Jadual & Keputusan Kejohanan Badminton Asia Championships 2023 (BAC)

Jadual & Keputusan Perlawanan Kejohanan Badminton Asia Championships (BAC) 2023

Kejohanan Badminton Asia Championships (BAC) 2023 untuk acara individu kini kembali dan akan berlangsung bermula 25 sehingga 30 April 2023 yang bakal diadakan di Sheikh Rashid Bin Hamdan Indoor Hall di Dubai, UAE.

Kejohanan kali ini sudah memasuki edisi ke-40 dimana Dubai telah menjadi tuan rumah sekali lagi selepas kejohanan berpasukan campuran Badminton Asia Mixed Team Championships (BAMTC) 2023 yang berlangsung pada Februari yang lalu.

BAC merupakan antara kejohanan tahunan terbesar bagi sukan badminton di rantau Asia selepas kejohanan berpasukan (BATC) dan berpasukan campuran (BAMTC).

  • Kejohanan : Khiladax.com Badminton Asia Championships 2023 (BAC)
  • Tarikh : 25 April - 30 April 2023
  • Venue : Sheikh Rashid Bin Hamdan Indoor Hall, Dubai, UAE

Dalam kejohanan ini bakal mempertaruhkan 5 pingat emas serta gelaran juara iaitu menerusi kategori Perseorangan Lelaki, Perseorangan Wanita, Beregu Lelaki, Beregu Wanita dan Beregu Campuran. Seperti yang diumumkan oleh Badminton Asia, seramai 198 peserta yang mengambil bahagian dengan melibatkan 28 negara di rantau Asia.

Pemain-pemain terbaik ini akan berentap bagi merebut gelaran Pemain Asia Terbaik sekali gus memperoleh 12,000 mata BWF. Setiap negara dibenarkan menghantar hanya 4 pmain bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Senarai Pemain Malaysia Dalam Badminton Asia Championships 2023

Seperti yang diumumkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dimana Malaysia menghantar 17 peserta yang setiap setiap kategori yang dipertandingkan iaitu terdiri daripada pemain naugan mereka sendiri beserta pemain profesional

Perseorangan Lelaki - Lee Zii Jia, Ng Tze Yong

Perseorangan Wanita - Goh Jin Wei, Kisona Selvadurey

Beregu Lelaki -  Aaron Chia/Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin/Teo Ee Yi, Man Wei Chong/Kai Wun Tee, Tan Kian Meng/Tan Wee Kiong

Beregu Wanita - Pearly Tan/Thinaah Muralitharan, Vivian Hoo/Lim Chiew Sien

Beregu Campuran - Tan Kian Meng/Lai Pei Jing, Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie, Chan Peng Soon/Cheah Yee See, Chen Tang Jie/Toh Ee Wei

Jadual & Keputusan Perlawanan Badminton Asia Championships 2023

Kejohanan ini kali ini akan bermula pada peringkat kelayakan bagi setiap kategori. Di peringkat kelayakan ini mereka dibahagikan dalam kumpulan dan hanya juara sahaja yang layak ke pusingan utama dimana akan bermula pada peringkat 32 terbaik sehingga final.

Jadi pastinya peminat badminton tanah air tidak sabar-sabar untuk saksikan aksi permainan badminton ternama dunia beraksi termasuk daripada wakil negara yang mengambil bahagian kali ini.

Jadi jangan lupa untuk saksikan perlawanan ini yang akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Supersport 814 atau boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my. Walaupun begitu, tayangan hanya bermula pada peringkat Suku Akhir sahaja (28 - 30 April).

Manakala untuk pusingan kelayakan sehingga 16 terbaik (25 - 27 April), anda boleh saksikan secara live streaming yang akan dibawakan di Youtube Badminton Asia dan Facebook Rasmi Badminton Asia.

Berikut merupakan jadual perlawanan yang akan berlangsung hanya melibatkan pemain-pemain Malaysia sahaja sepanjang kejohanan.

Manakala, keputusan perlawanan hanya akan dikemaskini selepas habis bagi setiap perlawanan yang berlangsung.

