Telefilem 30 Hari Sebelum Raya Lagi Di TV3

Telefilem 30 Hari Sebelum Raya Lagi Di TV3

Saksikan telefilem 30 Hari Sebelum Raya Lagi yang akan menemui penonton pada 28 April 2023 (raya ketujuh), bersiaran pada hari Jumaat, jam 10.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Naskah ini pernah hadir dalam drama berepisod dan ini merupakan kesinambungan daripada drama tersebut iaitu menerusi '30 Hari Sebelum Raya' yang mana ianya pernah ditayangkan di slot Diandra di TV9 pada tahun 2022 yang lalu.

Telefilem yang dibawakan sempena Raya ini merupakan terbitan syarikat produksi Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd, diarahkan oleh pengarah yang sama seperti drama iaitu Shuhaimi Lua dengan nukilan skrip daripada Mohd Shahremy Ikmal.

Sinopsis Telefilem 30 Hari Sebelum Raya Lagi

Telefilem 30 Hari Sebelum Raya Lagi menampilkan barisan pelakon yang sama seperti Kazar Saisi, Liza Abdullah, Sufian Suhaimi, Chacha Maembong, Aprena Manrose, Shakilla Khoriri, Mark Adam, Nadia Brian dan ramai lagi.

  • Kazar Saisi sebagai Pak Jeri
  • Liza Abdullah sebagai Mak Tom
  • Sufian Suhaimi sebagai Harraz
  • Chacha Maembong sebagai Saodah
  • Aprena Manrose sebagai Rosnah
  • Mark Adam sebagai Hafiz 
  • Shakilla Khoriri sebagai Hamidah
  • Nadia Brian sebagai Diana

Ianya mengisahkan tentang Harraz yang diugut oleh bekas kekasihnya dan juga anak kepada bosnya iaitu Diana untuk segera meninggalkan Saodah.

Diana meletakkan syarat supaya Harraz meninggalkan Saodah sebelum tiba Hari Raya dan jika tidak dituruti Harraz akan diugut untuk dibuang kerja dan perlu membayar pampasan kepada syarikat.

Bagaimana pengakhirnya? Adakah Harraz sanggup untuk hilang kerja demi Saodah atau Harraz akan turuti segala kemahuan si penyondol, Diana?

Telefilem 30 Hari Sebelum Raya Lagi Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post