Drama Melastik Ke Hatimu 2 - Sinopsis Dan Tayangan Di TV3

Drama Melastik Ke Hatimu 2

Saksikan drama terbaru Melastik Ke Hatimu 2 yang akan menemui penonton mulai 16 September 2023 ini bagi menggantikan drama yang sudah tamat sebelumnya iaitu Gadis Muzikal.

Anda boleh saksikan drama ini yang bersiaran setiap hari Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Drama 25 episod yang merupakan kesinambungan daripada musim pertama ini merupakan terbitan syarikat produksi Orangetree Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Azmi Hatta dengan nukilan skrip daripada Siti Solehah Abdul Ghani.

Info Drama

Episod : 25
Tayangan : Slot Lestary di TV3
Tarikh : Mulai 16 September 2023 (Khamis - Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Siti Solehah Abdul Ghani
Pengarah : Azmi Hatta
Produksi : Orangetree Production Sdn. Bhd.

Drama Melastik Ke Hatimu 2

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Drama Melastik Ke Hatimu 2 ini menampilkan barisan pelakon seperti Andi Bernadee, Janna Nick, Hafidz Roshdi, Dato' Jalaludin Hassan, Azizah Mahzan, Puteri Sarah Liyana.

Selain itu, ada juga penampilan daripada Afifah Nasir, Wani Kayrie, Datin Sri Noniswara, Idzham Ismail, Muaz Fitri, Sharul Kamal, Shiha Zikir, Cassia Iman dan ramai lagi.

  • Andi Bernadee sebagai Ziyyad
  • Janna Nick sebagai Haura
  • Hafidz Roshdi sebagai Naim
  • Dato' Jalaludin Hassan sebagai Wan Asri
  • Azizah Mahzan sebagai Mak Limah
  • Puteri Sarah Liyana sebagai Faida
  • Afifah Nasir sebagai Ain
  • Wani Kayrie sebagai Fatin
  • Shiha Zikir sebagai Hanis
  • Sharul Kamal sebagai TJ

Sinopsis Drama Melastik Ke Hatimu 2

Drama Melastik Ke Hatimu 2 mengisahkan kehidupan pasangan Ziyyad dan Haura semakin baik apabila Ziyyad tersenarai sebagai Young Entrepreneurs Malaysia 2021 dengan mengusahakan lebih 20 buah cawangan pasaraya dalam masa empat tahun.

Haura pula seorang pencipta konten yang dikenali di media sosial. Ziyyad menjadi kebanggaan Mak Limah sehingga kejayaan menantunya sering dicanang satu kampung.

Ziyyad dan Haura sedang menanti kelahiran anak kedua. Masalah mula timbul apabila Fatin, iaitu adik Haura ingin menjalankan praktikal di tempat kerja Ziyyad. Pada mulanya Ziyyad tidak bersetuju kerana mahu menjaga hati isterinya. Namun, Fatin telah mengadu kepada Mak Limah dan meminta ibunya memujuk Ziyyad. Akhirnya, Ziyyad terpaksa akur.

Enggan 'pisang berbuah dua kali', Haura telah menetapkan syarat-syarat kepada Ziyyad supaya tidak lagi diganggu oleh Fatin. Ziyyad ikut saja kemahuan isterinya.

Haura mula mengatur jadual kerja dan menerima permintaan produk review sebanyak yang mungkin kerana dia bakal bersalin tidak lama lagi. Kesibukan Haura juga telah mengurangkan perhatiannya kepada keluarganya.

Satu hari, Haura terlupa untuk mengambil Inayah di sekolah disebabkan terlalu leka dengan kerja. Perkara ini mencetuskan pergaduhan antara Ziyyad dan Haura.

Ujian buat Ziyyad apabila Fatin mula memasang strategi untuk mendekati dia. Fatin selalu mencari alasan untuk memikat hati Ziyyad. Tingkah laku Fatin sengaja menimbulkan prasangka dalam hati Haura.

Ziyyad ingin memberi penjelasan tetapi Haura sukar untuk mempercayai adiknya lagi. Haura sudah masak dengan perangai Fatin yang sentiasa dengki terhadapnya.

Haura meminta Ziyyad untuk mengambil Ain bekerja di syarikatnya jika ingin berdamai. Haura mahu kawan karibnya menjadi pemerhati di pejabat Ziyyad. Ziyyad bersetuju. Luqman yang tidak berputus asa untuk mendapatkan Fatin juga berusaha untuk menjauhkan Fatin dari terus mengganggu Ziyyad.

Apakah yang akan terjadi pada Ziyyad dan Haura seterusnya? Tidak hanya diganggu oleh Fatin, muncul pula TJ yang menagih cinta Haura. Berjayakah Ziyyad dan Haura berhadapan dengan konflik rumah tangga mereka? 

Drama Melastik Ke Hatimu 2

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Melastik Ke Hatimu 2 - Sinopsis Dan Tayangan Di TV3"