Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Vietnam Piala AFF U23 Tahun 2023

Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Vietnam Piala AFF U23 Tahun 2023

Hari yang ditunggu-tunggu kini tiba. Hari ini kita dapat saksikan sekali lagi aksi pemain-pemain Harimau Muda apabila Malaysia vs Vietnam akan buat perhitungan dalam pusingan separuh akhir Piala AFF B23 atau AFF U23 Championship 2023.

Selepas masing-masing berehat sehari sebelum ini, perlawanan ini akan bersambung semula dan pertemuan antara kedua-dua pasukan tersebut akan berlangsung pada 24 Ogos 2023, hari Khamis bertempat di Stadium Rayong Provincial, Thailand.

Malaysia dan Vietnam telah melayakkan diri ke peringkat kalah mati apabila masing-masing menduduki tempat pertama dalam kumpulan B dan kumpulan C. Kedua-duanya juga peroleh kutipan maksimum iaitu 6 mata.

Dalam peringkat kumpulan, Malaysia telah diundi dalam kumpulan B bersama Indonesia dan Timor Leste. Kedua-dua perlawanan tersebut dimenang oleh Malaysia sekali gus membawa pasukan tersebut ke pusingan separuh akhir.

Pada perlawanan pertama, Malaysia berjaya menidakkan kemaraan awal pemenang pingat emas bola sepak atau juara Sukan SEA 2023 Indonesia dengan jaringan 2-1. Kemudian dalam pertemuan kedua bertemu Timor Leste, Malaysia sekali lagi peroleh kemenangan dengan keputusan 3-1.

Manakala untuk pasukan Vietnam, mereka telah diundi bersama Filipina dan Laos. Perlawanan pertama Vietnam menang terhadap Laos dengan jaringan 4-1. Kemudian bertemu Filipina, Vietnam hanya perulakan satu gol sahaja untuk memastikan mereka bergerak ke pusingan separuh akhir.

Ini merupakan kali kedua Malaysia layak ke pusingan separuh akhir yang mana kali terakhir mereka lakukan pada edisi pertama tahun 2005. Manakala untuk Vietnam, selaku juara bertahan, ini merupakan kali ketiga untuk mereka.

Setakat ini, pasukan Malaysia bawah-23 telah bertemu sebanyak 11 kali dengan pasukan Vietnam bawah-23. Dalam jumlah tersebut, Malaysia hanya berjaya mencatatkan 3 kali kemenangan, tewas sebanyak 7 kali dan seri sekali.

Kali terakhir mereka bertemu adalah adalah pada tahun 2022 dalam kejohanan AFC U23 Championship. Dalam pertemuan ini tersebut, perlawanan memihak kepada Vietnam apabila menang 2-0 mengatasi Malaysia.

Jadi pertemuan kali ke-12 ini, adakah Malaysia mampu untuk menumpaskan Vietnam dan seterusnya layak ke final AFF U23 Championship 2023. Anak-anak buah E. Elavarasan telah bukti dalam dalam peringkat kumpulan dan pastinya mereka mampu untuk mengulanginya dalam perlawanan kali ini.

Satu lagi perlawanan semi final Piala AFF B32 ini adalah mempertemukan juara kumpulan A iaitu Thailand vs Indonesia selaku naib juara terbaik. Mereka akan membuat perhitungan pada belah malam, jam 9.00 malam di venue yang sama.

Malam ini, kita akan ketahui pasukan manakah yang akan bertemu di final dan pasukan manakah yang akan mengharungi perlawanan penentuan tempat ke-3 yang mana kedua-duanya dijadualkan berlangsung pada 26 Ogos ini.

Barisan Kesebelasan Utama Pasukan Malaysia Untuk Piala AFF B23

Berikut merupakan barisan kesebelasan utama bagi pasukan Malaysia dalam perlawanan ini bagi menghadapi Vietnam.

Siaran Langsung AFF U-23 Championship 2023 Rayong Thailand

Pastinya ramai yang teruju untuk saksikan kembali aksi-aksi pemain mudah negara ketika bertemu sebuah pasukan hebat seperti Vietnam. Adakah mereka mampu untuk merobek gawang pasukan lawan sama seperti yang ditunjukkan sebelum ini.

Jadi untuk saksikan perlawanan ini, anda boleh tonton secara langsung yang akan dibawakan ke kaca tv anda iaitu menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Kali ini pengguna Astro boleh tonton juga disamping pengguna MYTV.

Tapi anda masih boleh tonton secara live streaming menerusi rtmklik.rtm.gov.my atau menggunakan aplikasi RTM Klik secara percuma. Tidak perlu kepada apa-apa langganan. Anda semua boleh saksikannya nanti.

Jadi jangan lupa untuk saksikan aksi pemain bawah-23 Harimau Muda untuk kejohanan Piala AFF B-23 tahun 2023 antara Malaysia vs Vietnam pada 24 Ogos ini, hari Khamis bertempat di Stadium Rayong Provincial dan live di RTM

24 Ogos 2023 (Khamis)

FT : Malaysia (1) - (4) Vietnam

  • Dinh Xuan Tien 8', 44'
  • Nguyen Quoc Viet 32' 
  • Alif Ikmalrizal Anuar 49'
  • Nguyen Hong Phuc 85'

Masa : 5.00 Petang
Tempat : Stadium Rayong Provincial
Tayangan : TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik

*Malaysia gagal ke final dan akan bermain di perlawanan penentuan tempat ke-3. Vietnam mara ke final Piala AFF B32

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Vietnam Piala AFF U23 Tahun 2023"