Senarai Penuh Pemenang ABPBH 35 Tahun 2023 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian)

Bell Ngasri Bintang Paling Popular ABPBH 35 tahun 2023

Kini telah berlangsung malam kemuncak ABPBH 35 untuk tahun 2023. Kita juga telah ketahui siapakah pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan termasuklah anugerah utama iaitu Bintang Paling Popular.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) telah berlangsung dengan meriahnya dari Istana Budaya, Kuala Lumpur dan telah dipacarkan menerusi saluran TV3 serta tontonan secara live streaming di www.tonton.com.my.

Acara utama pastinya adalah pengumuman pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Sebanyak 12 kategori utama dan 7 kategori sampingan iaitu Ekstra telah pun kita ketahui siapakan pemiliknya.

BACA : Senarai Calon TOP 5 ABPBH 35 Untuk Tahun 2023

Antara yang terlibat bagi menyampai trofi anugerah ialah Beto Kusyairy, Puteri Sarah Liyana, Siti Hariesa, Erra Fazira, Anna Jobling dan ramai lagi serta pastinya antara menjadi tumpuan iala Khairy Jamaludin.

Tetapi bukan itu sahaja, pada malam tersebut juga kita semua penonton telah dihiburkan dengan ramai artis antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Ramli Sarip, Sufian Suhaimi, Luqman Podolski dan ramai lagi.

Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 35 Untuk tahun 2023

Bell Ngasri diumumkan sebagai Bintang Paling Popular Berita Harian 35 untuk tahun 2023 yang mana membawa pulang trofi dan pakej Umrah.

Senarai Penuh Pemenang Bagi Setiap Kategori Di ABPBH 35 Tahun 2023

Berikut merupakan senarai penuh pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABPBH 35)

Anugerah Khas Ekpresi Legasi Seni ABPBH35
Tan Sri Michael Yeoh

KATEGORI UTAMA

BBNU Lelaki Popular
Amir Ahnaf

BBNU Wanita Popular
Anna Jobling

Penyanyi Lelaki Popular
Khai Bahar

Penyanyi Wanita Popular
Aina Abdul

Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular
Dolla

Aktor Filem Popular
Beto Kusyairy

Aktres Filem Popular
Sophia Albarakbah

Aktor TV Popular
Meerqeen

Akstres TV Popular
Anna Jobling

Penyampai Radio Popular
Tyzo

Pengacara TV Popular
Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom)

Artis Komedi Popular
Bell Ngasri

KATEGORI EKSTRA

Couple TV Popular
Meerqeen & Anna Jobling (Melur Untuk Firdaus)

Couple Filem Popular
Datuk Aaron Aziz & Nadiya Nisaa (Dekatnya Cinta)

Drama Popular
Melur Untuk Firdaus

Lagu Paling Boom Popular
Terus Hidup (Aina Abdul)

Content Creator Popular
Alieff Irfan

Tiktokers Popular
Sally Whoo

Lawak Viral Popular
Syahmi Sazli, Hasif dan Yoe Parey

Tahniah kepada semua pemenang...

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Senarai Penuh Pemenang ABPBH 35 Tahun 2023 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian)"