Drama Bunga Aku Tunggu - Sinopsis Dan Tayangan Di TV3

Drama Bunga Aku Tunggu di TV3

Saksikan drama terbaru Bunga Aku Tunggu yang akan menemui penonton mulai 17 Mei 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Selain itu, drama yang bakal menggantikan Segenap Takdir yang telah tamat pada 16 Mei lalu ini juga boleh di strim secara online menerusi platform web www.iq.com atau aplikasi iQIYI sejam selepas tayangan di tv khusus untuk pengguna VIP dan secara percuma selepas 48 jam kemudian.

Drama 13 episod yang membawa genre saspens psikologi ini merupakan terbitan syarikat produksi Wiranusa Corporation Sdn. Bhd., diarahkan oleh pengarah tersohor iaitu Along Kamaludin dengan nukilan skrip dan idea asal daripada Adza Emie.

Sinopsis Drama Bunga Aku Tunggu

Drama Bunga, Aku Tunggu menampilkan barisan pelakon seperti Beto Kusyairy, Nelydia Senrose, Shah Iskandar, Reen Rahim, Afifah Nasir, Razzuan Rosli, Azhar Sulaiman, Norlia Ghani, Kuza, Atiq Azman, Abil Qamaruzaman dan ramai lagi.

  • Beto Kusyairy sebagai Kamal
  • Nelydia Senrose sebagai Bunga
  • Shah Iskandar sebagai Ari
  • Reen Rahim sebagai Haura
  • Afifah Nasir sebagai Juita
  • Razzuan Rosli sebagai Adam
  • Azhar Sulaiman sebagai Tuan Syukri
  • Norlia Ghani seebagai Nek Su
  • Kuza sebagai Puan Maria
  • Atiq Azman sebagai Arjuna

Ianya mengisahkan tentang Kamal Iman iaitu seorang jurutera komputer genius di tempat kerjanya. Kamal juga seorang yang baik hati, bagus bekerja dan selalu disenangi oleh bos dan rakan sekerjanya. Segalanya tenang buat Kamal sehinggalah dia berkenalan dengan pekerja baharu bernama Bunga.

Bunga adalah seorang gadis yang manis, baik hati dan peramah dengan teman sekerja. Selepas menamatkan pengajiannya, Bunga telah diarahkan oleh ibu bapanya untuk bekerja di syarikat milik rakan mereka.

Walaupun impiannya untuk menjadi seorang wartawan, Bunga akur dan cuba memenuhi kehendak kedua orang tuanya. Bunga juga sentiasa dibandingkan dengan adiknya, Arjuna yang merupakan anak emas keluarga kerana berjaya menyambung pelajarannya sehingga ke luar negara.

Suatu insiden di pejabat kemudian menemukan Kamal dengan Bunga, dan Kamal bersedia memberi bantuan kerja kepadanya. Kamal mula menyukai Bunga dalam diam dan cuba mendekati Bunga dengan lebih rapat. Namun, makin lama perasaan itu semakin membuak dan berubah menjadi obsesi.

Kamal kini obses mahu memiliki Bunga dimana dia sanggup melakukan apa sahaja kepada orang sekeliling yang melukakan hati Bunga. Mampukah Kamal memiliki Bunga? Atau adakah takdir lain akan bersua dengan mereka?

Drama Bunga Aku Tunggu di TV3

Drama Bunga Aku Tunggu di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post