Jadual Dan Keputusan Kejohanan Badminton BWF China Open 2023

Jadual Dan Keputusan Kejohanan Badminton BWF China Open 2023

Selesai peringkat tertinggi Kejuaraan Dunia tetapi masih lagi di China iaitu bagi menyertai kejohanan seterusnya iaitu di China Open 2023 bermula dari 5 hingga 10 September 2023 bertempat di Changzhou Olympic Sports Centre Xincheng Gymnasium di Changzhou Jiangsu China.

Victor China Open 2023 merupakan kejohanan kedua puluh berdasarkan kalendar BWF World Tour 2023 dan ianya merupaakn acara tertinggi dalam siri ini yang mana berstatus Super 1000. Sudah pastinya ramai pemain-pemain hebat akan sertainya.

Kejohanan ini bakal menawarkan mata rangking BWF yang tinggi bagi setiap penyertaan mengikut pusingan yang berjaya dicapai. Hadiah wang tunai juga ditawarkan cukup bernilai iaitu keseluruhan sebanyak USD 2,000,000 atau sekitar RM9.3 juta.

Info Kejohanan China Open 2023

Kjeohanan : Victor China Open 2023
Status : Super 1000
Tarikh : 5 - 10 September 2023
Tempat : Changzhou, Jiangsu China
Hadiah : USD 2,000,000 (~RM9.3 Juta)

Senarai Pemain Malaysia Dalam China Open 2023

Pemain-pemain utama negara layak mengikut rangking dan disenaraikan untuk menyertai kejohanan China Open 2023 baik pemain dibawah naungan BAM mahupun pemain profesional.

Terdapat 5 kategori yang dipertandingkan dan Malaysia mempunyai wakil bagi setiap kategori seperti yang disenaraikan dibawah:

[Perseorangan Lelaki] - Lee Zii Jia, Ng Tze Yong

[Perseorangan Wanita] - Goh Jin Wei

[Beregu Lelaki] - Ong Yew Sin [8]/Teo Ee Yi, Aaron Chia [4]/Soh Wooi Yik

[Beregu Wanita] - Pearly Tan/Thinaah Muralitharan, Anna Ching Yik Cheong/Teoh Mei Xing, Vivian Hoo/Lim Chiew Sien

[Beregu Campuran] - Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing, Chen Tang Jie/Toh Ee Wei

Siaran Langsung Perlawanan Badminton BWF China Open 2023

Seperti pada kejohanan-kejohanan sebelumnya, China Open 2023 juga akan ditayangkan secara langsung ke kaca tv anda menerusi saluran Astro Supersport 814 dan boleh juga menonton secara online di Astro Go.

Disebabkan kejohanan ini berstatus Super 1000, tayangan secara langsung di Astro akan bermula pada pusingan awal di pusingan 32 lagi iaitu pada hari pertama. Seperti biasa, hanya live pada Court 1 sahaja setiap hari.

Tapi bagi anda yang tidak berkesempatan untuk menonton di tv, anda boleh tonton secara live streaming iaitu menerusi laman youtube rasmi BWF di BWF TV. Tetapi anda perlu pemasangan VPN untuk strim bagi penonton di Malaysia.

Jadual Dna Keputusan Perlawanan Badminton China Open 2023

Jadi jangan lupa untuk saksikan aksi sukan badminton dalam kejohanan BWF Victor China Open 2023 bermula 5 September hingga 10 September yang berlangsung di Changzhou Jiangsu China.

Disini anda boleh dapatkan jadual penuh seperti yang dipaparkan dibawah khusus bagi setiap perlawanan yang hanya melibatkan pemain-pemain atau wakil Malaysia sahaja.

Manakala untuk keputusan perlawanan pula, hanya akan diumumkan dan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan. Jadi kekal disini dan jangan lupa share.

5 September 2023 (Selasa) - Pusingan 32

- Perlawanan pembukaan adalah bermula pada jam 9.00 pagi waktu Malaysia. (Live Streaming : Link 1 | Link 2)

[MS] Prannoy H. S (IND) vs (MAS) Ng Tze Yong - [12-21, 21-13, 18-21]

[XD] Goh Soon Hua/Lai Shevon Jemie (MAS) vs (MAS) Tan Kian Meng/Lai Pei Jing - [23-25, 15-21]

[WD] Pearly Tan/Thinaah M. (MAS) vs (NED) Debora Jille/Cheryl Seinen - [17-21, 21-17, 21-10]

----------------------------------------

6 September 2023 (Rabu) - Pusingan 32

Perlawanan pembukaan adalah bermula pada jam 9.00 pagi waktu Malaysia. (Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3)

[XD] Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) vs (IND) Rohan Kapoor/Reddy Sikki - [21-15, 21-16]

[WS] Goh Jin Wei (MAS) vs (JPN) Aya Ohori - [18-21, 12-21]

