Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Filipina Kelayakan Piala Asia U23 Tahun 2024

Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Filipina Kelayakan Piala Asia U23 Tahun 2024

Kini tiba perlawanan kedua bagi pusingan Kelayakan Piala Asia B23 atau AFC U23 Asian Cup 2024 dimana mempertemukan Malaysia vs Filipina iaitu berlangsung pada 9 September 2023, hari Sabtu di Stadium Chonburi, Thailand.

Perlawanan ini sangat penting untuk semua pasukan yang mengambil bahagian terutamanya Malaysia. Perlawanan ini juga menentukan pasukan manakah yang akan bermain di Piala Asia B23 AFC untuk tahun 2024 nanti yang dimainkan di Qatar.

Pada awal Januari 2024, bakal berlangsung Piala Asia untuk skuad utama atau pemain senior iaitu melibatkan pasukan Harimau Malaya. Sekiranya layak, Harimau Muda juga akan mengikut jejak langkah senior akan bermain di peringkat Asia untuk kategori bawah 23 tahun.

Jadi sebelum itu, mereka perlu mengharungi pusingan kelayakan ini terlebih dahulu. Seperti yang diumumkan sebelum ini, terdapat lebih 50 pasukan dalam 11 kumpulan yang mengambil bahagian dalam peringkat kelayakan kali ini.

Malaysia telah diundi dalam kumpulan H bersama Thailand, Filipina dan Bangladesh. Hanya 11 juara kumpulan bersama 4 naib juara terbaik yang akan ke Piala Asia B23 pada tahun hadapan dan pastinya Malaysia inginkan slot tersebut.

Sebelum ini, pemain-pemain dibawah ketua jurulaith E. Elavarasan berjaya melepasi perlawanan pertama apabila meraih kemenangan pertama ketika bertemu Bangladesh meskipun jaringan-jaringan tersebut hadir pada minit-minit akhir.

Selepas lebih 80 minit bermain, barulah Malaysia berjaya membuka tirai jaringan iaitu menerusi jaringan cantik Aliff Izwan di minit 81. Bagi mengesahkan kemenangan tersebut, Fergus Tierney menjaringkan gol pada minit 94 sekali gus peroleh 3 mata penting dengan kemenangan 2-0.

Jadi selepas ini, skuad Harimau Muda akan bertemu pasukan kedua iaitu Filipina. Ini juga merupakan perlawanan yang penting untuk mendapatkan 3 mata lagi sekali gus mengukuhkan kedudukan berada di kelompok teratas.

Untuk rekod sebelum ini, Malaysia U23 pernah bertemu sekali dengan pasukan Filipina U23 iaitu pada tahun 2019. Ketika itu juga dalam perlawanan yang sama iaitu pusingan kelayakan Piala Asia B23 dimana mereka diundi dalam kumpula yang sama, Kumpulan J

Walaubagaimanapun, perlawanan tersebut menyebelahi Harimau Muda apabila berjaya menewaskan Filipina ketika itu dengan jaringan 3-0. Dalam kejohanan tersebut, Malaysia mengakhiri saingan di tangga ke-2 dan Filipina di tangga tercorot, ke-4.

Jika dilihat daripada prestasi semasa juga, pertemuan ini sepertinya berpihak kepada Malaysia. Dalam 5 perlawanan terakhir dalam pelbagai pertemuan, Malaysia telah menang 3 daripadanya. Manakala Filipina tewas 4 kali dan hanya sekali meraih keputusan seri.

Oleh itu, Malaysia perlu mengambil kesempatan dengan kelebihan yang ada ini untuk menumpaskan Filipina pada hari perlawanan nanti sebelum bertemu dengan pasukan yang lebih kuat pada perlawanan terakhir berhadapan dengan Thailand.

Pusingan kelayakan ini akan berlangsung secara berpusat dan Thailand telah diundi menjadi tuan rumah untuk aksi-aksi kumpulan H. Selesai perlawanan pertama pada 6 September, kini akan bertemu Filipina pada 9 September sebelum perlawanan akhir melawan Thailand pada 12 September kelak.

Siaran Langsung Pusingan Kelayakan Piala Asia B23 AFC 2023 Chonburi Thailand

Sebelum kita layan perlawanan melibatkan pasukan senior pada belah malam, kita terlebih dahulu boleh saksikan perlawanan Malaysia U23 bertemu Filipina U23 ini pada belah petang. Sokong kedua-dua wakil negara dalam perlawanan masing-masing.

Jadi untuk yang ingin menyaksikan aksi Harimau Muda ini, anda boleh berbuat demikian menerusi saluran Astro Arena 2 802 atau secara online di Astro Go. Selain itu, boleh tonton di saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Boleh juga live streaming secara percuma di RTM Klik.

Oleh itu, saksikan aksi pemain mudah bawah-23 untuk pusingan Kelayakan Piala Asia B23 tahun 2024 antara Malaysia U23 vs Filipina U23 pada 9 September ini, hari Sabtu bertempat di Chonburi Thailand atau live di Astro dan RTM.

9 September 2023 (Sabtu)

FT : Malaysia (4) - (0) Filipina

  • Mukhairi Ajmal 1'
  • T. Saravanan 6’, 61'
  • Harith Haiqal 23’

Masa : 5.30 Petang
Tempat : Stadium Chonburi
Tayangan : Astro Arena 2 802, TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Malaysia vs Filipina Kelayakan Piala Asia U23 Tahun 2024"