Siaran Langsung Live Streaming Manchester United vs Lyon Pre Season 2023

Siaran Langsung Live Streaming Manchester United vs Lyon Pre Season 2023

Kini tiba untuk aksi kedua dalam pre season bagi pasukan Manchester United dimana dijadualkan akan bertemu Olympique Lyon dimana akan berlangsung pada 19 Julai 2023, hari Rabu bertempat di BT Murrayfield, Edinburg, Scotland.

Sebelum ini, Man Utd telah melalui aksi persahabatan pertama menentang Leeds United pada minggu lalu di Oslo. Perlawanan tersebut menyaksikan The Red Devils berjaya mengalahkan pasukan lawan dengan jaringan 2 gol kosong.

Kali ini, dari Jerman akan terbang ke Scotland pula bagi berhadapan dengan sebuah pasukan daripada Ligue 1 iaitu di Perancis. Pada musim lalu, Lyon telah menghabiskan cabaran di Liga Perancis untuk musim 2022/2023 di tempat ke-7.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan ini telah bertemu sebanyak empat kali dan Lyon setakat ini masih belum pernah mengalahkan Manchester United yang telah menang dua kali dan seri juga dua kali. Kali terakhir mereka bertemu adalah pada tahun 2008 di UCL.

Seperti yang kita ketahui, perlawanan terakhir yang ditempuhi oleh pasukan The Red Devils selepas berakhirnya saingan liga adalah dalam perlawanan persahabatan pramusim menentang Leeds United.

Manakala untuk pasukan Lyon, mereka juga telah melalui satu perlawanan persahabatan sebelum ini iaitu menentang pasukan daripada Belanda iaitu De Treffers. Perlawanan tersebut telah berpihak kepada Lyon dengan kemenangan 2 gol berbalas 1.

Ini sekali lagi bakal menjadi medan terbaik untuk pengendali skuad Manchester United, Eric Tan Hag untuk menguatkan lagi pasukannya bagi menghadapi musim baru yang bakal bermula tidak lama lagi.

Ujian pertama sudah selesai dengan jayanya. Kini tiba untuk ujian kedua. Pemain manakah lagi yang akan diuji untuk perlawanan seterusnya? Adakah mereka mampu untuk memberikan sesuatu dalam perlawanan itu nanti? 

Senarai Pemain Yang Terlibat; Manchester United vs Lyon Di Pre Season 2023

Manchester United telah mengesahkan barisan pemain yang akan terlibat untuk aksi pra-musim pertama ini di Edinburg. Rashford, Bruno Fernades, Maguire antara nama yang masih direhatkan.

Penjaga Gol : Nathan Bishop, Elyh Harrison, Matej Kovar.

Pertahanan : Jonny Evans, Alvaro Fernandez, Will Fish, Marc Jurado, Lisandro Martinez, Raphael Varane, Aaron Wan-Bissaka, Brandon Williams.

Pemain Tengah : Fred, Dan Gore, Hannibal, Isak Hansen-Aaroen, Kobbie Mainoo, Mason Mount, Donny van de Beek.

Penyerang : Amad, Antony, Noam Emeran, Omari Forson, Joe Hugill, Jadon Sancho.

Jadual Dan Siaran Langsung Aksi Pra Musim 2023 Manchester United vs Lyon

Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan kedua untuk aksi Pra Musim 2023 antara Manchester United vs Lyon yang akan berlangsung pada 19 Julai ini, pukul 9.00 malam waktu Malaysia bertempat di BT Murrayfield.

Perlawanan ini tidak akan ditayangkan secara langsung di saluran Astro. Tetapi untuk penonton di Malaysia khususnya anda boleh saksikan secara live streaming menerusi www.manutd.com/en/mutv atau di aplikasi MUTV secara percuma.

19 Julai 2023 (Rabu)

FT : Manchester United (1) - (0) Lyon

  • Van De Beek 49'

Masa : 9.00 Malam (MYT)
Tempat : Murrayfield, Edinburg
Tayangan : -Tiada-
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Manchester United vs Lyon Pre Season 2023"