Siaran Langsung Live Badminton Asia Championships 2023

Siaran Langsung Live Badminton Asia Championships 2023

Pada bulan April ini, kita bakal dapat saksikan aksi badminton daripada kejohanan Badminton Asia Championships 2023 (BAC) yang bakal berlangsung bermula 25 hingga 30 April 2023 bertempat di Sheikh Rashid Bin Hamdan Indoor Hall di Dubai, UAE.

Ianya merupakan kejohanan tahunan dimana menampilkan barisan pemain terhebat dari rantau Asia. Mereka bakal merebut gelaran dan takhat Pemain Terbaik Asia sekali gus meraih mata maksimum BWF sebanyak 12,000.

Setiap negara, dibenarkan menghantar 4 wakil bagi setiap kategori dan edisi ke-40 kali ini bakal disertai sebanyak 28 negara dengan lebih 198 pemain yang mengambil bahagian termasuklah wakil daripada Malaysia.

Antara wakil Malaysia yang bertanding sudah pastinya pemain no.1 negara Lee Zii Jia, juara dunia Aaron Chia/Soh Wooi Yik, beregu wanita Pearly Tan/Thinaah Muralitharan, pemain perseorangan wanita Goh Jin Wei dan ramai lagi.

BACA : Senarai Pemain Malaysia Dalam Badminton Asia Championships 2023

Untuk kejohanan kali ini, ianya akan bermula pada peringkat kelayakan dan bagi yang berjaya melepasinya akan terus ke pusingan 32 terbaik dan sehinggalah ke final yang dijadualkan berlangsung pada 30 April kelak.

Siaran Langsung Badminton Asia Championships 2023

Untuk peminat sukan badminton tanah air, anda boleh saksikan perlawanan untuk kejohanan Badminton Asia Championships 2023 (BAC) ini menerusi saluran Astro Supersport 814 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go. Walaupunbegitu, tayangan hanya akan bermula pada peringkat Suku Akhir (28 - 30 April).

Jadi untuk pusingan awal, anda boleh saksikan secara live streaming dimana akan disiarkan di youtube rasmi Badminton Asia dan facebook rasmi Badminton Asia iaitu bermula pada peringkat kelayakan sehingga pusingan 16 terbaik (25 - 27 April).

Untuk itu, jangan lupa saksikan perlawanan badminton untuk kejohanan ini terutamanya melibatkan wakil negara. Teruskan dengan sokongan anda sehingga mereka berjaya pulang dengan kemenangan sekali gus mengarumkan nama negara di persada antarabangsa.


0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post