Siaran Langsung Live Streaming Thailand vs Malaysia Kelayakan Piala Asia U23 Tahun 2024

Siaran Langsung Live Streaming Thailand vs Malaysia Piala Asia U23 Tahun 2024

Perlawanan terakhir bagi setiap kumpulan di pusingan Kelayakan Piala Asia B23 atau AFC U23 Asian Cup 2024 akan berlangsung dan salah satunya adalah pertemuan Thailand vs Malaysia iaitu pada 12 September 2023, hari Selasa di Stadium Chonburi, Thailand.

Untuk Kumpulan H yang terdiri daripada Thailand, Filipina, Bangladesh dan Malaysia sendiri masih belum ada penamat pasukan mana yang menjadi juara kumpulan sekali gus melayakkan diri ke kejohanan Piala Asia B23 pada tahun hadapan di Qatar.

Kedua-dua pasukan ini telah pun menang dalam dua perlawanan awal. Malaysia berjaya menumpaskan Bangladesh pada 6 September yang lalu dengan jaringan 2-0. Kemudian membelasah Filipina di perlawanan kedua dengan jaringan 4-0.

Manakala Thailand juga meraih keputusan kemenangan untuk kedua-dua perlawanan awal. Mereka belasah Filipina dengan jaringan 5 gol tanpa balas. Kemudian menang sekali lagi ketika berhadapan dengan Bangladesh dengan jaringan 3-0.

Disebabkan kedua-dua pasukan meraih keputusan dan mata yang sama iaitu 6 mata. Perlawanan terakhir ini lah yang bakal menentukan pasukan manakah yang akan mengungguli kedudukan juara dalam Kumpulan H sekali gus layak ke Piala Asia U23 2024 di Qatar.

Jika dilihat rekod pertemuan untuk kedua-dua pasukan iaitu Malaysia U23 dan Thailand U23 ini, mereka telah bertemu sebanyak 31 kali. Daripada itu, Malaysia hanya berjaya menangn 7 kali sahaja dan telah tewas sebanyak 17 kali dengan 7 kali seri.

Lima pertemuan terakhir juga menyaksikan Malaysia menang sekali sahaja ketika dalam saingan Sukan SEA 2022. Lagi empat perlawanan tersebut, dimenangi oleh Thailand termasuk menerusi penentuan sepakan penalti.

Adakah Malaysia U23 mampu untuk mengecapi kemenangan kelapan ketika bertemu Thailand U23 pada Selasa ini? Keputusan kemenangan ini juga, bakal memberikan impak positif terhadap mental pemain-pemain yang telah bertungkus lumus sepanjang tahun ini.

Jadi untuk keputusan nanti, sekiranya Malaysia menang, mereka akan layak ke Piala Asia B23 2024 sebagai naib juara. Jika seri, Malaysia perlu bergantung pada keputusan kumpulan lain untuk menjadi empat pasukan naib juara terbaik.

Tetapi sekiranya, tewas dan Thailand menang, Malaysia perlu melupakan hasrat untuk bermain di peringkat Asia pada tahun hadapan seperti skuad senior Harimau Malaya yang telah layak secara merit untuk saingan Piala Asia 2024 Qatar.

Jika dilihat daripada kedua-dua pasukan, ianya sama handal dan sama bermain dengan baik untuk perlawanan awal. Tapi pasti ianya berkelebihan sedikit kepada Thailand yang menjadi tuan rumah berpusat dengan bermain di Chonburi.

Siaran Langsung Pusingan Kelayakan Piala Asia B23 AFC 2023 Thailand vs Malaysia

Ini merupakan perlawanan terakhir melibatkan skuad kebangsaan terutamanya bagi pemain muda bawah 23 sebelum mereka pulang ke tanah air bagi meneruskan saingan liga yang bakal bermula pada esok hari.

Sebelum itu, jangan lupa untuk saksikan aksi pemain Harimau Muda ini yang mana ianya akan ditayangkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 2 802 atau secara online di Astro Go. Selain itu, boleh live streaming di aplikasi Sooka.

Jadi jangan terlepas untuk tonton perlawanan pusingan Kelayakan Piala Asia B23 tahun 2024 antara Thailand U23 vs Malaysia U23 pada 12 September ini, hari Selasa bertempat di Stadium Chonburi, Thailand dan live di Astro.

12 September 2023 (Selasa)

FT : Thailand (1) - (0) Malaysia

  • Yotsakon Burapha 20'

Masa : 9.30 Malam
Tempat : Stadium Chonburi
Tayangan TV : Astro Arena 2 802
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

*Thailand muncul juara Kumpulan H dan layak ke Piala Asia B23 2024 Qatar

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Siaran Langsung Live Streaming Thailand vs Malaysia Kelayakan Piala Asia U23 Tahun 2024"