Siaran Langsung Live PDRM vs Sri Pahang Liga Super 2023

Siaran Langsung PDRM vs Sri Pahang Liga Super 2023

Hari kedua untuk minggu ketujuh Liga Super 2023 diteruskan lagi dan kali ini akan mempertemukan antara pasukan PDRM FC dan Sri Pahang FC yang mana perlawanan ini akan berlangsung pada 5 April 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Di stadium inilah baru kita saksikan semalam bagaimana pasukan tuan rumah iaitu Selangor mencipta kejutan pada minit-minit akhir untuk meraih kemenangan yang keempat liga. Adakah PDRM juga mampu mencipta result yang sama untuk perlawanan pada hari ini?

Bermula sebagai underdog dan tiada siapa jangka pasukan ini yang baru dinaikkan ke Liga Super pada musim ini mampu memberikan saingan yang begitu baik untuk 3-4 perlawanan kebelakangan ini. Mereka juga baru meraih kemenangan kedua berturut-turut iaitu ketika berhadapan dengan Kelantan United dan Kuching City sebelum ini.

Sri Pahang juga apa kurangnya apabila disamping JDT, pasukan ini juga menjadi salah satu yang belum tewas. Walaupunbegitu, Sri Pahang hanya meraih dua sahaja kemenangan, empat lagi adalah berakhir dengan keputusan seri yang pastinya banyak mata yang disia-siakan tersebut.

Tapi siapa sangka, sebenarnya kedua-dua pasukan ini meriah jumlah mata yang sama iaitu 10 mata termasuk Terengganu tetapi PDRM ditempat ke-7 dan Sri Pahang di tempat ke-5. Jadi kedua-duanya tidak terlalu berbeza dari segi statistik. Masing-masing mampu untuk mencipta kejutan.

Mana-mana pasukan yang menang pada perlawanan ini, secara automatik akan berada di atas pasukan yang kalah. PDRM mampu memanjat sehingga ke tangga keempat atau lima. Juga untuk Sri Pahang yang mungkin berjaya memintas Selangor di tempat keempat jika berjaya menyumbangkan gol yang lebih.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Mungkin penyokong kelab PDRM tidak ramai berbanding dengan pasukan-pasukan yang lain kerana based negeri mereka. Tetapi pasti akan ada mereka yang setia untuk menyokong dan ingin melihat pasukan tuan rumah untuk berjaya mara lebih jauh.

Jadi untuk kedua-dua penyokong dan semua peminat bola sepak tempatan, jangan lupa datang ke stadium dengan beli tiket secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga RM18 untuk tempat duduk terbuka dan RM28 untuk tempat duduk di pentas utama. Boleh juga dapatkan tiket fizikal dengan harga yang sama di kaunter tiket stadium bermula jam 6.00 petang.

Siaran Langsung Liga Super 2023 PDRM vs Sri Pahang 

Bagi yang sudah selesai solat tarawih dan tak tahu nak buat apa, boleh la tengok perlawanan ini yang akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 3 (CH807) atau boleh juga tonton secara online di Astro Go

Kalau tiada astro, tapi nak juga saksikan perlawanan ini, boleh la striming yang dibawakan secara live menerusi platform web dan aplikasi Sooka. Boleh download di appstore atau appstore. Kemudian langgan dengan harga RM4.90 untuk pas 1-perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.

Jadual Dan Keputusan PDRM vs Sri Pahang Dalam Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual pertemuan antara PDRM FC vs Sri Pahang FC untuk aksi Liga Super 2023 LS7 dimana ianya akan berlangsung pada 5 April ini, dengan waktu sepak mula pada jam 10.00 malam bertempat di Stadium MBPJ.

Manakala untuk keputusan perlawanan ini pula hanya akan dikemaskini selepas habis perlawanan 90 minit yang berlangusng pada malam tersebut. Jadi jangan terlepas untuk saksikan aksi perlawanan Liga Super ini.

5 April 2023 (Rabu)

FT : PDRM (1) - (2) Sri Pahang

  • Baqiuddin Shamsudin 18'
  • Kpah Sherman 22'
  • James Okwuosa 76'

Masa : 10.00 malam
Tempat : Stadium MBPJ
Tayangan : Arena Bola 3 807
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post