Jadual Dan Keputusan Kejohanan BWF Malaysia Masters 2023

Jadual Dan Keputusan Kejohanan BWF Malaysia Masters 2023

Selepas selesai di Suzhou bagi kejohanan Sudirman Cup, para pemain badminton bergerak ke Malaysia bagi mengharungi kejohanan seterusnya iaitu Malaysia Masters 2023 bermula 23 hingga 28 Mei 2023 bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur.

PRODUA Malaysia Masters 2023 merupakan kejohanan kesebelas dalam kalendar BWF World Tour 2023 dan ianya merupakan acara berstatus Super 500. Bukan itu sahaja, kejohanan ini merupakan pembuka tirai bagi para pemain badminton mengumpul mata bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Kejohanan ini masih menawarkan mata rangking BWF yang tinggi bagi setiap penyertaan beserta hadiah wang tunai dengan jumlah keseluruhan yang bakal dibawa pulang oleh pemain sebanyak USD 420,000 atau sekitar RM1.9 juta.

Kejohanan : PRODUA Malaysia Master 2023 presented by DAIHATSU
Status : Super 500
Tarikh : 23 - 28 Mei 2023
Tempat : Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur
Hadiah : USD 240,000 (~RM1.9 Juta)

Senarai Pemain Malaysia Dalam Malaysia Masters 2023

Pihak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah menyenaraikan pemain-pemain negara yang bakal menggalas cabaran dalam kejohanan ini. Sebagai tuan rumah, pastinya ramai pemain yang akan turut serta termasuk dibawah naungan BAM dan permain profesional.

Terdapat 5 kategori yang setiap kejohanan BWF dan dalam kejohanan kali ini, Malaysia berjaya hantara dan menyenaraikan untuk semua kategori yang dipertandingkan.

[Perseorangan Lelaki] - Ng Tze Yong, Lee Zii Jia [4], Leong Jun Hao, Adil Sholeh, Soong Joo Ven, Muhammad Hafiz Sikkander, Cheam June Wei

[Perseorangan Wanita] - Goh Jin Wei

[Beregu Lelaki] - Ong Yew Sin [6]/Teo Ee Yi, Man Wei Chong/Kai Wun Tee, Aaron Chia [6]/Soh Wooi Yik, Tan Kian Meng/Tan Wee Kiong

[Beregu Wanita] - Vivian Hoo/Lim Chiew Sien, Tan Pearly [6]/Thinaah Muralitharan, Cheng Su Hui/Cheng Su Yin

[Beregu Campuran] - Tan Kian Meng/Lai Pei Jing, Chen Tang Jie/Toh Ee Wei, Goh Soon Huat [5]/Lai Shevon Jemie, Chan Peng Soon/Cheah Yee See

Siaran Langsung Perlawanan Badminton BWF Malaysia Masters 2023

Untuk kejohanan ini, perlawanan akan dibawakan secara langsung di kaca tv anda menerusi saluran Astro Supersport 814 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go secara percuma bagi pelanggan pakej sukan.

Walaubagaimanapun, disebabkan ianya berstatus Super 500, tayangan hanya akan bermula pada peringkat suku akhir dan sehingga final iaitu bermula 25 - 28 Mei ini.

Tetapi untuk peringkat awal dan sehingga akhir, anda masih boleh saksikan secara live streaming yang dibawakan oleh pihak BWF sendiri menerusi saluran youtube rasmi di BWF TV.

Mungkin anda perlukan sambungan VPN (tengok sini) jika tiada tayangan yang disiarkan iaitu khusus untuk pengguna dan penonton di Malaysia.

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Badminton Malaysia Masters 2023

Berikut merupakan senarai jadual penuh perlawanan yang melibatkan wakil dan pemain Malaysia sahaja dalam kejohanan Malaysia Masters 2023. Untuk keputusan pula, hanya akan dikemaskini setiap kali perlawanan tamat.

23 Mei 2023 (Selasa) - Kelayakan [Q] & Pusingan 32

- Perlawanan adalah bermula pada pukul 10.00 pagi waktu Malaysia (Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3)

Peringkat Kelayakan[ Q]

[MS] Chi Yun Jen (TPE) vs (MAS) Leong Jun Hao - [20-22, 21-19, 21-11]

[MS] Soon Joo Ven (MAS) vs (KOR) Jeon Hyeok Jin - [8-21, 18-21]

[MS] Christo Popov (FRA) vs (MAS) Mohamad Hafiz Sikkander - [21-9, 21-9]

[XD] Chan Peng Soon/Cheah Yee See (MAS) vs (INA) Adnan Maulana/Nita Marwah - [21-19, 22-20]

[WD] Puspitasari/R Rose (INA) vs (MAS) Cheng Su Hui/Cheng Su Yin - [21-16, 21-10]

[MS] Chia Hao Lee (TPE) vs (MAS) Cheam Jun Wei - [21-8, 7-21, 21-14]

[MD] Kevin Lee/Ty Lindeman (CAN) vs (MAS) Tan Kian Meng/Tan Wee Kiong - [16-21, 11-21]

[MS] Aidil Sholeh (MAS) vs (INA) Christian Adinata - [21-16, 15-21, 20-22]

[Pusingan 32]

[MD] Ong Yew Sin [6]/Teo Ee Wei (MAS) vs (CHN) Ren Xiang Yu/Tan Qiang - [21-16, 21-18]

[WD] Maiken Fruergaard/Sara Thygesen (DEN) vs (MAS) Vivian Hoo/Lim Chiew Sien - [21-13, 21-18]

