Drama BARISTA Misi Terpaling Sulit - Sinopsis Dan Tayangan Di Astro Ria

Drama BARISTA Misi Terpaling Sulit

Saksikan drama terbaru BARISTA Misi Terpaling Sulit yang akan menemui penonton mulai 24 Ogos 2023 ini bagi menggantikan drama sebelumnya Persepsi yang telah tamat siaran sebelum ini.

Anda boleh saksikan drama siri Gempak Original ini setiap hari Khamis, pada jam 11.00 malam yang akan ditayangkan di saluran Astro Ria 104 dan secara online di Astro Go dan aplikasi Sooka.

Drama 10 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Arie Zaharie Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Norhanisham Muhammad aka Labu dengan nukilan skrip daripada Sham Hashim.

Info Drama

Episod : 10
Tayangan : Gempak Original di Astro Ria
Tarikh : Mulai 24 Ogos 2023 (Setiap Khamis)
Masa : 11.00 Malam
Penulis Skrip : Sham Hashim
Pengarah : Norhanisham Muhammad (Labu)
Produksi : Arie Zaharie Production Sdn. Bhd.

Drama BARISTA Misi Terpaling Sulit

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Drama BARISTA Misi Terpaling Sulit menampilkan barisan pelakon seperti Sherry Alhadad, Kamal Adli, Nadia Brian, Fauzi Nawawi, Zarul Husin, Mekyun, Sadiq M Jalim, Aziz M. Osman, Emelda Rosmila, Arie Zaharie dan ramai lagi.

  • Sherry Alhadad - Ejen M
  • Kamal Adli sebagai Ejen Gee
  • Nadia Brian sebagai Ejen K
  • Fauzi Nawawi sebagai Dollah Bostamam
  • Zarul Husin sebagai Captain W
  • Mekyun sebagai Onot
  • Sadiq M Jamil sebagai Tiak
  • Aziz M Osman sebagai Pak Ngah
  • Emelda Rosmila sebagai Senator Salbiah
  • Arie Zaharie sebagai Markonah

Sinopsis Drama BARISTA Misi Terpaling Sulit

Drama BARISTA Misi Terpaling Sulit mengisahkan tentang sebuah agensi perisikan Andorsia yang dikenali dengan nama B.A.R.I.S.T.A (BADAN ANTI RADICAL INSURGENT TERORIS ANDORSIA).

Mereka berfungsi dalam mengerjakan misi-misi perisikan, anti-pengganas dan penyiasatan antarabangsa. Mereka kini mempunyai misi untuk menghapuskan KURAP (KUMPULAN RADIKAL PEMISAH ANDORSIA SELATAN) yang ingin mengancam Andorsia.

Ketika menjalankan misi tersebut, Ejen K telah diculik oleh sekumpulan pengganas yang ingin mengecam agensi perisikan mereka.

Untuk menyelamatkan Ejen K, Ejen M yang dikenali sebagai legend spy dan Ejen Gee, seorang penganalisis IT yang nerd dipilih untuk menyelesaikan penyiasatan sulit ini. Namun dalam menyelesaikan misi ini, mereka menemui konspirasi lain yang lebih mengejutkan.

Drama BARISTA Misi Terpaling Sulit

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama BARISTA Misi Terpaling Sulit - Sinopsis Dan Tayangan Di Astro Ria"