Telefilem Bisik-Bisik Gelora Raya Di TV3

Telefilem Bisik-Bisik Gelora Raya Di TV3

Saksikan telefilem Bisik-Bisik Gelora Raya yang akan menemui penonton pada 22 April 2023 (raya pertama), bersiaran pada hari Sabtu, jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem Aidilfitri yang dibawakan khas untuk versi Raya ini merupakan terbitan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd., diarahkan oleh Riza Baharudin dengan nukilan skrip daripada Intan Zarina Mohd Yasin.

Sinopsis Telefilem Bisik-Bisik Gelora

Telefilem Bisik-Bisik Gelora menampilkan barisan pelakon seperti Redza Rosli, Raysha Rizrose, Nabil Aqil, Ruminah Sidek, Dzul Hadziq, Mark Adam, Norreen Iman dan ramai lagi.

  • Redza Rosli sebagai Jad Izudidin
  • Raysha Rizrose sebagai Banin Arumi
  • Norreen Iman sebagai Izzati
  • Nabil Aqil sebagai Wan
  • Mark Adam sebagai Ali
  • Ruminah Sidek sebagai Nek Muya

Tonton Online (akan dikemaskini) : Link 1 | Link 2

Ianya merupakan kesinambungan daripada drama siri sebelum ini 'Bisik-Bisik Gelora' dimana pengakhirannya Arumi memilih untuk berpisah dengan Jad dan membuat keputusan untuk hidup hanya berdua bersama anaknya.

Walaupun begitu, Jad masih belum terima hakikat bahawa Arumi meminta dirinya untuk dilepaskan daripada ikatan perkahwinan yang telah dibina selama lebih 10 tahun bersama.

Dalam sejak itulah, dia terus berusaha untuk memujuk dan mengambil hari Arumi kembali supaya pulang ke pangkuanya semula. Adakah Jad dapa temui kebahagiaannya bersama Arumi dan anaknya semula?

Telefilem Bisik-Bisik Gelora Raya Di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Telefilem Bisik-Bisik Gelora Raya Di TV3"