Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Papua New Guinea Perlawanan Persahabatan 2023

Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Papua New Guinea Perlawanan Persahabatan 2023

Seminggu sudah berlalu dan kini perlawanan kedua untuk aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1 tiba iaitu melibatkan pasukan Malaysia dan Papua New Guinea yang ianya akan berlangsung pada 20 Jun 2023, hari Selasa bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu.

Masih berada dalam tempoh Kalendar FIFA yang ditetapkan dimana pasukan kebangsaan bagi setiap negara di seluruh dunia akan mengadakan perlawanan sama ada perlawanan persahabatan atau mana-mana peringkat kejohanan.

Dalam tempoh ini, setiap negara pastinya akan melalui dua perlawanan dan untuk Malaysia sebelum ini telah bertemu Kepulauan Solomon juga dalam aksi persahabatan. Kita sudah ketahui bagaimana skuad Kim Pan Gon berjaya menewaskan pasukan pelawat dengan jaringan 4-1.

Kini tiba satu lagi pasukan dari benua Ocenia iaitu Papua New Guinea untuk menguji skuad Harimau Malaya disamping masing-masing bersaing bagi mendapatkan mata untuk memperbaiki kedudukan atau rangking FIFA selepas ini.

Untuk rekod, Malaysia kini menduduki tangga ke-138 dunia berbanding Papua New Guinea yang berada lebih rendah kedudukannya iaitu di tempat ke-159 untuk rangking FIFA. Jika dilihat atas kertas, perlawanan ini pastinya memihak kepada pasukan negara.

Kedua-dua pasukan ini telah bertemu sebanyak empat kali dan Malaysia telah memenanginya sebanyak 3 kali dan tewas sekali. Kali terakhir mereka bertemu pada tahun 2016 iaitu sebanyak dua kali juga dalam aksi persahabatan.

Dengan kejayaan mengekang Singapura dalam aksi pertama perlawanan sebelum ini, adakah Papua New Guinea juga mampu untuk mencipta kejutan terhadap Malaysia dalam pertemuan kelima nanti? Sama-sama kita tunggu pasukan manakah yang berjaya mencipta kemenangan.

Jadual Perlawanan Persahabatan Tier 1 FIFA Malaysia vs Papua New Guinea 2023

Sama seperti pada perlawanan pertama dimana aksi persahabatan turut diadakan di pantai timur dengan menggunakan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang terletak di Gong Badak, Kuala Terengganu berikutan naik taraf padang sedang dijalankan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Orang ramai juga kini sudah boleh mula beli dan dapatkan tiket masuk stadium secara online sahaja iaitu menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga RM30 untuk tempat duduk terbuka dan RM5 untuk tiket kanak-kanak. Ingat, tiada penjualan tiket fizikal di stadium.

Tapi untuk anda yang tidak berjaya dapatkan tiket atau jauh daripada stadium, jangan risau. Perlawanan ini turut dibawakan secara langsung ke kaca tv iaitu menerusi saluran Astro Arena 801 dan secara online di Astro Go. Live streaming juga boleh ditonton dengan menggunakan aplikasi Sooka.

Seperti sebelum ini juga, perlawanan persahabatan tier FIFA 2023 ini turut disiarkan menerusi TV9 iaitu di saluran Astro 149 dan myfreeview 109. Nak tonton percuma secara online pula, boleh pergi ke web watch.tonton.com.my atau guna aplikasi Tonton.

Mampukah Harimau Malaya meraih satu lagi kemenangan ketika bertemu pasukan Papua New Guinea dalam aksi Perlawanan Persahabatan Antarabangsa FIFA Tier 1 Jun 2023 kali ini? Dapatkan jadual dibawah dan keputusan yang akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan

20 Jun 2023 (Selasa)

FT : Malaysia (10) - (0) Papua New Guinea

  • Safawi Rasid 45+4' (P)
  • Paulo Josue 52', 64', 70'
  • Arif Aiman Hanapi 57', 60', 87', 89'
  • Faisal Halim 59'
  • Daniel Ting 76'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Astro Arena 801 dan TV9
Live Streaming : Tonton

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Papua New Guinea Perlawanan Persahabatan 2023"