Drama Tentang Hati Dia Di TV3

Drama Tentang Hati Dia Di TV3

Saksikan drama terbaru Tentang Hati Dia yang akan menemui penonton mulai 3 Julai 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3 atau boleh juga tonton secara online watch.tonton.com.my.

Selain menonton di kaca tv, drama 28 episod ini juga anda boleh tonton secara streaming di platform www.iq.com atau aplikasi iQIYI pada pukul 8.00 malam untuk pengguna VIP dan percuma untuk semua selepas 48 jam ditayangkan.

Drama yang didaptasi daripada novel 'Kapcai Girl vs Encik Superbike' karya Bunga Amani bakal menggantikan Bukan Hanya Sekadar Cinta ini merupakan terbitan syarikat produksi Mache AllStar Sdn. Bhd., diarahkan oleh Amor Rizan dengan nukilan skrip daripada Farhana Fauri.

Sinopsis Drama Tentang Hati Dia

Drama Tentang Hati Dia menampilkan barisan pelakon seperti Aliff Aziz, Trisha Ooi, Nafiz Muaz, Fazlina Dato Ahmad Daud, Muaz Zabir, Datin Nor Aliah Lee, Nurin Afiqah, Laura Olivia, Saidah Afiqah, Ayu Fazlina, Saidah Kamarudin dan ramai lagi.

  • Aliff Aziz sebagai Wafi
  • Trisha Ooi sebagai Tiara
  • Nafiz Muaz sebagai Khalid
  • Fazlina Dato Ahmad Daud sebagai Fatimah
  • Muaz Zabir sebagai Hisyam
  • Datin Nor Aliah Lee sebagai Sharifah
  • Nurin Afiqah sebagai Darina
  • Laura Olivia sebagai Cica

Ianya mengisahkan tentang Tiara iaitu seorang anak gadis berasal dari kampung yang diduga dengan pelbagai cabaran di usia muda.

Ketika menunggu keputusan peperiksaan SPM, Tiara mendapati bahawa dia hamil hasil daripada pelakuan sumbangnya bersama Khalid.

Fatimah, ibu Tiara, marah apabila mendapat tahu tentang berita kehamilan Tiara dan memaksanya menggugurkan kandungan tersebut.

Wafi yang merupakan kawan baik Khalid baru sahaja menghabiskan pembelajarannya di luar negara dan pulang ke Malaysia dengan hasrat untuk mengahwini tunangnya, Darina.

Namun, semangat berkobar-kobar Wafi setelah mengharungi cinta jarak jauh hancur apabila Darina menuntut agar pertunangan mereka diputuskan.

Konflik memuncak apabila Tiara yang buntu untuk membetulkan kesilapannya telah pergi ke ibu kota untuk mencari Khalid yang menghilangkan diri. Tiara cuba menjejaki Khalid dengan harapan Khalid dapat membantunya menyelesaikan masalah yang timbul itu.

Dapatkah Tiara menjejaki Khalid dan melepaskan diri dari segala masalah yang menimpanya? Bagaimana kesudahan kisah Wafi pula, masihkah ada ruang untuk cinta berputik di hatinya setelah dikecewakan?

Drama Tentang Hati Dia Di TV3

Drama Tentang Hati Dia Di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Tentang Hati Dia Di TV3"