Promosi Buttercream Latte Zus Coffe Dengan Harga RM8.90 Sahaja Untuk Waktu Terhad

Promosi Buttercream Latte Zus Coffe Dengan Harga RM8.90 Sahaja Untuk Waktu Terhad

Berita baik untuk peminat Zus Coffee dimana mereka baru sahaja mengumumkan harga promosi untuk menu terbaru iaitu Buttercream Latte dengan hanya RM8.90 sahaja.

Tawaran dibuat untuk waktu terhad sahaja iaitu bermula dari 24 hingga 31 Julai 2023 dalam tempoh 4 petang hingga 7.00 malam. Selepas waktu tersebut, ianya kembali kepada harga asal iaitu RM10.90 untuk Buttercream Latte.

Bukan itu sahaja, tawaran harga ini hanya boleh ditebus menerusi aplikasi ZUS Coffee dan hanya untuk Easy Goers sahaja. Ini bermakna, jika anda sudah berada dalam kelab Rising Star, Super Addict atau ZUS Elite, anda tidak akan menerima harga promosi ini.

Jika anda masih ingat, menu Buttercream ini telah diperkenalkan buat pertama kali daripada ZUS Coffee adalah pada bulan Mei yang lalu. Ketika itu, mereka menerima sambutan yang luar biasa daripada pengguna dengan feedback yang baik.

Aku juga antara pengguna ketika itu yang cuba sendiri Buttercream Latte dan review tentang menu terbaru ini. Agak berpuas hati disebabkan dengan rasa dan tanda harga yang ditawarkan. Agak berbaloi untuk repeat.

Tambah sekarang pula lagi murah sebab promosi, memang aku beli lagi la.

Dapatkan Harga Promosi Buttercream Latte Dalam Waktu Promosi

Pada mulanya, aku tak tahu pun tawaran promosi ini terhad untuk kelab Easy Goers sahaja. Lepas kawan aku terangkan, baru aku tahu yang aku ni jarang sebenarnya beli ZUS Coffee dan sebab itu masih dalam kelab ini.

Tapi disebabkan itu, aku dapat beli Buttercream Latte ini dengan harga RM8.90 sahaja. Ditambah pula, waktu yang ditawarkan tersebut memang waktu balik kerja. Sebelum balik rumah, memang aku order terus la air ni.

Promosi Buttercream Latte Zus Coffe Dengan Harga RM8.90 Sahaja Untuk Waktu Terhad

Jangan risau, saiz cup dan rasa tetap sama. Air yang tidak terlalu manis dan ais juga tidak terlalu banyak. Jadi kuantiti air masih banyak jika dibandingkan dengan Buttercream Latte daripada GIGI Coffee. Nak manis go to gigi.

Kenapa Tak Dapat Harga RM8.90 Untuk Buttercream Latte

Dalam pada itu juga, ada yang menanyakan pada aku, kenapa dieorang tak dapat harga RM8.90 tersebut berbanding dengan yang lain.

Seperti yang diberitahu diatas, antara P&C yang ditetapkan untuk mendapatkan harga promosi ini adalah perlu buat pesanan atau order menggunakan apliksi ZUS Coffee dan anda mestilah dalam kelab EASY GOERS. Selain itu, anda tidak layak.

Jadi untuk semak anda kelab mana. Buka aplikasi ZUS Coffee dan pada halaman utama, klik pada gambar cup iaitu ZUS Coffee Club. Disitu akan dipaparkan anda berada dalam kelab mana. Jika anda beli kurang daripada 10 cup menggunakan apps, biasanya anda memang Easy Goer la.

Promosi Buttercream Latte Zus Coffe Dengan Harga RM8.90 Sahaja Untuk Waktu Terhad

Jadi kalau tidak, tak dapatlah harga tersebtu. Anda kena beli harga biasa seperti yang ditawarkan sebelum ini.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Promosi Buttercream Latte Zus Coffe Dengan Harga RM8.90 Sahaja Untuk Waktu Terhad"