Siaran Langsung Live Big Stage 2023 Musim 5 Di Astro Ria

Siaran Langsung Live Big Stage 2023 Musim 5 Di Astro Ria

Sebelum ini kita layan drama dihujung minggu. Bermula 7 Mei ini, kita sekali lagi akan disajikan dengan program pertandingan nyanyian yang didominasi BBNU iaitu menerusi Big Stage 2023 yang terbaru untuk Musim 5.

Program ini disertai oleh barisan selebriti yang baru meningkat naik dalam industri muzik tanah air. Sebelum ini, mereka mungkin tidak terlalu dikenali dan dengan adanya pentas sepergi Big Stage, 'Budak Budak Baru Nak Up' ini akan bersaing untuk menjadi yang terbaik.

Kita boleh lihat dalam edisi-edisi sebelum ini dimana sudah ramai yang telah berada dalam industri nyanyian. Bermula dengan juara musim pertama pada tahun 2018 iaitu Sarah Suhairi. Kemudian diikuti Hanbyul (Musim Kedua, 2019), Azzam Sham (Musim Ketiga, 2020) dan tahun 2022 yang lalu untuk musim keempat iaitu Elica Paujin.

Selain daripada takhta juara Big Stage, para peserta juga akan membawa pulang hadiah wang tunai. Juara peroleh RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro. Manakala untuk Naib Juara dan Tempat Ke-3 masing-masing akan bawa pulang RM30,000 dan RM25,000 juga bersama trofi.

Untuk peserta di tempat keempat, kelima dan keenam masing-masing akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM15,000, RM5,000 dan RM5,000 juga beserta trofi sumbangan Astro.

Senarai Peserta Big Stage 2023 Musim 5

Seperti yang telah diumumkan, terdapat 13 peserta kesemuanya yang layak dan mengambil bahagian dalam program Big Stage 2023. Sepuluh peserta adalah dari Malaysia dan empat selainya berasal dari Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura dan Korea Selatan.

Untuk menjadikan ianya lebih mendebarkan, pihak Astro hanya mengumumkan 10 sahaja peserta pada awal perkenalan program sebelum ini dan mereka ialah Aufahanie, Firdaus Rahmat, Meer Nash, Naufal Azrin, Putera Muhammad, Puteri Khareeza, Nadeera Zaini serta Isaac Voo.

BACA : Senarai Penuh Biodata Peserta Big Stage 2023 Musim 5

Lagu dua peserta adalah kumpulan MPop Malaysia iaitu COEX serta duo kumpulan iaitu Dem Lepak Boyz. Inilah antara perubahan yang dibawa untuk Musim 5 apabila ada peserta berkumpulan selain daripada peserta solo.

Untuk peserta terbaru yang diperkenalkan adalah HoonDoo dari Korea Selatan, Farhan Shah dari Singapura dan Waode dari negara jiran, Indonesia.

Siaran Langsung Live Big Stage 2023 Musim 5 Di Astro Ria

Format Pertandingan Big Stage 2023

Untuk format pertandingan, masih dikekalkan seperti tahun-tahun sudah. Kesemua peserta akan membuat persembahan nyanyian di atas pentas dan mereka akan diadili seratus peratus daripada barisan juri iaitu juri tetap dan juri jemputan.

Pada akhir konsert, markah mereka akan dicampurkan dan 3 peserta dengan markah tercorot akan memasuki proses penjurian kedua. Markah tersebut pula akan dicampur dengan undian online yang dibuat di portal rasmi www.gempak.com/bigstage. Yang tercorot akan meninggalkan Big Stage.

Barisan Juri Big Stage Musim 5

Selepas empat musim, sepertinya kita akan dapat barisan juri yang baru. Aina Abdul merupakan juri tetap yang pertama akan bersama dan mengadili barisan peserta Big Stage Musim 5 hingga akhir. Manakala juri tetap kedua hanya diperkenalkan pada konsert minggu pertama pada 7 Mei ini.

Pada malam tersebut, didedahkan seorang juri tetap iaitu Ajai bersama Presiden Nitizen yang baru dimana ditugaskan untuk membaca tweet-tweet anda di twitter dan tugas tersebut akan dibuat oleh Nora Danish.

Selain itu, turut disertai oleh juri jemputan yang akan dibawakan berlainan setiap minggu dimana turut ditugaskan untuk mengadili setiap peserta.

Hos Program Big Stage 2023

Juri dah tukar dan kali ini juga hos rancangan juga telah bertukar. Jika edisi-edisi sudah, kita akan layan celoteh gandingan dua pengacara dan Musim 5 kali ini hanya seorang sahaja. Sepertinya masih diteruskan dengan gandingan dua hos dan satunya dari Indonesia

Walaupun begitu, celotehnya pasti tidak senang duduk dibuatnya. Elly Mazlein atau dikenali juga dengan Kak Lina Pom Pom akan dipertanggungjawabkan untuk mengemudi musim kali ini sebagai hos rancangan bersama Rina Nose setiap minggu.

Siaran Langsung Big Stage 2023 Musim 5

Jadi jangan lupa untuk ketahui siapakah yang bakal mengungguli carta setiap minggu serta siapakah yang dinobatkan sebagai juara musim terbaru kali ini.

Saksikan Big Stage 2023 Musim 5 selama 10 minggu yang akan bermula bersiaran secara langsung pada 7 Mei 2023, setiap hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 atau untuk waktu fleksibel dengan tontonan secara On Demand di Astro Box serta aplikasi Astro Go.

Sebelum itu, setiap minggu anda boleh saksikan Big Stage 2023 Live + secara live streaming di Youtube Astro Gempak untuk ketahui kejadian di belakng pentas ketika program berlangsung.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post