Jadual Penuh Sukan Asia Hangzhou 2023 Siaran Langsung

Jadual Penuh Sukan Asia Hangzho 2022-2023

Temasya Sukan Asia akhirnya berjaya diadakan dan untuk edisi ke-19 ini China sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah, maka jadilah Sukan Asia Hangzhou 2022 atau Asian Games Hangzhou 2022 yang mana akan berlangsung secara rasmi bermula 23 September hingga 8 Oktober 2023.

Sepatutnya acara empat tahun sekali ini diadakan pada tahun 2022 yang lalu, tetapi disebabkan pandemik Covid-19 yang masih berlaku secara global dan di China khususnya, ianya terpaksa ditunda sehinggalah pada tahun 2023.

Hanzhou merupakan lokasi atau bandar ketiga di China yang telah melangsungkan Sukan Asia ini selepas Beijing pada tahun 1990 dan Guangzhou untuk edisi 2010. Kini untuk edisi 2022, mereka kembali lagi ke China di Hangzhou.

Untuk edisi kali ini, sebanyak 45 buah negara yang akan mengambil bahagian antaranya pasukan tuan rumah - China, Korea Selatan, Jepun, Qatar, Indonesia, Hong Kong, Syria, Thailand, Jordan, Arab Saudi, UAE dan banyak lagi. Malaysia sudah tentu menjadi antara salah satu negara yang mengambil bahagian.

Difahamkan lebih 11,800 atlet yang terlibat dalam 40 jenis sukan yang dipertandingkan. Mereka akan mengambil bahagian dalam 481 acara dengan 61 disiplin. Ini tidak lain tidak bukan, untuk memenangi pingat emas bagi negara masing-masing.

44 venue akan digunakan sebagai temasya Asian Games kali ini iaitu termasuk 30 fasiliti sedia ada dan 14 venue yang baru dibina. Daripada kesemua venue tersebut, 30 daripadanya adalam dalam kawasan Hangzhou, manakala selebihnya di lokasi Deqing, Jinhua, Ningbo, Shaoxing dan Wenzhou

Acara pembukaan (opening ceremony) dijadualkan berlangsung pada petang 23 September 2023 di Stadium Hangzhou Sports Park. Manakala acara penutup (closing ceremony) akan berlangsung pada 8 Oktober 2023 di Stadium Olympic Sports Center, Hangzhou.

Atlet Malaysia Dalam Temasya Sukan Asia Hangzhou 2022

Atlet Malaysia Dalam Temasya Sukan Asia Hangzhou 2022

Malaysia antara 40 negara yang akan beraksi dalam temasya sukan kedua terbesar ini selepas Sukan Olimpik. Kontinjen negara yang terdiri daripada 292 atlet akan menyertai 29 acara merangkumi 23 jenis sukan.

Datuk Ching Kim Fatt merupakan Ketua Kontinjen Negara (CDM) dan atlet berbasikal, Muhammad Shah Firdaus Shahrom bersama atlet skuasy, S Sivasangari ditugaskan sebagai pembawa Jalur Gemilang ketika Majlis Pembukaan Sukan Asia Ke-19 pada 23 September ini.

Buat kali pertama, Malaysia tidak mengumumkan secara spesifik sasaran pingat untuk Sukan Asia Hangzhou 2023 sebaliknya hanya mensasarkan 27 pingat tanpa mengira warna. Antaranya menerusi sukan terjun, badminton, berbasikal trek, olahraga, e-sukan, sepak takraw dan beberapa lagi.

Temasya Sukan Asia Hangzou 2022-2023 ini sangat penting untuk semua atlet termasuk daripada Malaysia. Ini bakal menjadi tiket untuk kelayakan ke Sukan Asia Paris 2024 sekali gus meneruskan misi memburu emas pertama di temasya terbesar itu nanti.

Siaran Langsung Acara Sukan Asia Hangzhou 2022-2023

Sukan Asia merupakan acara sukan terbesar di rantau Asia. Jadi pastinya ramai peminat sukan inginkan tayangan siaran langsung yang dibawakan ke kaca tv. Nak pergi ke China untuk saksikan atlet bersaing, terlalu jauh, jadi kena tengok di tv sahaja.

Oleh itu, untuk semua penonton di Malaysia, anda boleh saksikan aksi sukan menerusi dua penyiar rasmi iaitu di Astro dan RTM. Masing-masing telah menyediakan saluran khas untuk saksikan setiap acara yang dipertandingkan.

Menerusi Astro, anda boleh saksikan secara langsung menerusi 5 saluran khas secara HD iaitu di Astro Supersport (saluran 785 hingga 789) termasuklah juga tayangan untuk atlet Malaysia sahaja di Astro Arena 801. Anda juga boleh live streaming di Sooka.

