Review Filem Tebus Di Prime Video

Review Filem Tebus Di Prime Video

Cuti-cuti merdeka ni tak tahu nak buat apa, tapi teringat ada iklan sebelum ini paparkan cerita baru berjudul Tebus yang akan ditayangkan di Prime Video mulai 31 Ogos 2023 (Khamis) dimana betul-betul jatuh pada Hari Kebangsaan.

BACA : Info Dan Sinopsis Filem Tebus Di Prime Video

Jadi sebab filem tempatan, filem original Amazon, aku tengok juga la. Lagi pula tengok trailer macam menarik dengan aksi dan ada pelakon macam Aedy Ashraf dan Ahirine Ahirudin serta Azhan Rani. Selain itu, ada juga Jay Iswazir, Idan Aedan, Marisan Yasmin dan ramai lagi.

Tebus merupakan terbitan syarikat produksi Vian Media Sdn. Bhd., diarahkan oleh Jasong Chong merankap pencetus idea untuk naskah ini dan nukilan skrip daripada Sku Khor.

Sinopsis Filem Tebus

Filem Tebus bermula dengan kisah penculikan Ana yang dirancang pada awalnya oleh ayah tirinya sendiri iaitu Bakar bersama Mat Nor bertujuan ingin memberi kesedaran kepada anaknya tersebut untuk lebih hormat kepada ayah tirinya.

Tetapi perancangan tersebut tidak berjaya, sebaliknya ianya di 'hijack' oleh pembantu peribadi baru Ana iaitu Johan. Dia melakukan perkara sedemikian semata-mata untuk dapatkan habuan duit bagi mendapatkan jantung di pasaran gelap untuk adiknya, Jalil.

Penculikan tersebut sepertinya tidak berjaya apabila Bakar tidak mengendahkan permintaan Johan tersebut untuk memberikan duit tebusan tersebut. Malah dia pula menawarkan wang ringgit sekirnya Johan membunuh Ana.

Tetapi itu bukanlah sifat yang ada pada Johan. Dari kisah penculikan, akhirnya menjadi misi penyelamat iaitu jauhkan Ana daripada Bakar. Tetapi disebabkan perkara tersebut, Johan terpaksa melupakan hasrat untuk membantu Jalil.

Adakah pada akhirnya, Johan dapat penderma jantung untuk adiknya? Atau Johan mengambil keputusan untuk bunuh Ana untuk dapatkan wang daripada Bakar demi menyelamatkan adiknya yang sedang nazak?

Review Filem Tebus Di Prime Video

Review Filem Tebus

Pada awalnya sebelum aku nak tengok filem Tebus di prime video, sebenarnya aku harapkan banyak aksi-aksi yang akan dipamerkan oleh watak utama iaitu Johan lakonan Aedy Ashraf sebab pada trailer tersebut boleh tahan.

Tetapi sepertinya harapan aku tersebut meleset...

Jalan Cerita Yang Simple

Jika nak cerita pasal jalan cerita filem ini, untuk aku simple sahaja. Straight to the point dan tidak perlu untuk fikir sebelum ni apa jadi, lepas ni apa jadi. Ianya seolah-olah kita boleh jangka lepas ni apakah yang akan berlaku.

Untuk aku, filem-filem yang jalan cerita simple ni best. Sambil anda berehat, anda boleh saksikan filem tempatan dengan santai. Tak perlu nak guna otak sangat untuk berfikir. Boleh tengok sambil makan dan sebagainya.

Pada akhir jalan cerita, dia ada letakkan plot twist tetapi seperti yang disebutkan sebelum ini, ianya boleh dibaca. Jadi kita boleh tahu. Tapi aku rasa part paling akhir tu, aku tak sangka. Ingat dah setel, rupanya belum. Not bad.

Filem ini bagi aku bermula dengan baik dan intense. Tapi lama kelamaan dia jadi semakin slow dan santai. Jadi aksi-aksi yang pada babak awal tu, semuanya tiba-tiba hilang. Masuk pula part romantik, kasih sayang dan hujung-hujung bahagian suspen pula.

Tapi Aedy Ashraf power, dah kena tikam kat dada dengan pisau pun rileks je berlawan lagi. Rawat sikit, terus sembuh. Sambun lawan lagi.

Review Filem Tebus Di Prime Video

Aksi Ada Tapi Kurang

Itulah yang aku simpulkan jika diletakkan dalam sebuah filem aksi dimana aksinya kurang. Pada awal-awal cerita juga kita boleh tengok aksi kombat atau berlawan. Seingat aku aksi tembak menembak takda, kecuali berlatih menembak.

Tapi aksi kombat boleh tahan juga. Bukan sahaja Johan, Ana lakonan Ahirine Ahirudin pun ada lakukan aksi berlawan. Menyelamatkan diri daripada pengawal-pengawal Bakar daripada dibunuh dan berjaya diselamatkan oleh Johan.

Tapi pada awal-awal je lah ada aksi. Lepas dah masuk babak kasih sayang antara abang dan adik tu, dah mula takda aksi. Jadi kita disajikan dengan babak-babak kasih sayang. Masak bersama, lakukan aktiviti bersama, mandi sungai dan sebagainya.

Bukan tu je, aku tunggu lah Jay Iswazir dengan memegang watak Mat Nor ni beraksi sebab dia ni memang terkenal dengan lakonan jahat dan bersahaja. Tapi hampa weh, dia tak beraksi pun. Sudahnya lontar dialog pun sikit je. Muka sepesen je sepanjang cerita. Senang buat duit.

Review Filem Tebus Di Prime Video

Kesimpulan

Bagi aku filem Tebus ni biasa sahaja dan memang standar filem Malaysia la. Boleh la layan di Prime Video tapi tak layak untuk panggung wayang. Jalan cerita biasa, aksi ada tapi tak banyak dan pelakon boleh improve lagi la.

Kalau sebut tentang pelakon ni, aku rasa watak Jalil tu tak sesuai la jadi adik. Tengok macam dah besar je. Tapi Johan duk layan macam budak-budak pula. Rasanya kalau cari pelakon kecil sikit better kot. Yang penting watak jahat kalah, watak baik menang. Setel

Cerita ni dilakonkan sepenuhnya di Sarawak. Disebabkan aku baru je balik Sarawak dan familier dengan beberapa tempat, aku tambah 0.5 rating tu hehe


Rating Tebus : 6.5/10

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Review Filem Tebus Di Prime Video"