Siaran Langsung Live Streaming Manchester United vs Arsenal Pre Season 2023

Siaran Langsung Live Streaming Manchester United vs Arsenal Pre Season 2023

Sekarang sudah memasuki aksi ketiga dalam pre season bagi pasukan Manchester United dimana kali ini akan bertemu Arsenal iaitu bakal berlangsung pada 23 Julai 2023, hari Ahad bertempat di MetLife Stadium, New York.

Pada perlawanan pertama, Man United bermain di Jerman dan pada aksi lalu, mereka terbang ke Edinburg, Scotland. Kini bermulahlah US Tour yang mana akan berlangsungnya 4 perlawanan dan salah satunya bertemu Arsenal.

BACA : Jadual Penuh Manchester United Di  Pre Season & US Tou 2023

Skuad The Red Devils berjaya mencapai kemenangan ketika bertemu Leeds United dalam aksi pembukaan pramusim dengan jaringan 2-0. Kemudian mereka menang tipis 1-0 ketika berdepan dengan pasukan daripada Ligue 1 iaitu Lyon.

Kini mereka akan bertemu seteru utama di saingan Premier League iaitu Arsenal yang juga telah melalui 2 aksi pramusim. Mereka seri ketika bertemu FC Nurnberg (1-1) dan meraih kemenangan besar 5-0 ketika bertemu MLS All-Start.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan ini telah bertemu sebanyak 29 kali. 13 daripadanya dimenangi oleh Manchester United dan 9 untuk Arsenal. Manakala selebihnya iaitu 7 kali mereka seri ketika berhadapan satu sama lain.

Kali terakhir mereka bertemu pastinya dalam saingan EPL 2022/2023. Dengan dua kali pertemuan tersebut, MU menang sekali dan tewas sekali. Menang di Old Trafford dan tewas di Emirates. Bagaimana pula dengan pertemuan kali ke-30 ini?

Sekali lagi bakal menjadi medan terbaik untuk kedua-dua pasukan terutamanya untuk Eric Tan Hag untuk terus menguji barisan pemainnya bagi bersiap-siaga untuk menghadapi musim baru yang bakal bermula tidak lama lagi.

Ujian pertama berjaya. Ujian kedua juga berjaya walaupun hanya berjaya sumbat 1 gol sahaja. Kali ini lawan lebih sukar yang juga naib juara Premier League pada musim lalu. Baru sahaja belasah pasukan lawan sebelum ini.

Senarai Pemain Yang Terlibat Di US Tour Pre Season 2023

Manchester United telah mengesahkan barisan pemain yang dibawa bagi meneruskan aksi pramusim dan kali ini untuk US Tour pula. Seramai 31 pemain yang bakal menghadapi siri jelajah kali ini

Penjaga Gol: Nathan Bishop, Tom Heaton, Dean Henderson, Radek Vitek.

Pertahanan: Diogo Dalot, Alvaro Fernandez, Victor Lindelof, Harry Maguire, Lisandro Martinez, Luke Shaw, Raphael Varane, Aaron Wan-Bissaka, Brandon Williams.

Pemain Tengah: Amad, Antony, Casemiro, Christian Eriksen, Bruno Fernandes, Dan Gore, Hannibal, Kobbie Mainoo, Scott McTominay, Mason Mount, Facundo Pellistri, Jadon Sancho, Donny van de Beek.

Penyerang: Anthony Elanga, Omari Forson, Alejandro Garnacho, Anthony Martial, Marcus Rashford.

Jadual Dan Siaran Langsung Aksi Pra Musim 2023 Manchester United vs Arsenal

Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan ketiga untuk aksi Pra Musim 2023 dan kali ini untuk US Tour 2023 bermula pertemuan antara Manchester United vs Arsenal iaitu pada 23 Julai ini, pukul 5.00 pagi waktu Malaysia bertempat di MetLife Stadium, New York.

Perlawanan ini sekali lagi tidak akan ditayangakn secara langsung di saluran Astro. Tetapi untuk penonton di Malaysia khususnya, anda boleh tonton secara live streaming di web www.manutd.com/mutv atau aplikasi MUTV secara percuma.

23 Julai 2023 (Ahad)

FT : Manchester United (2) - (0) Arsenal [Penalti - 5-3]

  • Bruno Fernandes 30'
  • Jadon Sancho 37'

Masa : 5.00 Pagi (MYT)
Tempat : MetLife Stadium, New York
Tayangan : -Tiada-
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Manchester United vs Arsenal Pre Season 2023"