Siaran Langsung Live Streaming Manchester United vs Wrexham AFC Pre Season 2023

Siaran Langsung Live Streaming Manchester United vs Wrexham AFC Pre Season 2023

Sudah sampai ke separuh jalan apabila Manchester United akan berhadapan pula dengan Wrexham AFC untuk perlawanan keempat dimana ianya akan berlangsung pada 26 Julai 2023, hari Rabu bertempat di Snapdragon Stadium, San Diego USA.

Ini merupakan perlawanan kedua untuk US Tour bagi pasukan The Red Devils. Sebelum ini berhadapan dengan Arsenal di New York dengan kesudahan kemenangan untuk pasukan Man United 2-0 juga kemenangan dalam sepakan penalti 5-3.

Sebelum itu, untuk perlawanan kedua, skuad Eric Tan Hag bertemu Lyon di Edinburg dengan kemenangan 1-0 dan perlawanan pertama bertemu Leeds United juga berkesudahan dengan kemenangan dengan jaringan 2-0.

Pasukan Wrexham AFC Berhadapan Dengan Manchester United

Wrexham AFC merupakan sebuah pasukan bola sepak yang berpengkalan di Wales dan bermain dalam saingan Football League Two untuk musim terbaru 2023/24. Pasukan ini baru sahaja dinaikkan daripada National League apabila mereangkul kejuaraan pada musim 2022/23.

Untuk perlawanan pramusim, Wrexham telah bermula pada Julai yang lalu menentang Chelsea dalam Florida Cup yang menyaksikan mereka tewas besar dengan jaringan 0-5 sekali gus terlepas menjuarai kejohanan tersebut.

Kemudian bersambung untuk aksi pramusim seterusnya menentang pasukan Los Angeles Galaxy II. Kali ini mereka menang bergaya dengan jaringan empat gol tanpa balas. Perlawanan ketiga mereka menentang Manchester United

Pertemuan Manchester United vs Wrexham AFC

Untuk rekod, kedua-dua pasukan ini pernah bertemu sekali sahaja juga dalam aksi persahabatan iaitu pada Ogos 2005. Perlawanan tersebut memihak kepada The Red Devils dan berjaya menghasilkan jaringan 3-1 sehingga tamat perlawanan.

Sekali lagi peluang yang akan diguna sebaiknya oleh Eric Tan Hag bagi memperkuatkan pasukannnya beraksi dalam saingan liga yang akan bermula tidak lama lagi. Apakah percaturan yang akan diguna pakai kali ini?

Senarai Pemain Manchester United Yang Terlibat Untuk Aksi US Tour 2023

Manchester United telah mengesahkan barisan pemain yang dibawa bagi meneruskan aksi pramusim dan kali ini untuk US Tour pula. Seramai 31 pemain yang bakal menghadapi siri jelajah kali ini

Penjaga Gol: Nathan Bishop, Tom Heaton, Dean Henderson, Radek Vitek.

Pertahanan: Diogo Dalot, Alvaro Fernandez, Victor Lindelof, Harry Maguire, Lisandro Martinez, Luke Shaw, Raphael Varane, Aaron Wan-Bissaka, Brandon Williams.

Pemain Tengah: Amad, Antony, Casemiro, Christian Eriksen, Bruno Fernandes, Dan Gore, Hannibal, Kobbie Mainoo, Scott McTominay, Mason Mount, Facundo Pellistri, Jadon Sancho, Donny van de Beek.

Penyerang: Anthony Elanga, Omari Forson, Alejandro Garnacho, Anthony Martial, Marcus Rashford.

Jadual Dan Siaran Langsung Aksi Pramusim 2023 Manchester United vs Wrexham AFC

Jangan terlepas untuk menyaksikan perlawanan kempat untuk aksi Pra Musim 2023 dan kali ini untuk US Tour 2023, Manchester United akan bertemu Wrexham AFC iaitu pada 26 Julai ini, pukul 10.30 pagi waktu Malaysia bertempat di Snapdragon Stadium, San Diego.

Seperti sebelum ini juga, tiada tayangan siaran langsung di Astro. Tetapi untuk penonton di Malaysia khususnya, anda boleh tonton secara live streaming sama ada menerusi MUTV secara percuma atau di beIN Sport Connect.

26 Julai 2023 (Rabu)

FT : Manchester United (1) - (3) Wrexham AFC

  • Lee 29'
  • Hayden 36'
  • Jurado 45+6'
  • Dalby 69'

Masa : 10.30 Pagi (MYT)
Tempat : Snapdragon Stadium, San Diego
Tayangan : -Tiada-
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Manchester United vs Wrexham AFC Pre Season 2023"