Siaran Langsung Live Streaming Sabah vs KL City Piala FA 2023 Suku Akhir

Siaran Langsung Live Streaming Sabah vs KL City Piala FA 2023

Kini terdapat lagi berbaki dua perlawanan bagi saingan Piala FA 2023 pusingan Suku Akhir dan salah satunya adalah pertemuan antara Sabah FC dan Kuala Lumpur City FC yang mana ianya akan diadakan pada 28 Mei 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Likas di Kota Kinabalu.

Daripada empat kuota untuk pusingan Separuh Akhir, kini ianya telah diisi oleh dua pasukan pada semalam apabila Selangor dan Terengganu berjaya menewaskan lawan masing-masing sekali gus berjaya mara ke pusingan seterusnya.

Sabah selaku tuan rumah akan melayan kunjungan KL City untuk saingan Suku Akhir Piala FA 2023. Pada pusingan 16 terbaik sebelum ini, Sabah berjaya mengetepikan Kelantan United dengan menjaringkan dua gol kosong.

Manakala KL City yang melayan kunjungan pasukan amatur daripada Liga M3 iaitu Imigresen juga berjaya menumpaskan lawan juga dengan dua gol tanpa balas. Mungkin saingan tersebut, bukanlah yang sebenar bagi KL City dan kali ini barulah buku bertemu ruas.

Untuk musim ini, kedua-dua pasukan telahpun bertemu dalam saingan Liga Super pada April yang lalu dimana perlawanan tersebut diadakan di Kuala Lumpur. Kali pertama bertemu, KL City berjaya menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri dengan menewaskan Sabah ketika itu dengan jaringan dua gol kosong.

Kali ini pertemuan kali kedua dan ianya berlangsung di Kota Kinabalu pula. Adakah dendam sebelum ini akan terbalas dalam saingan Piala FA pula kali ini? Atau KL City mempunyai formula yang sama bagi menumpaskan Sabah di tempat mereka sendiri?

Pemenang untuk perlawanan ini nanti akan bertemu Terengganu FC di pusingan Separuh Akhir. Terengganu telah berjaya menewaskan seteru pantai timur, Kelantan semalam dengan jaringan 4-2 ketika bermain di Gong Badak.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Orang-orang Sabah takkan nak biarkan pasukan anda tewas untuk kali kedua. Jadi anda kena datang dan berikan sokongan yang padu kepada pasukan dan pemain-pemain yang beraksi supaya mampu untuk tewaskan pasukan lawan.

Jadi jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk yang kini sudah boleh dibeli sama ada secara online melalui laman web www.tickethotline.com.my atau dapatkan tiket fizikal yang boleh dibeli di perkarangan stadium pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Piala FA 2023 Sabah vs KL City

Untuk yang menonton di rumah, anda boleh menyaksikannya secara langsung menerusi saluran Astro dan RTM. Di Astro, akan ditayangkan menerusi Astro Arena 801 dan Astro Arena 2 804 atau tontonan secara online di Astro Go.

Manakala bagi yang tiada Astro, anda boleh saksikan secara percuma menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Juga boleh tonton secara digital dengan menggunakan aplikasi RTM Klik atau di laman web rtmklik.rtm.gov.my.

Alternatif lain juga, anda boleh live streaming dengan menggunakan platform web sooka.my atau di aplikasi Sooka. Tidak perlu kepada langganan, anda boleh strim di saluran RTM secara percuma.

Jadual Dan Keputusan Sabah vs KL City Piala FA 2023

Berikut merupakan jadual perlawanan antara Sabah FC vs Kuala Lumpur City FC untuk aksi Liga Super 2023 Suku Akhir yang mana ianya akan berlangsung pada 28 Mei ini, hari Ahad dengan waktu sepak mula pada pukul 5.45 petang bertempat di Stadium Likas.

Format perlawanan adalah kalah mati dan tiada timbal balik. Sekiranya tiada pemenang dalam tempoh perlawanan sebenar, ianya akan diheret ke masa tambahan dan sehinggalah ke penentuan sepakan penalti. Keputusan akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada petang tersebut.

28 Mei 2023 (Ahad)

FT : Sabah (1) - (2) KL City

  • Gabriel Peres 6' (P)
  • Romel Morales 29'
  • T. Saravanan 44'

*KL City melangkah ke pusingan Separuh Akhir Piala FA 2023 bertemu Terengganu

Masa : 5.45 Petang
Tempat : Stadium Likas
Tayangan : Astro Arena 801, Arena Bola 2 804, TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post