Senarai Peserta Real Men Malaysia Wira Merah Di Astro Ria

Senarai Peserta Real Men Malaysia Wira Merah Di Astro Ria

Nampaknya barisan peserta yang terdiri daripada selebriti tanah air tidak gentar untuk menyahut cabaran dalam program realiti tv terbaru astro iaitu Real Men Malaysia: Wira Merah.

Ianya merupakan sebuah rancangan tv yang diadaptasi daripada Korea Selatan iaitu 'Real Men' dimana memaparkan bintang-bintang ternama melakukan aktiviti-aktiviti lasa dan sukar.

Tetapi sedikit berbeza dengan versi Malaysia apabila ianya lebih mengfokuskan kepada latihan daripada sudut Jabatan Bomba dan Penyelamat Maaysia.

Jadi selebritt-selebriti ini akan merasai dan mengalami sendiri sendiri sebagai seorang rekrut baru yang pastinya akan menjalani latihan yang berat dan ringan untuk mengasah diri bagi menjadi sebahagian daripada pasukan bomba dan penyelamat.

Dari sudut pentonton pula, kita dapat saksikan bagaimana kehidupan serta persiapan anggota-anggota bomba yang turut akan dijalani kelapan-lapan selebriti terpilih tersebut.

Tayangan Real Men Malaysia: Wira Merah

Rancangan realiti tv Real Men Malaysia: Wira Merah akan ditayangkan sebanyak 8 episod iaitu bermula pada 30 Julai 2023, bersiaran setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam eksklusif di Astro Ria 104.

Bagi yang terlepas untuk tontonan secara fleksibel, anda boleh strim secara On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Senarai Peserta Real Men Malaysia: Wira Merah

Terdapat 8 peserta yang terdiri daripada 6 lelaki dan 2 wanita dimana mereka daripada pelbagai latar belakang yang berbeza.

1)  Arieff Yong

Arieff Yong

Kerjaya : Influencer

2)  Daniel Cheang

Daniel Cheang

Kerjaya : Hos dan Pengacara

3)  Eric Lay

Eric Lay

Kerjaya : Model

4)  Hawa Rizwana

Hawa Rizwana

Kerjaya : Pengacara dan Pelakon

5)  Jasmine Suraya

Jasmine Suraya

Kerjaya : Pelakon

6)  Mat Redho

Mat Redho

Kerjaya :  Atlet Speed Climbing

7)  Shashic

Shashic

Kerjaya : Pelakon dan Pelawak

8)  Wafiy

Wafiy

Kerjaya : Pelakon

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Senarai Peserta Real Men Malaysia Wira Merah Di Astro Ria"