Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Thailand Piala AFF U23 Tahun 2023

Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Thailand Piala AFF U23 Tahun 2023

Kini tiba hari terakhir bagi semua pasukan yang masih bertanding dalam Piala AFF B23 atau AFF U23 Championship 2023 antaranya pertemuan Malaysia vs Thailand iaitu pada 26 Ogos 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Rayong Provincial, Thailand.

Kita sudah ketahui sebelum ini, terdapat 4 pasukan yang berjaya layak ke peringkat kalah mati iaitu menerusi pusingan separuh akhir dan pasukan tersebut adalah Thailand, Vietnam, Indonesia dan juga Malaysia.

Jadi keempat-empat pasukan tersebut telah pun menyelesaikan misi mereka semi final pada dua hari yang lepas. Untuk peringkat kalah mati, seperti yang diundi, Malaysia bertemu Vietnam dan Thailand berhadapan dengan Indonesia.

Meskipun Malaysia beraksi baik dalam peringkat kumpulan, ternyata percaturan mereka pada pusingan seperuh akhir ini tidak berhasil. Dalam 90 minit yang berlangsung sebelum ini, Malaysia tewas 1-4 kepada Vietnam sekali gus meranapkan harapan skuad bimbingan E. Elavarasan untuk ke final.

Nasib yang sama menimpa pasukan Thailand apabila mereka juga menerima nasib yang sama dimana tewas 1-3 kepada pasukan naib juara kumpulan terbaik iaitu Indonesia. Meskipun mereka berkelebihan bermain di tempat sendiri, mereka tidak mampu untuk menyekat kemaraan Indonesia.

Nampaknya dua pasukan terbaik dalam saingan kumpulan terpaksa melupakan hasrat untuk mengejar gelaran juara bagi kejohanan Piala AFF U23 untuk tahun ini. Bagi melengkapkan kalendar kejohanan, mereka Thailand dan Malaysia akan membuat perhitungan dalam perlawanan tempat ke-3.

KPI yang disasarkan oleh ketua jurulatih untuk pasukan Harimau Muda tahun ini tidak tercapai. Mereka kini menyamai pencapaian terbaik mereka pada edisi pertama tahun 2005 dimana berjaya layak ke peringkat kalah mati. Akan tetapi ketika itu, mereka tewas kepada Myanmar dan peroleh tempat keempat sahaja.

Kali ini, mereka mempunyai peluang sekali lagi untuk memperbaiki pencapaian pada ketika itu. Tetapi mereka perlu berhadapan dengan pasuka Thailand yang juga bekas juara AFF U23 Championship pada tahun 2005.

Setakat tiga edisi sebelum ini, Thailand muncul juara sekali dan naib juara sebanyak dua kali. Untuk yang kali keempat ini, mereka perlu akur buat kali pertama tidak berjaya layak ke final seperti yang dicatatkan pada edisi-edisi lalu.

Adakah Malaysia mampu untuk bangkit daripada kekalahan sebelum ini ketika berhadapan dengan Thailand nanti? Meskipun tidak berjaya ke final, pemain-pemain muda negara pastinya impikan kemenangan dan pencapaian yang lebih baik iaitu sebagai pasukan di tempat ketiga.

Untuk pusingan akhir, adakah Vietnam mampu untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya pada edisi 2022 sebelum ini? Vietnam bekas juara 2022 dan Indonesia pula bekas juara 2019. Masing-masing mempunyai pencapaian yang hebat.

Ditambah pula, mereka sudah menunjukkan yang mereka lebih layak ke final apabila mengalahkan pasukan lawan masing-masing dengan jaringan yang besar. Kini mereka bertemu pula bagi menuntukan pasukan mana yang lebih baik sekali gus menjuarai Piala AFF B23 untuk tahun 2023.

Barisan Pemain Kesebelasan Utama Malaysia Untuk Piala AFF B23 Tahun 2023

Berikut merupakan pemain dan barisan kesebelasan utama bagi pasukan Malaysia U23 dalam perlawanan ini bagi menentang Thailand U23.

Siaran Langsung AFF U23 Championship 2023 Malaysia vs Thailand

Meskipun tidak layak ke final, penyokong-penyokong pasukan Harimau Muda pastinya inginkan pasukan kesayangan mereka menghakhiri perjuangan ini di kedudukan yang lebih baik. Menang pastinya diimpikan oleh semua rakyat Malaysia termasuk pemain-pemain muda negara.

Jadi untuk tonton perlawanan ini, anda boleh saksikan secara langsung yang akan dibawakan ke kaca tv anda seperti sebelum ini juga iaitu menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Walaupun begitu, tayangan ini eksklusif untuk MYTV sahaja. Tiada di Astro.

Tapi jangan risau terutamanya untuk pengguna Astro atau orang-orang lain juga. Jika anda tiada siaran ini di tv, anda boleh tonton secara live streaming iaitu menerusi rtmklik.rtm.gov.my atau menggunakan aplikasi RTM Klik. Percuma sahaja.

Oleh itu, jangan lupa saksikan perlawanan penentuan tempat ke-3 bagi kejohanan Piala AFF B23 untuk tahun 2023 dimana berlangsung pertemuan antara Malaysia vs Thailand pada 26 Ogos ini, hari Khamis bertempat di Stadium Rayong Provincial dan live di RTM.

Malaysia akan bermain pada belah petang. Manakala perlawanan final antara Vietnam dan Indonesia akan dimaikan pada belah malam. Anda juga boleh saksikan perlawanan tersebut secara langsung menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM.

26 Ogos 2023 (Sabtu)

FT : Malaysia (0) - (0) Thailand (Pen : 3-4)

Masa : 5.00 Petang
Tempat : Stadium Rayong Provincial
Tayangan : TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

*Malaysia tewas kepada Thailand dalam aksi sepakan penalti 3-4. Thailand di tempat ke-3 dan Malaysia di tempat ke-4

[Final]

FT : Vietnam (0) - (0) Indonesia (Pen : 6-5)

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Rayong Provincial
Tayangan : TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2

*Vietnam juara Piala AFF B32 tahun 2023, manakala Indonesia naib juara

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Thailand Piala AFF U23 Tahun 2023"