Drama Bukan Hanya Sekadar Cinta Di TV3

Drama Bukan Hanya Sekadar Cinta Di TV3

Saksikan drama terbaru Bukan Hanya Sekadar Cinta yang akan menemui penonton mulai 24 Mei 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Selain tontonan di tv, drama yang bakal menggantikan Kerasnya Takdir ini juga boleh disaksikan secara streaming iaitu menerusi platform www.iq.com atau di aplikasi iQIYI sejam selepas tayangan di tv untuk pengguna VIP dan secara percuma kepada semua 48 jam kemudian.

Drama 28 episod yang merupakan adaptasi novel 'Bukan Hanya Sekadar Cinta' karya Emma Mariam ini merupakan terbitan syarikat produksi A. Aida Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Riza Baharudin dengan nukilan skrip daripada Rehal Nuharis.

OST Drama

Lagu Tema : Dia Penggantimu
Penyanyi : Nadeera Zaini
Komposer : Sharon Paul
Penulis Lirik : Dato' A. Aida

Barisan Pelakon

Drama Bukan Hanya Sekadar Cinta menampilkan barisan pelakon seperti Ismail Izzani, Sofia Dendroff, Muaz Zabir, Daniella Sya, Syamim Farid, Liza Abdullah, Hafidzuddin Fazil, Aleza Shadan, Dian P. Ramlee, Afifah Nasir dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Ismail Izzani sebagai Isa Rafael
  • Sofia Dendroff sebagai Indah Kamelia
  • Muaz Zabir sebagai Ilan Rafzal
  • Daniella Sya sebagai Anne
  • Syamim Farid sebagai Lisa
  • Liza Abdullah sebagai Dahlia
  • Afifah Nasir sebagai Fatimah

Sinopsis Drama Bukan Hanya Sekadar Cinta

Drama Bukan Hanya Sekadar Cinta bermula dengan kisah pengakhiran ikatan pertunangan antara Ila Rafzal dan Indah Kamalia dengan tanpa sebarang penjelasan yang jelas dibuat kepada Kamelia.

Disebabkan itu, dia kecewa dan marah dengan keputusan yang dibuat oleh Ilan Rafzal itu, Kamelia tekad membawa diri ke Terengganu dan ingin berjauhan daripada segalanya.

Ketika di Terengganu, dia bertemu dengan Isa Rafael iaitu seorang lelaki yang cuba memujuknya dengan meninggalkan sejambang bunga. Namun, lelaki yang disangkakan bisu dan pekak itu berlalu pergi dengan penuh misteri. 

Pertemuan itu kemudian membuka lebih banyak peluang mereka meluangkan masa bersama. Isa Rafael hadir menjadi pendengar setia setiap luahan perasaan Kamelia hanya melalui buku nota yang menjadi perantara mereka.

Kehadiran Isa Rafael ketika dia kecewa itu juga membuahkan sebuah ikatan persahabatan yang istimewa.

Suatu hari, Kamelia menerima panggilan telefon yang mengejutkan dan terpaksa bergegas untuk pulang ke Kuala Lumpur, di mana sebuah rahsia menantinya.

Kamelia terus pulang tanpa mengucapkan selamat tinggal atau meninggalkan sebarang nota untuk Isa Rafael.

Apakah rahsia yang menanti Kamelia di Kuala Lumpur? Dapatkah Kamelia dan Isa Rafael bertemu kembali selepas perpisahan yang tidak diduga itu?

Drama Bukan Hanya Sekadar Cinta Di TV3

Drama Bukan Hanya Sekadar Cinta Di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Bukan Hanya Sekadar Cinta Di TV3"