  • Haidar Hasanudin sebagai Dani
  • Natasha Elyzza sebagai Kamelia
  • Ain Evon sebagai Mak Thirak
  • Nadia Kesuma sebagai Rogayah
  • Azri Iskandar sebagai Pak Mahmud

Sinopsis Drama Bintang

Drama Bintang mengisahkan tentang percintaan yang bermula di zaman persekolahan iaitu antara Iris dan Thirak. Mereka biasanya akan berjumpa apabila habis sesi persekolahan terutamanya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Iris merupakan seorang gadis yang periang dan berasal daripada keluarga yang berada. Manakal Thirak ialah seorang budak remaja berketurunan Thailand tetapi mempunyai ciri-ciri Melayu yang kuat, tambahan pula dia bersikap peramah dengan orang ramai.

Hubungan mereka sepertinya tidak disenangi oleh Mustafa yang juga menaruh hati kepada Iris. Disebabkan itu, dia memberitahu tentang hubungan Iris dan Thirak kepada ibu bapanya dan disebabkan itu, hubungan mereka putus ditengah jalan apabila Iris dihantar ke luar negara.

Beberapa tahun kemudian, Iris pulang ke Malaysia kembali setelah kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia. Ketika itu, dia cuba mencari kembali Thirak yang telah ditinggalkan sejak beberapa tahun yang lalu.

Tayangan Drama Bintang

Jadi untuk ketahui kesudahannya, jangan lupa saksikan drama Bintang yang akan bersiaran mulai 6 April ini, setiap hari Rabu hingga Sabtu pada pukul 9.00 malam di slot Lestary TV3 dan secara online di Tonton.

Drama Bintang di TV3

Drama Bintang di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Bintang - Sinopsis Dan Tayangan Di TV3"