Senarai Jalan Ditutup Sempena Marathon KLSCM 2023 Di Sekitar Kuala Lumpur

Senarai Jalan Ditutup Sempena Marathon KLSCM 2023 Di Sekitar Kuala Lumpur

Info penting untuk anda yang bercadang untuk masuk ke ibu kota pada hujung minggu ini dimana pada waktu tersebut akan banyak perlu penutupan jalan sempena acara KLSCM 2023 yang berlangsung.

Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2023 merupakan acara tahunan yang berlangsung di Kuala Lumpur selama 2 hari iaitu pada 30 September (Sabtu) dan 1 Oktober 2023 (Ahad).

Sepanjang tempoh ini, akan berlangsung beberapa aktiviti larian iaitu Boost Juice 10KM & 5KM beserta Half Marathon dan pastinya acara utama KLSCM setiap tahun adalah Marathon 42KM.

Disebabkan akan ramai peserta yang terdiri daripada pelari Malaysia dan juga luar negara mengambil bahagian, acara ini antara event Marathon terbesar di Malaysia.

Jadi acara utama Marathon tersebut mestilah mendapat lokasi dan jarak 42KM secara keseluruhan. Disebabkan itu, banyak jalan-jalan yang akan digunakan dalam Kuala Lumpur bagi menjayakan acara ini.

Disebabkan jalan-jalan tersebut akan digunakan oleh peserta-peserta Marathon, ianya terpaksa ditutup sementara daripada laluan kereta untuk melaluinya.

Masa penutupan adalah bermula dari 29 September 2023 (Jumaat) sehingga 2 Oktober 2023 (Isnin). Antara lokasi atau jalan yang ditutup seperti Dataran Merdeka, Jalan TAR, Jalan Raja Abdullah, Jalan Bukit Bintang dan Lebuhraya DUKE arah utara.

Bukan itu sahaja, Jalan Tun Razak, Bulatan Segambut, Jalan Dang Wangi, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan Kuching dan beberapa lagi turut akan berlaku penutupan semantara.

Untuk lebih info, anda boleh tengok senarai penuh maklumat penutupan jalan sepanjang acara KLSCM 2023 beserta masa penutupan dan masa pembukaan semula.

Senarai Jalan Ditutup Sempena Marathon KLSCM 2023 Di Sekitar Kuala Lumpur

Senarai Jalan Ditutup Sempena Marathon KLSCM 2023 Di Sekitar Kuala Lumpur

Jadi diharapkan untuk anda yang ingin memasuki Kuala Lumpur pada hujung minggu ini supaya atur perjalanan dengan betul bagi mengelakkan kesesakan.

Sebenarnya dalam tempoh ini juga, bukan sahaja acara Marathon yang berlangsung tetapi akan berlangsung juga acara lumba basikan Le Tour de Langkawi 2023 untuk peringkat kelapan atau terakhir iaitu pada 30 September ini.

Sudah pastinya, lagi banyak jalan akan ditutup ketika itu. Nak masuk KL pada hujung minggu ini? Jika tidak menyertai mana-mana acara KLSCM 2023, tak perlulah masuk ke sini.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Senarai Jalan Ditutup Sempena Marathon KLSCM 2023 Di Sekitar Kuala Lumpur"