25 April 2023 (Selasa) - Peringkat Kelayakan & Pusingan 32

Perlawanan pembukaan akan bermula pada pukul 1.00 tengah hari waktu Malaysia dan 11.00 malam untuk pusingan 32

[Peringkat Kelayakan]

[WD] Ng Qi Xuan/Teoh Le Xuan (MAS) vs (VIE) T Dinh/Pham Thi Kanh - [21-18, 21-15]

[WD] Ng Qi Xuan/Teoh Le Xuan (MAS) vs (UAE) Dhawan Gurav/Akansha Raj - [21-9, 21-7]

[Pusingan 32]

[XD] Kim Won Ho [7]/Jeong Na Eun (KOR) vs (MAS) Chen Tang Jie/Toh Ee Wei - [14-21, 13-21]

[XD] Goh Soon Huat [8]/Lai Shevon Jemie (MAS) vs (TPE) Ye Hong Wei/Lee Chia Hsin - [15-21, 22-20, 21-15]

[XD] Jiang Zhen Bang/Wei Ya Xin (CHN) vs (MAS) Tan Kian Meng [5]/Lai Pei Jing - [21-17, 21-13]

------------------------------------------------

26 April 2023 (Rabu) - Pusingan 32

Perlawanan pembukaan akan bermula pada pukul 1.00 tengah hari waktu Malaysia

[XD] Rohan Kapoor/Reddy Sikki (IND) vs (MAS) Chan Peng Soon/Cheah Yee See - [21-12, 21-16]

[WD] Chen Qing Chen [1]/Jia Yi Fan (CHN) vs (MAS) Ng Qi Xuan/Teoh Le Xuan - [21-3, 21-10]

[MD] Man Wei Chong/Kai Wun Tee (MAS) vs (IND) P.S Ravikrishna/S Udayakumar - [21-12, 21-17]

[MS] Lee Cheuk Yiu (HKG) vs (MAS) Ng Tze Yong - [21-17, 21-18]

[WS] Kisona Selvaduray (MAS) vs (THA) P Chochuwong - [21-18, 15-21, 13-21]

[MD] Ong Yew Sin [8]/Teo Ee Yi (MAS) vs (IND) M. R. Arjun/Dhruv Kapila - [12-21, 21-16, 21-12]

[WD] Vivian Hoo/Lim Chiew Sien (MAS) vs (CHN) Zhang Shu Xian [4]/Zheng Yu - [15-21, 12-21]

[WS] Goh Jin Wei (MAS) vs (KOR) An Se Young [2] - [10-21, 8-21]

[MD] Tan Kian Meng/Tan Wee Kiong (MAS) vs (IND) S. Rankireddy [6]/C Shetty - [14-21, 17-21]

[MS] Ng Ka Long Angus (HKG) vs (MAS) Lee Zii Jia [3] - [21-19, 21-16]

[MD] Leo Carnando/Daniel Marthin (INA) vs (MAS) Aaron Chia [2]/Soh Wooi Yik - [21-19, 19-21, 20-22]

------------------------------------------------

27 April 2023 (Khamis) - Pusingan 16

Perlawanan pembukaan akan bermula pada pukul 3.00 petang waktu Malaysia

[XD] Goh Soon Huat [8]/Lai Shevon Jemie (MAS) vs (CHN) Cheng Xing/Chen Fang Hui - [12-21, 22-20, 21-15]

[XD] Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) vs (INA) Praveen Jordan/Melati Oktavianti - [21-23, 21-18, 15-21]

[MD] Takuro Hoki [4]/Yugo Kobayashi (JPN) vs *(MAS) Man Wei Chong/Kai Wun Tee - [21-14, 11-3] *Retired

[MD] Ong Yew Sin [8]/Teo Ee Yi (MAS) vs (JPN) Ayato Endo/Yuta Takei - [10-21, 21-15, 22-20]

[MD] Lee Yang/Wang Chi Lin (KOR) vs (MAS) Aaron Chia [2]/Soh Wooi Yik - [14-21, 21-16, 21-19]

------------------------------------------------

28 April 2023 (Jumaat) - Suku Akhir

Perlawanan pembukaan akan bermula pada pukul 5.00 petang waktu Malaysia.

