Jadual Dan Keputusan Badminton Orleans Masters 2023

Jadual Dan Keputusan Badminton Orleans Masters 2023

Selesai di Madrid, para pemain badminton bergerak pula ke sebuah lagi negara eropah bagi mengharungi kejohanan seterusnya iaitu Orleans Masters 2023 bermula dari 4 April hingga 9 April 2023 bertempat di Palais Des Sports, Orleans, France.

Orleans Masters Badminton 2023 merupakan kejohanan kesepuluh dalam kalenda BWF World Tour untuk tahun 2023 dan ianya sekali lagi merupakan acara berstatus Super 300 iaitu sama seperti kejohanan sebelumnya.

Kejohanan ini masih menawarkan mata rangking BWF yang baik bagi setiap penyertaan untuk setiap peserta beserta hadiah wang tunai dengan jumlah keseluruhan sebanyak USD 240,000 atau sekitar RM1 juta.

Kejohanan : Orleans Masters Badminton 2023
Status : Super 300
Tarikh : 4 - 9 April 2023
Tempat : Palais Des Sports, Orleans, France
Hadiah : USD 240,000 (~RM1 Juta)

Senarai Pemain Malaysia Dalam Orleans Masters 2023

Pihak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah menyenaraikan pemain-pemain negara yang bakal menggalas cabaran dalam kejohanan kali ini termasuk pemain dibawah naungan persatuan tersebut dan juga pemain-pemain profesional negara.

Terdapat 5 kategori kesemuanya bagi setiap kejohanan BWF serta dalam kejohanan ini. Malaysia berjaya layak dan menghantar semua kategori kecual Beregu Wanita.

[Perseorangan Lelaki] - Leong Jun Hao, Soong Joo Ven, Cheam June Wei

[Perseorangan Wanita] - Kisona Selvaduray

[Beregu Lelaki] - Boon Xin Yuan/Wong Tien Ci, Goh V Shem/Lim Khim Wah

[Beregu Wanita] - Tiada wakil

[Beregu Campuran] - Chan Peng Soon/Cheah Yee See, Hoo Pang Ron/Teoh Mei Xing, Chen Tang Jie [7]/Toh Ee Wei

Tayangan Siaran Langsung Perlawanan Badminton BWF Orleans Masters 2023

Untuk kejohanan ini, perlawanan tersebut akan dibawakan secara langsung di kaca tv anda menerusi saluran Astro Supersport 814 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Walaupun begitu, tayangan di tv hanya akan bermula pada peringkat separuh akhir dan sehingga final sahaja iaitu pada 8 dan 9 April ini.

Tetapi untuk peringkat awal, anda masih boleh saksikan secara live streaming yang dibawakan oleh pihak BWF sendiri iaitu menerusi saluran youtube rasmi mereka di BWF TV.

Sekiranya tiada tayangan diperlihatkan, kemungkinanan anda perlu kepada sambungan VPN (tengok sini) untuk mendapatkan akses tontonan tersebut terutamanya bagi yang berada di luar kawasan.

Jadual & Keputusan Perlawanan Badminton Orleans Masters 2023

Berikut merupakan senarai jadual penuh yang melibatkan wakil dan pemain-pemain Malaysia sahaja dalam kejohanan Orleans Masters 2023. Untuk keputusan pula akan dikemaskini setiap kali perlawanan tamat.

Jadi untuk peminat badminton tanah air khususnya, jangan terlepas untuk menyaksikan kejohanan badminton ini dan terus berikan sokongan kepada pemain-pemain negara.

4 April 2023 (Selasa) - Kelayakan [Q] & Pusingan 32

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 3.30 petang waktu Malaysia

[Kelayakan, Q]

[MS] Leong Jun Hao (MAS) vs (GER) Samuel Hsiao - [21-16, 19-21, 21-9]

[MD] Mohd Belarbi/Adel Hamek (PAK) vs (MAS) Boon Xin Yuan/Wong Tien Ci - [11-21, 11-21]

[MS] Fabian Roth (GER) vs (MAS) Leong Jun Hao - [17-21, 21-9, 13-21]

[Pusingan 32]

