Drama Bukan Sekadar Lafaz - Sinopsis Dan Tayangan TV3 & iQIYI

Drama Bukan Sekadar Lafaz

Saksikan drama terbaru Bukan Sekadar Lafaz yang akan menemui penonton mulai 17 Oktober 2023 ini bagi menggantikan drama sebelumnya yang sudah tamat siaran iaitu Luruhnya Bunga Cinta.

Untuk peminat dan kaki-kaki drama melayu, anda boleh saksikan drama ini setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3 atau boleh juga tonton secara online di platform www.tonton.com.my.

Sama seperti drama sebelumnya, drama yang diinpirasikan daripada novel 'Bukan Sekadar Lafaz' karya Sophilea ini juga turut ditayangan secara striming di aplikasi iQIYI Malaysia. Untuk pengguna VIP boleh tonton secara tayangan di tv dan secara percuma untuk orang ramai 48 jam selepasnya.

Drama 20 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Pencil Pictures & Record Sdn. Bhd., diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dan nukilan skrip oleh pengkarya novel ini juga iaitu Sophilea. Pasti menarik untuk disaksikan apabila diadaptasi ke drama lakonan.

Info Drama

Episod : 20
Tayangan : Slot Akasia TV3 & iQIYI
Tarikh : Mulai 17 Oktober 2023 (Isnin - Jumaat)
Masa : 7.00 Malam
Penulis Skrip : Sophilea
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Produksi : Pencil Pictures & Record

Drama Bukan Sekadar Lafaz

OST Drama

Lagu : Bukan Sekadar Lafaz
Penyanyi : Wanna Ali dan Aiman Ismail
Komposer : Ayu Puteh
Lirik : Ayu Puteh

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Drama Bukan Sekadar Lafaz menampilkan barisan pelakon seperti Alif Satar, Wanna Ali, Ahmad Idham, Yuna Rahim, Mia Nasir, Malek Mccrone, Kuza, Wanns Ahmad, Yusra Akma, Razzruan Rosli dan ramai lagi.

  • Wanna Ali sebagai Syikin
  • Alif Satar sebagai Hud
  • Yuna Rahim sebagai Aein
  • Malek Mccrone sebagai Dr. Firman
  • Ahmad Idham sebagai Tuan Zaman
  • Mia Nasir sebagia Lufya
  • Wanns Ahmad sebagai Khalid

Sinopsis Drama Bukan Sekadar Lafaz

Drama Bukan Sekadar Lafaz mengisahkan tentang Syikin iaitu seorang pelatih yang baru bekerja di sebuah kafe yang terkenal di bandar.

Semasa bekerja, dia bertemu dengan sahabat lamanya dari sekolah bernama Hud yang bertugas sebagai supervisor kepada Syikin di kafe tersebut.

Kenangan lama yang terpahat pada zaman sekolah dahulu membangkitkan semula perasaan cinta yang terpendam di dalam hati Hud.

Namun, Syikin kini bersama dengan seorang doktor bernama Dr Firman. Hubungannya bersama Dr Firman sangat dicemburui oleh adik tirinya Aein, yang menaruh hati kepada Dr Firman.

Perasaan cemburu ini membuatkan Aein menyusun rancangan jahat untuk merosakkan hidup Syikin. Syikin terpedaya dengan helah Aein yang mengakibatkan kehamilan.

Akibat sangkaan tersebut, Tuan Zaman berang dan memaksa Syikin untuk berkahwin dengan Dr Firman untuk mengelakkan fitnah terhadap keluarga mereka.

Dr Firman rasa seolah dirinya dipermainkan lalu menolak permintaan Tuan Zaman.

Menyedari situasi yang dialami Syikin, Hud kemudian menawarkan dirinya untuk berkahwin dengan Syikin untuk menyelamatkan maruah mereka sekeluarga.

Drama Bukan Sekadar Lafaz

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Bukan Sekadar Lafaz - Sinopsis Dan Tayangan TV3 & iQIYI"