Drama Aku Yang Kau Sakiti - Sinopsis Dan Tayangan Di TV3

Drama Aku Yang Kau Sakiti di TV3

Saksikan drama terbaru Aku Yang Kau Sakiti yang akan menemui penonton mulai 1 Ogos 2023 ini bagi menggantikan drama sebelumnya Obsesi Dia.

Anda boleh saksikan drama ini setiap hari Isnin hingga Khamis, pada jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3 atau secara online di www.tonton.com.my.

Bukan itu sahaja, Aku Yang Kau Sakiti turut boleh di strim menerusi web www.iq.com atau aplikasi iQIYI sejurus selepas habis tayangan di tv khusus untuk pengguna VIP dan percuma untuk semua selepas 48 jam.

Drama 20 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Saphire Screen Sdn. Bhd., diarahkan oleh Riza Baharudin serta nukilan skrip daripada Farhana Fauri.

Info Drama

Episod : 20
Tayangan : Slot Samarinda TV3 dan iQIYI
Tarikh : Mulai 1 Ogos 2023 (Isnin - Khamis)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Farhana Fauri
Pengarah : Riza Baharudin
Produksi : Saphire Screen Sdn. Bhd.

Drama Aku Yang Kau Sakiti di TV3

Barisan Pelakon

Drama Aku Yang Kau Sakiti menampilkan barisan pelakon utama seperti Redza Rosli, Rita Nadira dan Zamarul Hisham.

Mereka dibantu oleh Fify Azmi, Syazwan Zulkifly, Natasya Mahyan, Aleza Shadan, Jasmin Hamid, Iman Suhana, Anies Hann, Izuan Razali dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Redza Rosli sebagai Rykal
  • Rita Nadira sebagai Amanda
  • Zamarul Hisham sebagai Tuan Zaki
  • Fify Azmi sebagai Bella
  • Syazwan Zulkifly sebagai Faris
  • Aleza Shadan sebagai Puan Mazwin
  • Jasmin Hamid sebagai Mak Su Ippah
  • Natasya Mahyan sebagai Cika

Sinopsis Drama Aku Yang Kau Sakiti

Drama Aku Yang Kau Sakiti mengisahkan tentang seorang gadis bernama Amanda iaitu seorang anak yatim piatu selepas kematian ayahnya, Tuan Daniel yang dibunuh oleh sindiket pinjaman wang.

Dia kemudiannya telah dijaga oleh Tuan Zaki iaitu bapa kepada rakan baiknya, Bella. Tuan Zaki telah melayan Amanda seperti anaknya sendiri.

Apabila mereka mencecah 20 tahun, Amanda bekerja di syarikat Tuan Zaki sebagai pembantu Bella. Amanda cemburu dengan kehidupan Bella yang sempurna.

Ternyata, Amanda menyimpan dendam terhadap keluarga Bella. Amanda juga mempunyai misinya yang tersendiri.

Dia mahu menggulingkan Tuan Zaki kerana ayahnya pernah bekerja dengannya dan apabila perniagaannya hampir muflis, Tuan Zaki meminta ayah Amanda meminjam dari Ahlong, sehingga Ahlong mengejar dan membunuh ayahnya kerana tidak dapat melangsaikan hutang.

Namun, Rykal yang menyayangi Amanda, sentiasa sabar memberi nasihat kepadanya membuatkan Amanda kesal.

Dapatkah Amanda membalas dendam kesumat terhadap ayahnya kepada Tuan Zaki? Atau kehadiran Rykal bakal mengubah persepsi Amanda dan perasaan ini akan mekar menjadi cinta?

Drama Aku Yang Kau Sakiti di TV3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Aku Yang Kau Sakiti - Sinopsis Dan Tayangan Di TV3"