Siaran Langsung Live Streaming China vs Malaysia Perlawanan Persahabatan FIFA 2023

Siaran Langsung Live Streaming China vs Malaysia Perlawanan Persahabatan FIFA 2023

Perlawanan pertama sudah dan kini kita bakal saksikan perlawanan kedua Perlawanan Persahabatan Tier 1 iaitu pertemuan China vs Malaysia dimana akan berlangsung pada 9 September 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Phoenix Hill, Chengdu China.

Kebiasaanya dalam kalendar FIFA, akan berlangsung dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 jika tiada apa-apa berlangsung kejohanan. Jadi perlawanan pertama bertemu Syria dan kini perlawanan kedua akan bertemu pasukan tuan rumah, China.

Pastinya peminat-peminat bola sepak tempatan khususnya pasukan Harimau Malaya tidak sabar-sabar untuk saksikan aksi seterusnya ini apabila telah melihat sendiri aksi yang hebat dipamerkan oleh setiap pemain ketika berdepan Syria sebelum ini.

Manakan tidak, sebuah pasukan yang berada di kedudukan 136 dunia berjaya mengikat pasukan Syria yang kini berada di tangga ke 94 dalam rangking FIFA. Dan secara keseluruhan ada yang mengatakan, Malaysia mampu sebenarnya untuk atasi Syria pada perlawanan tersebut tapi nasib tidak menyebelahi.

Ya, pasukan Malaysia berjaya mengikat Syria dengan jaringan 2-2 sepanjang tempoh perlawanan berlangsung. Dimainkan di Stadium East-Town Football Park, Malaysia ketinggalan 0-2 pada babak pertama.

Tetapi hasil tidak berputus asa ditambah komitmen yang diberi 100 peratus oleh setiap pemain dengan mengikut segala perancangan ketua jurulatih Kim Pan Gon, Malaysia berjaya menyamakan kedudukan dengan jaringan pertama oleh Akhyar Rashid mini 51 dan Darren Lok pada minit 85.

Dengan tempoh kemenangan inilah, pemain-pemain negara akan membawa ke perlawanan seterusnya bertemu China di sebuah stadium yang lebih besar dan lebih canggih selepas ini iaitu di Stadium Phoenix Hill di Chengdu.

China merupakan sebuah pasukan yang lebih hebat daripada Syria. Jika mengikut ranking FIFA, China kini berada di tangga ke 80 berbanding Malaysia di kedudukan ke 136 dan Syria pada rangking 94. Syria mampu, China juga pastinya akan dilanggar oleh Malaysia.

Pasukan bola sepak Malaysia pernah bertemu China sebanyak dua belas kali secara keseluruhan. Lapan daripadanya adalah kemenangan buat China, tiga kali seri dan Malaysia hanya pernah menang sekali sahaja iaitu 43 tahun yang lalu di Stadium Merdeka.

Ini merupakan pertemuan kali ketiga belas. Adakah Harimau Malaya mampu untuk menaikkan jumlah kemenangan kepada dua kali atau akan akan ada siri kekalahan yang akan bertambah mahupun berakhir dengan keputusan seri.

Mengikut prestasi semasa, China telah menang dua kali dan tewas serta seri masing-masing sekali dalam empat perlawanan sepanjang tahun 2023. Tidak banyak siri perlawanan yang dilakukan oleh skuad China tersebut pada tahun ini.

Berbanding Malaysia, sebanyak lapan perlawanan yang berjalan sepanjang tahun ini. Daripada jumlah tersebut, Malaysia hanya tewas sekali sahaja dan seri sekali pada Syria baru-baru ini. Selain itu, mereka menang 6 kali.

Jika ukur mengikut kedudukan rangking FIFA, perlawanan ini pastinya berpihak kepada China. Tetapi pengalaman yang diperoleh sepanjang tahun ini, ianya berpihak kepada pasukan negara. Rangking yang lebih tinggi juga, mampu untuk mereka takluki.

Senarai Kesebelasan Utama Pasukan Malaysia Dalam Perlawanan Persahabatan Tier 1 FIFA 2023

Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama bagi pasukan Malaysia menentang China dalam perlawanan ini.

Jadual Perlawanan Persahabatan Tier 1 FIFA 2023 China vs China

Pasti lebih ramai yang teruja dan tidak sabar-sabar untuk saksikan perlawanan seterusnya ini apabila telah menyaksikan bagaimana pemain-pemain negara mampu untuk beraksi cemerlang menentang Syria pada Rabu lalu.

Saksikan perlawanan ini yang akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801 dan secara online di Astro Go. Selain itu, anda juga boleh layan di platform web atau aplikasi Sooka dengan melanggan pek Sukan.

Untuk yang tiada akses kepada Astro, jangan risau, anda boleh saksikan perlawanan ini di kaca tv menerusi siaran TV9. Bagi yang tiada tv, anda boleh tonton secara live streaming di laman watch.tonton.com.my atau aplikasi Tonton secara percuma.

Jadi jangan terlepas untuk saksikan perlawanan persabahatan antarabangsa tier 1 FIFA 2023 antara Malaysia vs China pada 9 September ini, hari Sabtu bertempa tdi Stadium Phoenix Hill Chengdu China.

9 September 2023 (Sabtu)

FT : China (1) - (1) Malaysia

  • Faisal Halim 11'
  • Lin Liangming 36'

Waktu : 7.35 Malam
Tempat : Phoenix Hill, Chengdu
Tayangan : Astro Arena 801 dan TV9
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

Highlight Perlawanan China vs Malaysia Perlawanan Persahabatan Tier 1 FIFA 2023

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming China vs Malaysia Perlawanan Persahabatan FIFA 2023"