[MD] Goh V Shem/Lim Khim Wah (MAS) vs (JPN) K Matsui [8]/Y Takeuchi - [14-21, 15-21]

---------------------------------------------

5 April 2023 (Rabu) - Pusingan 32

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 3.30 petang waktu Malaysia

[MD] Leo R Carnando [2]/Daniel Marthin (INA) vs (MAS) Boon Xin Yuan/Wong Tien Ci - [21-14, 21-17]

[XD] Cheng Xing/Chen Fang Hui (CHN) vs (MAS) Chan Peng Soon/Cheah Yee See - [14-21, 16-21]

[MS] Soong Joo Ven (MAS)* vs (ISR) Misha Zilberman - [20-22, 3-5] *RET

[MD] Magnus Johannesen (DEN) vs (MAS) Cheam June Wei - [21-19, 21-10]

[MS] Sari Praneeth B. (IND) vs (MAS) Leong June Hao - [20-22, 17-21]

[XD] R Oupthong/J Sudjaipraparat (THA) vs (MAS) Chen Tang Jie [7]/Toh Ee Wei - [16-21, 18-21]

[WS] Iris Wang (USA) vs (MAS) Kisona Selvaduray* - [21-17, 15-21] *RET

[XD] Mads Vestergaard/Christine Busch (DEN) vs (MAS) Hoo Pang Ron/Teoh Mei Xing - [19-21, 15-21]

---------------------------------------------

6 April 2023 (Khamis) - Pusingan 16

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 4.30 petang waktu Malaysia

[XD] Chang Ko-Chi/Lee Chih Chen (TPE) vs (MAS) Chan Peng Soon/Cheah Yee See - [12-21, 21-10, 16-21]

[XD] Sai Pratheek. K/Tanisha Crasto (IND) vs (MAS) Chen Tang Jie [7]/Toh Ee Wei - [23-21, 17-21, 21-23]

[XD] Hoo Pang Ron/Teoh Mei Xing (MAS) vs (INA) R. N. Kusharjanto [4]/Lisa A Kusumawati - [17-21, 9-21]

[MS] Leong Jun Hao (MAS) vs (JPN) Koki Watanabe - [21-19, 21-16]

---------------------------------------------

7 April 2023 (Jumaat) - Suku Akhir

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 7.00 malam waktu Malaysia

[XD] Chan Peng Soon/Cheah Yee See (MAS) vs (INA) Adnan Maulana/Nita Violina Marwah - [21-17, 12-21, 9-21]

[XD] Chen Tang Jie [7]/Toh Ee Wei (MAS) vs (CHN) Jiang Zhen Bang/Wei Ya Xin - [21-14, 21-15]

[MS] Magnus Johannesen (DEN) vs (MAS) Leong Jun Hao - [21-19, 21-16]

---------------------------------------------

8 April 2023 (Sabtu) - Separuh Akhir

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 6.00 petang waktu Malaysia

[XD] Rehan Kusharjanto [4]/Lisa Ayu Kusumawati (INA) vs (MAS) Chen Tang Jie [7]/Toh Ee Wei - [10-21, 16-21]

---------------------------------------------

9 April 2023 (Ahad) - Final

Perlawanan pembukaan adalah pada jam 5.00 petang waktu Malaysia mengikut giliran

[XD] Ye Hong Wei/Lee Chia Hsin (TPE) vs (MAS) Chen Tang Jie [7]/Toh Ee Wei - [19-21, 17-21]

[MS] Priyanshu Rajawat (IND) vs (DEN) Magnus Johannesen - [21-15, 19-21, 21-16]

[WD] Liu Sheng Shu/Tan Ning (CHN) vs (JPN) Rena Miyaura [6]/Ayako Sakuramoto - [19-21, 21-16, 12-21]

[MD] Chen Bo Yang/Liu Yi (CHN) vs (INA) M. Shohibul Fikri [3]/Bagas Maulana - [21-19, 21-17]

[WS] Carolina Marin [1] (ESP) vs (USA) Beiwen Zhang [6] - [25-23, 9-21, 21-10]

---------------------------------------------

Untuk ketahui keputusan dan jadual dari perlawanan-perlawanan lain, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di https://bwfworldtour.bwfbadminton.com

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post