Drama Segenap Takdir - Sinopsis Dan Tayangan Di TV3

Drama Segenap Takdir Di TV3

Saksikan drama terbaru Segenap Takdir yang akan menemui penonton mulai 24 April 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Drama 15 episod yang merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama iaitu 'Segenap Takdir' karya Tina Derika akan bersiaran bagi menggantikan drama sebelumnya Bukan Puteri Lindungan Bulan yang telah tamat pada 20 Februari yang lalu.

Naskah ini merupakan terbitan syarikat produksi A-Ten Alliance (M) Sdn. Bhd., diarahkan oleh Eoon Shuhaini dengan nukilan skrip bersama daripada Rina Khan dan Sherry Kan.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam Segenap Takdir seperti Siti Khadijah Halim, Niezam Zaidi, Zara Zya, Nabil Aqil, Sharifah Shahora, Watie Sadali, Haleeda, Azizah Mahzan, Aqeesh Aleeya, Nesa Idrus, Puteri Khareeza, Tengku Tieya dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Siti Khadijah Halim sebagai Haryani
  • Niezam Zaidi sebagai Azlan
  • Zara Zya sebagai Nadira
  • Nabil Aqil sebagai Faisal
  • Sharifah Shahora sebagai Maimun
  • Watie Sadali sebagai Salmi
  • Haleeda sebagai Mak Asmah
  • Azizah Mahzan sebagai Nek Yah

Sinopsis Drama Segenap Takdir

Drama Segenap Takdir mengisahkan tentang seorang gadis kampung iaitu Haryani yang mengidamkan kehidupan yang senang di Kuala Lumpur. Dia tekad membawa diri ke bandar.

Kemudian dia bertemu dengan Azlan yang kaya dan jatuh cinta. Dia tidak dapat menahan dirinya kerana tergila-gilakan Azlan. Walaupun Azlan sudah bertunang dengan Nadira, Haryani tidak peduli dan sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan Azlan.

Peristiwa malang berlaku sehingga memaksa Azlan mengahwini Haryani. Namun, kehidupan berumah tangga membuatkan Haryani sengsara. Azlan masih berjaya mengahwini Nadira tetapi kebahagiaan itu tidak kekal lama.

Adakah Haryani dapat menanggung semua yang dilalui atas perbuatannya sendiri? Atau ada sesuatu tentang Azlan yang Haryani sedar kemudiannya?

Drama Segenap Takdir Di TV3

Drama Segenap Takdir Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post