[WD] Gabriela Stoeva/Stefani Stoeva (BUL) vs (MAS) Tan Pearly/M Thinaah - [17-21, 14-21]

[MD] Man Wei Chong/Kai Wun Tee (MAS) vs (DEN) Kim Astrup [7]/Anders Rasmussen - [25-23, 21-16]

[MD] Kusumawardana/Yeremia Rambitan (INA) vs (MAS) Aaron Chia [2]/Soh Wooi Yik - [18-21, 21-10, 21-23]

--------------------------------------------

24 Mei 2023 (Rabu) - Pusingan 32

Perlawanan adalah bermula pada pukul 10.00 pagi waktu Malaysia (Live Streaming : Link 1 | Link 2 Link 3)

[XD] Tan Kian Meng/Lai Pei Jing (MAS) vs (THA) Supak Jomkoh/S Paewsampran - [20-22, 20-22]

[XD] Kim Won Ho [7]/Jeong Na Eun (KOR) vs (MAS) Chan Peng Soon/Cheah Yee See - [21-8, 21-15]

[XD] P Jordan/M Oktavianti (INA) vs (MAS) Goh Soon Huat [5]/Lai Shevon Jemie - [21-19, 18-21, 21-12]

[XD] Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) vs (INA) Rinov Rivaldy/Pitha H Mentari - [20-22, 21-11, 15-21]

[MD] Alexander Dunn/Adam Hall (SCO) vs (MAS) Tan Kian Meng/Tan Wee Kion - [21-23, 21-14, 21-16]

[WS] Yvonne Li (GER) vs (MAS) Goh Jin Wei - [21-17, 17-21, 21-15]

[MS] Kenta Nishimoto (JPN) vs (MAS) Ng Tze Yong - [17-21, 16-21, 21-13]

[MS] Lu Guang Zu (CHN) vs (MAS) Lee Zii Jia [4] - [12-21, 19-21]

--------------------------------------------

25 Mei 2023 (Khamis) - Pusingan 16

Perlawanan adalah bermula pada pukul 10.00 pagi waktu Malaysia (Live Streaming : Link 1 | Link 2 Link 3)

[WD] Rena Miyaura/Ayako Sakuramoto (JPN) vs (MAS) Pearly Tan/M Thinaah [6] - [17-21, 21-18, 19-21]

[MD] Choi Sol Gyu/Kim Won Ho (KOR) vs (MAS) Aaron Chia [2]/Soh Wooi Yik - [19-21, 14-21]

[MD] Alexander Dunn/Adam Hall (SCO) vs (MAS) Man Wei Chong/Kai Wun Tee - [21-19, 16-21, 13-21]

[MS] Lin Chun-Yi (TPE) vs (MAS) Lee Zii Jia [4] - [21-19, 16-21, 21-15]

[MD] Ong Yew Sin [6]/Teo Ee Yi (MAS) vs (TPE) Lu Ching Yao/Yang Po Han - [15-21, 21-12, 21-19]

--------------------------------------------

26 Mei 2023 (Jumaat) - Suku Akhir

Perlawanan adalah bermula pada pukul 9.00 pagi waktu Malaysia (Live Streaming : Link 1 | Link 2 Link 3)

[WD] Pearly Tan [6]/M Thinaah (MAS) vs (JPN) Yuki Fukushima [4]/Sayaka Hirota - [13-21, 21-19, 21-16]

[MD] Man Wei Chong/Kai Wun Tee (MAS) vs (INA) Mohammad Ahsan [3]/Hendra Setiawan - [23-21, 21-17]

[MD] Kang Min Hyuk/Seo Seung Jae (KOR) vs (MAS) Ong Yew Sin [6]/Teo Ee Yi - [15-21, 21-16, 21-14]

[MD] Leo Carnando [8]/Daniel Marthin (INA) vs (MAS) Aaron Chia [2]/Soh Wooi Yik - [21-18, 21-19]

--------------------------------------------

27 Mei 2023 (Sabtu) - Separuh Akhir

Perlawanan adalah bermula pada pukul 1.00 petang waktu Malaysia. (Live Streaming : Link 1 | Link 2 Link 3)

[WD] Pearly Tan [6]/M Thinaah (MAS) vs (KOR) Jeong Na Eun [5]/Kim Hye Jeong - [21-19, 23-21]

[MD] Man Wei Chong/Kai Wun Tee (MAS) vs (INA) Leo Carnando [8]/Daniel Marthin - [21-17, 22-20]

--------------------------------------------

28 Mei 2023 (Ahad) - Final

Perlawanan adalah bermula pada pukul 1.00 petang waktu Malaysia mengikut giliran. (Live Streaming : Link 1 | Link 2 Link 3)

[XD] Feng Yan Zhe [4]/Huang Dong Ping (CHN) vs (THA) D Puavaranukroh [2]/S Taerattanachai - [21-16, 13-21, 18-21]

[WS] Akane Yamaguchi [1] (JPN) vs (INA) Gregoria Mariska Tunjung [7] - [21-17, 21-7]

[WD] Baek Ha Na/Lee So Hee (KOR) vs (MAS) Pearly Tan [6]/M Thinaah - [22-20, 8-21, 21-17]

[MS] Prannoy H. S (IND) vs (CHN) Weng Hong Yang - [21-19, 13-21, 21-18]

[MD] Kang Min Hyuk/Seo Seung Jae (KOR) vs (MAS) Man Wei Chong/Kai Wun Tee - [21-15, 22-24, 21-19]

--------------------------------------------

Untuk ketahui keputusan dan jadual dari perlawanan-perlawanan lain, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di bwf.tournamentsoftware.com

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post