Drama Rajuk Karina - Sinopsis Dan Tayangan Di TV3

drama rajuk karina

Saksikan drama terbaru Rajuk Karina yang akan menemui penonton mulai 10 Ogos 2023 ini bagi menggantikan drama sebelumnya Tentang Hati Dia.

Anda boleh saksikan drama ini setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada jam 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3 atau secara online di www.tonton.com.my.

Drama 28 episod yang diadaptasi daripada novel 'Rajuk Karina' karya Sufea Hareez ini merupakan terbitan Country & Universal Sdn. Bhd., diarahkan oleh Harris Fadzillah dengan nukilan skrip bersaman daripada PGRs Team, Moonrahdin dan Rozie Rashid.

Info Drama

Episod : 28
Tayangan : Slot Akasia di TV3
Tarikh : Mulai 10 Ogos 2023 (Isnin - Jumaat)
Masa : 7.00 Malam
Penulis Skrip : Rozie Rashid dan Moonrahdin
Pengarah : Harris Fadzillah
Produksi : Country & Universal Sdn. Bhd.

drama rajuk karina

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Drama Rajuk Karin menampilkan barisan pelakon seperti Siti Hariesa, Yusuf Bahrin, Nazim Othman, Puteri Aishah, Eryna Nur Syifaa dan Anne Abdullah.

Mereka dibantu oleh Shweta Sekhon, Zainol Ismail, Sera Melissa, Fara Nadiah, Rahim Omar, Ainina Ahmad, Zarina Zainuddin, Haidar Hasanudin dan ramai lagi.

  • Siti Hariesa sebagai Karina
  • Yusuf Bahrin sebagai Mizan
  • Nazim Othman sebagai Saiful
  • Puteri Aishah sebagai Anum
  • Eryna Nur Syifaa sebagai Batrisya
  • Anne Abdullah sebagai Asmah
  • Shweta Sekhon sebagai Pak Mud
  • Rahim Omar sebagai Dato' Kahar

Sinopsis Drama Rajuk Karina

Drama Rajuk Karina mengisahkan tentang perjuangan Karina dalam mengharungi kehidupan akibat perkahwinanya yang amat menguji kesabaran.

Cadangan Opah untuk menyatukan Mizan dan Karina di jinjang pelamin tidak kesampaian. Mizan tidak mahukan Karina dan enggan mengahwininya. Disebabkan itu, Karina berasa kecil hati.

Rasa kecil hatinya itu telah mendorongnya untuk berkahwin dengan Saiful secara tergesa-gesa. Disebabkan itu, dia tidak bernasib baik apabila kehidupannya merana sejak bergelar isteri kepada Saiful.

Dalam dalam rumah tangganya, Karina diperlakukan perkara yang tidak baik oleh ibu mertuanya sendiri, Asmah. Bukan itu sahaja, suaminya pula bermain kayu tiga dengan seorang wanita, Anum.

Tidak lama kemudian, akhirnya Saiful telah menceraikan Karina meskipun dia sedang sarat mengandung.

Takdir telah menemukan Karina dengan Mizan di sebuah universiti swasta yang sepertinya memberikan harapan baru untuk Karina untuk mengecapai kebahagiaan.

Namun, kehidupannya masih tidak aman berikutan ugutan daripada bekas suaminya, Saiful yang ingin menuntut hak penjagaan anak mereka iaitu Batrisyia.

Akhirnya, Karina dan Mizan disatukan dan mereka hidup dalam suasana yang bahagia. Tetapi Asmah dan Anom berasa tidak puas hati melihat Karina gembira.

Disebabkan itu, mereka telah merancang strategi jahat untuk memusnahkan dan menjatuhkan rumah tangga ini. Mampukah Karina bangkit melawan?

drama rajuk karina

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Rajuk Karina - Sinopsis Dan Tayangan Di TV3"