Siaran Langsung Live Kedah vs KL City Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Kedah vs KL City Liga Super 2023

Minggu kesembilan Liga Super 2023 diteruskan lagi dengan tujuh perlawanan dan salah satu pertemuan adalah diantara Kedah Darul Aman FC dan Kuala Lumpur City FC yang mana ianya akan berlangsung pada 18 April 2023, hari Selasa bertempat di Stadium Darul Aman di Alor Setar.

Minggu ini merupakan perlawanan terakhir yang berlangsung dalam bulan Ramadan dan akan berehat sebentar bagi sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri. Ianya akan bersambung semula untuk minggu kesepuluh iaitu pada 26, 27 dan 28 April kelak.

Jika dilihat dalam tempoh perlawanan, Kedah sepertinya mempunyai kelebihan apabila mereka tidak bermain dalam siangan Piala FA sebelum ini berbanding KL City. Jadi mereka mempunyai masa yang cukup untuk rehat dan recovery sejak minggu kelapan yang lalu.

Dengan waktu tempoh tersebut, Kedah pastinya sudah melupakan mimpi ngeri mereka ketika bertemu JDT apabila dibelasah dengan jaringan 6 gol tanpa balas. Ini juga sebenarnya perkara yang selalu kita lihat apabila bertemu dengan bekas juara liga sembilan kali tersebut.

Manakala untuk KL City, mereka sebelum ini nampaknya berada dalam landasan yang tepat untuk memburu kemenangan seterusnya apabila sudah menang tiga perlawanan berturut-turut dalam semua kejohanan. Momentum tersebut pastinya akan dibawa ketika bertemua Kedah nanti.

Tetapi jika dilihat dalam carta Liga Super, Kedah memiliki kelebihan dari segi kedudukan anak tangga. Kini mereka berada di tempat keempat dengan mengumpul 16 mata. Manakala KL City di tempat kelapan dengan meraih hanya 9 mata sahaja.

Bukan itu sahaja, Kedah juga akan bermain di homeground mereka serta akan memiliki kelebihan yang lebih besar apabila dengan hadirnya penyokong mereka sendiri yang tidak putus-putus berikan sorakan dan sokongan selama pemain berada di atas padang.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Jadi orang Alor Setar dan yang berada di sekitar, jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium nanti untuk menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan kegemaran anda serta memberikan sokongan kepada para pemain bagi memberikan aksi terbaik.

Anda kini sudah boleh mula dapatkan tiket masuk yang sudah boleh mula dibeli secara online menerusi www.tickethotline.com.my dengan harga RM18.60 untuk tiket dewasa dan RM23.69 untuk tiket grandstand. Anda juga boleh dapatkan tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Kedah vs KL City

Untuk yang tidak berkesempatan datang ke stadium, perlawanan ini juga turut dibawakan secara langsung di kaca tv untuk tontonan di rumah iaitu menerusi saluran RTM di TV2 dan Sukan RTM serta boleh juga saksikan secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Untuk yang sudah biasa menggunakan platform web sooka.my atau aplikasi Sooka, anda boleh menggunakannya untuk saksikan secara live streaming. Tidak perlu kepada langganan dan anda boleh menonton secara percuma menerusi saluran RTM tersebut.

Jadual Dan keputusan Kedah vs KL City Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara Kedah Darul Aman FC vs Kuala Lumpur City FC untuk aksi Liga Super 2023 LS9 yang mana ianya akan berlangsung pada 18 April ini, hari Selasa bertempat di Stadium Darul Aman di Alor Setar dengan waktu sepak mula pada jam 10.00 malam.

Manakala untuk keputusan perlawanan, hanya akan dikemaskini selepas habis dan tamat perlawanan 90 minit pada malam tersebut. Anda boleh dapatkan result disini.

18 April 2023 (Selasa)

FT : Kedah (2) - (3) KL City

  • Paulo Josue 11'
  • Jonathan Balotelli 25'
  • Bojan Cigar 30'
  • Romel Morales 48'
  • Caion 75'

Masa : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Darul Aman
Tayangan : TV2 dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post