Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Timor Leste Piala AFF U23 Tahun 2023

Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Timor Leste Piala AFF U23 Tahun 2023

Singan Piala AFF B23 atau AFF U23 Championship 2023 diteruskan lagi dengan aksi terakhir dimana bakal mempertemukan Malaysia vs Timor Leste iaitu pada 22 Ogos ini, hari Selasa bertempat di Stadium Rayong, Thailand.

Ini merupakan perlawanan terakhir untuk kumpulan B dan juga hari terakhir untuk perlawanan peringkat kumpulan dalam kejohanan ini. Dalam masa yang sama juga akan berlangsung pertemuan untuk kumpulan C iaitu Vietnam dan Filipina.

Pada perlawanan pertama, Malaysia sudah pun meraih kemenangan pertama ketika ianya dilangsungkan pada 18 Ogos yang lalu. Ketika itu, skuad Harimau Muda bertemu peminang pingat emas bola sepak atau juara Sukan SEA 2023, Indonesia.

Walaupun ketinggalan pada separuh masa pertama dengan jaringan satu gol, pemain-pemain bimbingan ketua jurulatih E. Elavarasan berjaya bangkit untuk 45 minit selepasnya apabila menjaringkan dua gol selepas itu sekali gus menang 2-1 sehingga tamat masa perlawanan.

Dengan kemenangan tersebut, Malaysia meraih 3 mata pertama, sekali gus mengungguli carta kumpulan B meskipun Indonesia berjaya memenangi perlawanan kedua dan hanya kini memiliki jumlah mata yang sama dan dibezakan dengan perbezaan bilangan gol sahaja.

Timor Leste juga telah menghadapi satu perlawanan iaitu menentang Indonesia pada 20 Ogos yang lalu. Dalam perlawanan tersebut, Timor Leste tumpas 0-1 hasil jaringan tunggal daripada pemain Indonesia pada minit 45 oleh Ramadhan Sananta.

Malaysia kini perlukan sekurang-kurangnya keputusan seri untuk bergelar juara kumpulan sekali gus mara ke peringkat kalah mati di separuh akhir. Timor Leste juga mampu untuk membuat kejutan jika pemain-pemain negara mengambil langkah mudah ketika bertemua pasukan tersebut.

Pada edisi 2022 yang lalu, Timor Leste berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir meskipun lawanya Laos menarik diri akibat pemain-pemain mereka dijangkiti Covid-19 ketika itu. Sekali gus memberikan kemenangan percuma untuk Timor Leste.

Jadi pemain-pemain negara perlu fokus dan cari kemenangan untuk perlawanan bertemu Timor Leste ini. Walaupun sudah selangkah ke semi final, apa-apa boleh berlaku dalam sukan bola sepak. Jadi jangan ambil sambil lewa dalam perlawanan ini.

Hanya 4 pasukan yang akan layak ke separuh akhir iaitu 3 juara kumpulan dan 1 naib juara terbaik. Setakat ini, hanya Thailand yang telah mengesahkan slot di semi final. Akan ada 3 lagi slot yang dipenuhi selepas perlawanan malam ini.

Barisan Kesebelasan Utama Pasukan Malaysia Untuk Piala AFF B23

Berikut merupakan barisan kesebelasan utama bagi pasukan Malaysia dalam perlawanan ini bagi menghadapi Timor Leste.

Siaran Langsung AFF U23 Championship 2023 Rayong Thailand

Pada perlawanan pertama, kita sudah saksikan bagaimana aksi terbaik yang ditunjukkan oleh barisan pemain-pemain muda negara. Perlawanan kedua ini, pastinya kita ingin saksikan aksi yang sama dan lebih baik yang mereka boleh beri kali ini.

Jadi sama seperti sebelum ini juga, perlawanan ini akan dibawakan secara langsung ke kaca tv anda menerusi saluran RTM di Sukan RTM. Saluran ini, hanya tersedia untuk pengguna MYTV sahaja.

Jadi untuk pengguna Astro dan yang lain juga, anda boleh tonton secara live stremaing iaitu menerusi rtmklik.rtm.gov.my secara percuma sahaja.

Dengan itu, lebih ramai yang akan boleh saksikan aksi pemain muda negara bawah-23 dalam kejohanan Piala AFF B23 tahun 2023 antara Malaysia vs Timor Leste pada 22 Ogos ini, hari Selasa bertempat di Stadium Rayong dan live di RTM.

22 Ogos 2023 (Selasa)

FT : Malaysia (3) - (1) Timor Leste

  • Alif Ikmalrizal 5', 64,
  • Aliff Izwan 13'
  • Olagar Xavier 41'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Rayong
Tayangan : Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik

*Malaysia berjaya mara ke pusingan separuh akhir selepas muncul juara Kumpulan B

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post