[MS] Lee Zii Jia (MAS) vs (JPN) Kodai Naraoka [4] - [24-26, 21-12, 11-21]

[MD] Choi Sol Gyu/Kim Won Ho (KOR) vs (MAS) Aaron Chia [4]/Soh Wooi Yik - [10-21, 23-25]

[MD] Ren Xiang Yu/Tan Qiang (CHN) vs (MAS) Ong Yew Sin [8]/Teo Ee Yi - [16-21, 21-23]

[WD] Rui Hirokami/Yuna Kato (JPN) vs (MAS) Vivian Hoo/Lim Chiew Sien - [21-12, 11-21, 20-22]

[WD] Febriana Kusuma/Amallia Pratiwi (INA) vs (MAS) Anna Cheong/Teoh Mei Xing - [21-19, 15-21, 20-22]

----------------------------------------

7 September 2023 (Khamis) - Pusingan 16

Perlawanan pembukaan adalah bermula pada jam 9.00 pagi waktu Malaysia. (Live Streaming : Link 1 | Link 2)

[MS] Shesar Rhustavito (INA) vs (MAS) Ng Tze Yong - [18-21, 21-11, 22-20]

[WD] Yuki Fukushima [5]/Sayaka Hirota (JPN) vs Pearly Tan/Thinaah M. (MAS) - [21-16, 21-16]

[XD] Praveen Jordan/Melati Oktavianti (INA) vs (MAS) Tan Kian Meng/Lai Pei Jing - [21-18, 19-21, 12-21]

[XD] Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) vs (TPE) Kim Won Ho [6]/Jeong Na Eun - [21-15, 15-21, 21-18]

[XD] He Ji Ting/Zhou Hao Dong (CHN) vs (MAS) Aaron Chia [4]/Soh Wooi Yik - [16-21, 17-21]

[MD] Rasmud Kjaer/Frederik Sogaard (DEN) vs (MAS) Ong Yew Sin [8]/Teo Ee Yi - [12-21, 17-21]

[WD] Anna Cheong/Teoh Mei Xing (MAS) vs (JPN) Rena Miyaura/Ayako Sakuramoto - [11-21, 18-21]

[WD] Vivian Hoo/Lim Chiew Sien (MAS) vs (KOR) Baek Ha Na [2]/Lee So Hee - [17-21, 14-21]

----------------------------------------

8 September 2023 (Jumaat) - Suku Akhir

Perlawanan pembukaan adalah bermula pada jam 10.00 pagi waktu Malaysia. (Live Streaming : Link 1 | Link 2)

[XD] Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) vs (TPE) Ye Hong Wei/Lee Chia Hsin - [21-15, 13-21, 21-16]

[XD] Puavaranukroh [4]/Taerattanachai (THA) vs (MAS) Tan Kian Meng/Lai Pei Jing - [18-21, 19-21]

[MD] Ong Yew Sin [8]/Teo Ee Yi (MAS) vs (MAS) Aaron Chia [4]/Soh Wooi Yik - [21-19, 19-21, 11-21]

9 September 2023 (Sabtu) - Separuh Akhir

Perlawanan pembukaan adalah bermula pada jam 10.00 pagi waktu Malaysia. (Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3)

[XD] Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) vs (FRA) Thom Gicquel [8]/Delphine Delrue - [16-21, 13-21]

[XD] Seo Seung Jae [5]/Chae Yu Jung (KOR) vs (MAS) Tan Kian Meng/Lai Pei Jing - [21-19, 21-11]

[MD] Aaron Chia [4]/Soh Wooi Yik (MAS) vs (KOR) Kang Min Hyuk [6]/Seo Seung Jae - [21-18, 21-17]

----------------------------------------

10 September 2023 (Ahad) - Final

Perlawanan pembukaan adalah bermula pada jam 1.00 tengah hari waktu Malaysia. (Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3)

[XD] Seo Seung Jae [5]/Chae Yu Jung (KOR) vs (FRA) Thom Gicquel [7]/Delphine Delrue - [21-19, 21-12]

[WD] Chen Qing Chen [1]/Jia Yi Fan (CHN) vs (KOR) Baek Ha Na/Lee So Hee - [21-11, 21-17]

[WS] An Se Young [1] (KOR) vs (JPN) Akane Yamaguchi [2] - [ 21-10, 21-19]

[MS] Viktor Axelsen [1] (DEN) vs (CHN) Lu Guang Zu - [21-16, 21-19]

[MD] Liang Wei Keng [3]/Wang Chang (CHN) vs (MAS) Aaron Chia [4]/Soh Wooi Yik - [21-12, 21-14]

----------------------------------------

Untuk ketahui keputusan dan jadual dari perlawanan-perlawanan lain di kejohanan China Open 2023, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di bwf.tournamentsoftware.com

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Jadual Dan Keputusan Kejohanan Badminton BWF China Open 2023"