Siaran Langsung Live Malaysia vs Laos Bola Sepak Sukan SEA Kemboja 2023

Siaran Langsung Malaysia vs Laos Bola Sepak Sukan SEA Kemboja 2023

Perlawanan pembukaan Bola Sepak untuk skuad Harimau Malaya B-22 di Sukan SEA Kemboja 2023 akan bermula pada 3 Mei 2023, hari Rabu, jam 8.00 malam waktu Malaysia iaitu pertemuan antara Malaysia vs Laos yang akan diadakan di Prince Stadium.

Ini merupakan hari ketiga bagi acara Bola Sepak Lelaki yang mana diadakan hanya dua perlawanan setiap hari. Ianya telahpun bermula sejak pada 30 April yang lalu iaitu beberapa hari sebelum acara pembukaan bagi SEA Games Cambodia 2023.

Walaupun ini perlawanan pembukaan kepada skuad Malaysia, tetapi Loas telah pun hadapi satu perlawanan sebelum ini iaitu menentang Vietnam. Dalam perlawanan tersebut, Laos terpaksa akur tewas 0-2 tehadap pasukan Vietnam.

Untuk Bola Sepak Lelaki, sebanyak 10 pasukan yang mengambil bahagian dan ianya telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B bersama Thailand, Vietnam, Laos dan Singapura. Manakala Kumpulan A; Kemboja (tuan rumah), Indonesia, Myanmar, Filipina dan Timor-Leste.

Kedua-dua kumpulan akan mengharungi acara ini dengan format round-robin satu pusingan dimana hanya juara dan naib juara bagi setiapnya akan layak ke peringkat kalah mati iaitu di pusingan Separuh Akhir dan sehingga pada final bagi merebut pingat emas.

Dalam acara Bola Sepak akan dipertaruhkan 2 pingat emas iaitu satu untuk kategori Lelaki dan satu untuk Kategori Wanita. Malaysia mempunyai wakil untuk kedua-dua kategori iaitu lelaki dan wanita.

Untuk info, selain daripada perlawanan ini, Malaysia akan bertemu pasukan Thailand pada 6 Mei ini. Kemudian pada 8 Mei akan melawan Vietnam dan perlawanan terakhir adalah bertemu Singapura iaitu pada 11 Mei 2023.

Senarai Barisan Kesebelasan Utama Malaysia vs Laos

Berikut merupakan senarai kesebelasan utama bagi skuad bawah-22 untuk pasukan Malaysia dalam perlawanan ini.

Pemain Malaysia vs Laos Sukan SEA Kemboja 2023

Jadual Dan Keputusan Malaysia vs Laos Sukan SEA Kemboja 2023

Temasya dwi tahunan Sukan SEA Kemboja 2023 akan berlangsung daripada 5 hingga 17 Mei 2023 dan Phnom Penh, Kemboja telah dipilih sebagai tuan rumah untuk edisi k-32 kali ini. Akan tetapi acara Bola Sepak sudah pun bermula sejak 29 April yang lalu sehingga 16 Mei ini.

Jadi bagi yang tidak berkesempatan untuk datang ke venue perlawanan, jangan risau. Pertembungan antara Malaysia vs Laos akan ditayangkan di kaca tv menerusi saluran RTM iaitu di TV Okey dan Sukan RTM. Selain itu, boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Selain itu, bagi acara bola sepak termasuk melibatkan perlawanan ini turut juga ditayangkan secara live streaming menerusi facebook rasmi Cambodia 2023.

Jadi untuk penyokong pasukan Harimau Malaya, jangan lupa untuk saksikan perlawanan ini dan lupa untuk terus bagikan sokongan kepada semua atlet-atlet Malaysia yang beraksi dalam temasya SEA Games kali ini.

Berikut merupakan jadual pertemuan antara skuad B-22 Malaysia vs Laos yang akan berlangsung pada 3 Mei 2023, hari Rabu, bertempat di Prince Stadium, Phnom Penh, Kemboja dengan sepak mula pada pukul 8.00 malam waktu Malaysia.

3 Mei 2023 (Rabu)

FT : Malaysia (5) - (1) Loas

  • Ubaidullah 4', 21' (OG)
  • Anantaza 28' (OG)
  • Syahir Bashah 75'
  • Najmudin Akmal 90+1
  • Phoutthavong 90+5' (OG)

Masa : 8.00 Malam
Tempat : Prince Stadium
Tayangan : TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post