Siaran Langsung Live Streaming Sabah vs Perak Liga Super 2023

Siaran Langsung Live Streaming Sabah vs Perak Liga Super 2023

Selepas rehat beberapa hari, aksi Liga Super 2023 diteruskan lagi untuk minggu kedua belas dan kali ini akan berlangsung pertemuan antara Sabah FC dan Perak FC dimana ianya akan diadakan pada 23 Mei 2023, hari Selasa bertempat di Stadium Likas di Kota Kinabalu.

Ini merupakan minggu terakhir untuk pusingan pertama Liga Super 2023. Jadi selepas ini untuk minggu ketiga belas, kesemua pasukan akan bertemu sekali lagi untuk pusingan kedua sehinggalah tamat aksi liga pada penghujung Disember.

Sabah sekali lagi akan menjadi tuan rumah dan bakal melayan kunjungan Perak di Likas. Sebelum ini pastinya mereka sedikit kecewa apabila hanya mampu meriah keputusan seri di tempat sendiri meskipun telah mendahului dengan 2 gol. Akhirnya hanya berjaya raih 1 mata sahaja.

Berbeza dengan nasib Perak apabila dibelasah sehingga 4 gol tanpa balas ketika bertemu Selangor di halaman sendiri pada hujung minggu yang lalu. Pastinya barisan pemain dan kejurulatihan kecewa dengan keputusan itu.

Sudah pastinya mereka bertekad untuk bangkit untuk perlawanan seterusnya ini. Walaupun nampak sukar jika dibandingkan dengan kedudukan carta liga, pasukan Perak tidak boleh tewas awal dan pastinya akan cuba sekurang-kurangnya mencuri 1 mata ketika bertemu Sabah nanti.

Sabah juga tidak mahu terus kecewa seperti perlawanan sebelum ini. Mereka akan gunakan segala kelebihan yang mereka peroleh. Bertemu dengan pasukan bawahan dan bermain di hadapan penyokong sendiri. Pasti ada keputusan positif yang mereka bakal peroleh.

Cara Dapatkan Tiket Masuk Stadium

Jadi untuk semua penyokong dan peminat bola sepak terutamanya pasukan Sabah jangan lupa untuk datang beramai-ramai dan berikan sorakan dan semangat kepada pemain-pemain yang beraksi di atas padang padang.

Anda boleh dapatkan sekarang tiket masuk yang boleh dibeli secara online menerusi pautan www.tickethotline.com.my atau boleh juga dapatkan tiket fizikal yang mula dijual pada hari perlawanan di perkarangan stadium.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Sabah vs Perak

Untuk yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, jangan risau. Anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung yang disiarkan menerusi saluran RTM di TV2 dan Sukan RTM. Selain itu, boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Bagi yang sudah menggunakan platform web sooka.my atau aplikasi Sooka sebelum-sebelum ini, anda juga boleh live streaming menggunakannnya. Tidak perlu kepada apa-apa langganan, kerana anda boleh tonton secara percuma.

Jadual Dan Keputusan Sabah vs Perak Liga Super 2023

Ini merupakan jadual pertemuan antara Sabah FC vs Perak FC untuk aksi Liga Super 2023 LS12 yang mana ianya akan berlangsung pada 23 Mei ini, hari Selasa bertempat di Stadium Likas di Kota Kinabalu.

Untuk keputusan perlawanan pula, akan dikemaskini sejurus selepas tiupan wisel dan habis perlawanan pada malam tersebut. Akan dipaparkan bilangan jaringan gol beserta senarai penjaring yang terlibat bagi kedua-dua pasukan.

23 Mei 2023 (Selasa)

FT : Sabah (3) - (1) Perak

  • Darren Lok 4'
  • Park Tae-su 32'
  • Baddrol Bakhtiar 41'
  • Harith Naem 83'

Masa : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Likas
Tayangan : TV2 dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post