[XD] Rinov Rivaldy/Pitha Mentari (INA) vs (MAS) Goh Soon Huat [8]/Lai Shevon Jemie - [17-21, 21-15, 19-21]

[MD] Fajar Alfian [1]/Muhammad Ardianto (INA) vs (MAS) Ong Yew Sin [8]/Teo Ee Yi - [20-22, 15-21]

*Kita ada 2 wakil ke semi finallllll

------------------------------------------------

29 April 2023 (Sabtu) - Separuh Akhir

Perlawanan pembukaan akan bermula pada pukul 5.00 petang waktu Malaysia.

[XD] Zheng Si Wei [1]/Huang Ya Qiong (CHN) vs (MAS) Goh Soon Huat [8]/Lai Shevon Jemie - [21-11, 21-13]

[MD] Ong Yew Sin [8]/Teo Ee Yi (MAS) vs (JPN) Takuro Hohi [4]/ Yugo Kobayashi - [21-16, 26-24]

------------------------------------------------

30 April 2023 (Ahad) - Final

Perlawanan pembukaan akan bermula pada pukul 5.00 petang waktu Malaysia mengikut giliran. Live Streaming (akan dikemaskini) : Link 1 | Link 2 | Link 3

[WD] Yuki Fukushima [7]/Sayaka Hirota (JPN) vs (KOR) Baek Ha Na/Lee So Hee - [21-7, 21-14]

[XD] Zheng Si Wei [1]/Huang Ya Qiong (CHN) vs (CHN) Jiang Zhen Bang/Wei Ya Xin - [15-21, 16-21]

[WS] Tai Tzu Ying [4] (TPE) vs (KOR) An Se Yong [2] - [21-10, 21-14]

[MS] Loh Kean Yew [7] (SGP) vs (INA) Anthony Ginting [2] - [12-21, 8-21]

[MD] Ong Yew Sin [8]/Teo Ee Yi (MAS) vs (IND) S Rankireddy [6]/Chirag Shetty - 21-17, 17-21, 19-21]

------------------------------------------------

Podium

Beregu Wanita [WD]

  • Emas - Yuki Fukushima/Sayaka Hirota (JPN)
  • Perak - Baek Ha Na/Lee So Hee (KOR)
  • Gangsa - J Kititharakul/R Prajongjai (THA) & Mayu Matsumoto/Wakana Nagahara (JPN)

Beregu Campuran [XD]

  • Emas - Jiang Zhen Bang/Wei Ya Xin (CHN)
  • Perak - Zheng Si Wei/Huang Ya Qiong (CHN)
  • Gangsa - Dejan Ferdinansyah/Gloria Widjaja (INA) & Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie (MAS)

Perseorangan Wanita [WS]

  • Emas - Tai Tzu Ying (TPE)
  • Perak - AN Se Young (KOR)
  • Gangsa - Akane Yamaguchi (JPN) & Chen Yu Fei (CHN)

Perseorangan Lelaki [MS]

  • Emas - Anthony Sinisuke Ginting (INA)
  • Perak - Loh Kean Yew (SGP)
  • Gangsa - Kanta Tsuneyama (JPN) & Lu Guang Zu (CHN)

Beregu Lelaki [MD]

  • Emas - Satwiksairaj Rankireddy/Chirag Shetty (INA)
  • Perak - Ong Yew Sin/Teo Ee Yi (MAS)
  • Gangsa - Takuro Hoki [4]/Yugo Kobayashi (JPN) & Lee Yang/Wang Chi Lin (TPE)

Untuk dapatkan jadual terperinci melibatkan pemain-pemain lain dalam Kejohanan Badminton Asia 2022, anda boleh rujuk laman web rasmi Badminton Asia di www.badmintonasia.org atau di BWF Tournament di bwf.tournamentsoftware.com

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post