Drama Luruhnya Bunga Cinta - Sinopsis Dan Tayangan Di TV3

Drama Luruhnya Bunga Cinta

Saksikan drama terbaru Luruhnya Bunga Cinta yang akan menemui penonton mulai 19 September 2023 ini bagi menggantikan drama yang sudah tamat sebelumnya iaitu Rajuk Karina.

Anda boleh saksikan drama ini pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my.

Bukan itu sahaja, drama yang diadaptasi daripada drama popular Korea 'Autumn In My Heart' tahun 2000 ini juga boleh distrim di www.iq.com atau aplikasi iQIYI sejam selepas tayangan tv untuk pengguna VIP dan percuma selepas 48 jam.

Drama 40 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd., diarahkan oleh Muhammad Riza Baharudin dengan nukilan skrip Hafiz Halim bersama Intan Zarina Mohd Yasin.

Info Drama

Episod : 40
Tayangan : Slot Akasia TV3 & iQIYI
Tarikh : Mulai 19 September 2023 (Isnin - Jumaat)
Masa : 7.00 Malam
Penulis Skrip : Hafiz Halim dan Intan Zarina
Pengarah : Muhammad Riza Baharudin
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

Drama Luruhnya Bunga Cinta

OST Drama

Tajuk : Belakang Tabir
Artis : Syamel
Komposer : Syamel
Lirik : Syamel

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Drama Luruhnya Bunga Cinta menampilkan barisan pelakon seperti Redza Rosli, Tracie Sinidol, Bella Luna, Aniq Durar, Nabila Razali, Auni Yusri, Iman Suhana, Shah Rezza, Laila Nasir, Dato' Eizlan Yusof, Zila Bakarin, Watie Sadali, Raja Azmi dan ramai lagi.

  • Redza Rosli sebagai Nuh
  • Tracie Sinidol sebagai Nuha
  • Aniq Durar sebagai Awal
  • Nabila Razali sebagai Sara
  • Auni Yusri sebagai Aara
  • Bella Luna sebagai Aleen

Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta

Drama Luruhnya Bunga Cinta bermula ketika zaman kanak-kanak dua beradik bernama Nuh dan Nuha. Nuha adalah seorang pelajar perempuan yang disenangi rakan-rakannya. Namun, perkara ini menjadi punca cemburu buat musuhnya, Aara.

Aara adalah seorang yang bijak. Namun, aura Nuha telah menyebabkan dia tidak mendapat perhatian daripada guru dan rakan-rakan sekelasnya.

Namun, tatkala Nuha memerlukan rawatan perubatan, sebuah rahsia terbongkat. Nuha sebenarnya bukanlah anak kandung kepada keluarga Nuh.

Sebaliknya, dia adalah anak kandung kepada keluarga Aara dan Aara adalah anak kandung kepada keluarga Nuh. Hal pertukaran bayi yang berlaku pada masa lalu itu juga telah diketahui oleh Aara.

Kedua-dua gadis ini telah pulang semula kepada keluarga kandung masing-masing. Kejadian ini telah mencetuskan perubahan situasi di sekolah.

Aara mula mendapat perhatian yang diidamkannya di sekolah. Nuha pula telah menjadi pelajar yang dibenci. Konflik antara mereka berdua terus berpanjangan walau sedekad kemudian. Apakah mereka akan kekal bersengketa?

Drama Luruhnya Bunga Cinta

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Luruhnya Bunga Cinta - Sinopsis Dan Tayangan Di TV3"