Bagi yang tiada Astro, jangan risau, anda boleh saksikan di RTM iaitu menerusi TV Okey dan Sukan RTM. Tidak cukup dengan itu, RTM juga bawakan khas 6 saluran secara live streaming di laman web sukanasia2022.rtm.gov.my/ secara percuma.

Jadual Setiap Acara Sukan Asia Hangzhou 2022-2023

Berikut merupakan senarai jadual dan tarikh berlangsungnya bagi setiap acara sukan yang dipertandingkan dalam Sukan Asia Hangzhou 2022-2023. Anda juga boleh dapatkan keputusan semasa menerusi www.hangzhou2022.cn.

BACA : Senarai Pemenang Pingat Malaysia Di Sukan Asia Hangzhou 2023

Akuatik

  • Renang Berirama - 6 hingga 8 Oktober 2023
  • Terjun - 30 September hingga 4 Oktober 2023
  • Berenang Marathon - 6 & 7 Oktober 2023
  • Renang - 24 hingga 29 September 2023
  • Polo Air - 25 September hingga 7 Oktober 2023

Memanah - 1 hingga 7 Oktober 2023

Olahraga - 29 September hingga 5 Oktober 2023

Badminton - 28 September hingga 7 Oktober 2023

Baseball

  • Baseball - 26 September hingga 7 Oktober 2023
  • Softball - 26 September hingga 2 Oktober 2023

Bola Keranjang

  • Bola Keranjang - 26 September hingga 6 Oktober 2023
  • 3x3 Bola Keranjang - 25 September hingga 1 Oktober 2023

Tinju - 24 September hingga 5 Oktober 2023

Breakdacing - 6 & 7 Oktober 2023

Kanu

  • Slolam - 5 hingga 7 Oktober 2023
  • Sprint - 30 September hingga 3 Oktober 2023

Kriket - 19 September hingga 7 Oktober 2023

Berbasikal

  • BMX - 1 Oktober 2023
  • Mountain Bike - 25 September 2023
  • Lumba Basikal Lebuh Raya - 3 hingga 5 Oktober 2023
  • Lumba Basikal Trek - 26 hingga 29 September 2023

Bot Naga - 4 hingga 6 Oktober 2023

Equastrian - 26 September hingga 6 Oktober 2023

Lawan Pedang - 24 hingga 29 Septmber 2023

Hoki Padang - 24 September hingga 7 Oktober 2023

Bola Sepak - 19 September hingga 7 Oktober 2023

Golf - 28 September hingga 1 Oktober 2023

Gimnastik

  • Artistik - 24 hingga 29 September 2023
  • Rhythmic - 6 & 7 Oktober 2023
  • Trampolining - 2 & 3 Oktober 2023

Handball - 24 September hingga 5 Oktober 2023

Judo - 24 hingga 27 September 2023

Kabaddi - 2 hingga 7 Oktober 2023

Seni Pertahankan Diri

  • Ju-Jitsu - 5 hingga 7 Oktober 2023
  • Karate - 5 hingga 8 Oktober 2023
  • Kurash - 30 September hingga 2 Oktober 2023

Mind Sports

  • Bridge - 27 September hingga 6 Oktober 2023
  • Catur - 24 September hingga 7 Oktober 2023
  • E-Sukan - 24 September hingga 2 Oktober 2023
  • Go - 24 September hingga 3 Oktober 2023
  • Xiangqi - 28 September hingga 7 Oktober 2023

Modern Pentathlon - 20 hingga 24 Oktober 2023

Sukan Beroda

  • Roller Skating - 30 September hingga 7 Oktober 2023
  • Skateboarding -  24 hingga 27 September 2023

Mendayung (Rowing) - 20 hingga 25 September 2023

Ragbi 7 Sebelah - 24 hingga 26 September 2023

Pelayaran - 21 hingga 27 Septmber 2023

Sepak Takraw - 24 September hingga 7 Oktober 2023

Menembak - 24 September hingga 1 Oktober 2023

Sukan Memanjat - 3 hingga 7 Oktober 2023

Skuasy - 26 September hingga 5 Oktober 2023

Ping Pong - 22 September hingga 2 Oktober 2023

Taekwando - 24 hingga 28 September 2023

Tenis

  • Tenis - 24 hingga 30 September 2023
  • Soft Tennis - 3 hingga 7 Oktober 2023

Triathlon - 29 September hingga 2 Oktober 2023

Bola Tampar

  • Bola Tampar Pantai - 19 hingga 28 September 2023
  • Bola Tampar Dewan - 19 September hingga 7 Oktober 2023

Angkat Berat - 30 September hingga 7 Oktober 2023

Gusti - 3 hingga 7 Oktober 2023

Wushu - 24 hingga 28 Oktober 2023

Semoga berjaya untuk semua atlet daripada Malaysia. Banggakan negara anda dan bawalah pulang seberapa banyak pingat emas di pentas Sukan Asia Hangzhou 2022-2023 kali ini.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Jadual Penuh Sukan Asia Hangzhou 2023 Siaran Langsung"