Itinerari Percutian Di Seoul Korea Sekali Lagi Dengan Taraf 5 Bintang Bersama Shaklee

itinerari seoul korea selama 4 hari bersama shaklee

Siapa sangka selepas 7 bulan pulang dari Korea Selatan, aku kembali semula ke dunia kPop itu dan kali ini merasai pengalaman bercuti tahap 5 bintang bersama Shaklee yang pastinya fully sponsered selama 4 hari 3 malam di Seoul.

Jadi dalam perkongsian pengalaman aku kali ini, aku nak buat disclaimer awal-awal dimana itinerari aku ni sepenuhnya ditetapkan oleh company travel & tour dan tiada perbelanjaan bajet yang dikongsikan secara menyeluruh. Tapi aku share juga itinerari sepanjang berada di Seoul.

Tapi kalau untuk anda yang ingin pergi sendiri secara DIY, aku ada kongsikan info penuh sebelum ini perjalanan bersama itinerari di Seoul Korea selama 6 hari pada bulan Mac 2023. Anda boleh baca dan dapatkan rujukan terbaik disana.

Disini aku nak kongsikan pengalaman bercuti di Seoul Korea bersama tour guide dengan layanan 5 bintang yang diberikan oleh pihak Shaklee kepada setiap peserta yang layak seramai 200 lebih orang dalam incentive trip kali ini.

💡Table Of Contents

  1. Penerbangan Bersama Korean Air
  2. Cuaca Di Seoul Korea
  3. Penginapan Terbaik Di Myeongdong
  4. Perjalanan Sepanjang Di Seoul
  5. Itinerari Dan Perjalanan Selama 4 Hari Di Seoul, Korea Bersama Shaklee
  6. Kesimpulan

Penerbangan Bersama Korean Air

Dalam trip kali ini lebih 200 orang yang sertai, jadi sebenarnya tak cukup untuk sumbat kesemuanya dalam satu penerbangan. Jadi pada hari tersebut, ada 2 airlines yang terlibat iaitu Malaysia Airlines (MAS) dan Korean Air (KA).

pengalaman naik Korean Air

Alhamdulillah, aku salah seorang yang terpilih untuk merasai penerbangan bersama Korean Air untuk pergi dalam balik buat kali pertama. MAS dah pernah beberapa kali sebelum ini. Jadi ini pengalaman bagi aku yang sukar untuk dapat. Rasanya tiket flight pun mahal juga.

Aku rasa flight masa pergi dieorang guna flight baru berbanding waktu balik. Aku rasa dari segi keluasan, sama je dengan MAS. Tapi teknologi lebih menarik, antaranya skrin infotainment tak perlu ketuk-ketuk. Memang touch screen dan sangat smooth. Buka lampu bacaan pun atas skrin.

Selain itu, biasa kalau tingkap, kita buka tutup secara manual, tapi tidak dalam Korea Air. Dieorang guna sistem butang, tekan-tekan nanti dia tukar ke warna gelap dan sebaliknya. Tapi ni masa flight pergi je la, masa balik flight lama rasanya, teknologi sama je macam MAS.

Pelepasan dari KLIA ke Incheon Airport adalah pada pukul 11.20 malam. Jadi KA ada siap-siap sediakan selipar dan set berus gigi. Jadi mudah untuk yang muslim terutamanya nak solat subuh dan berus gigi sekali. Yes, solat subuh dalam flight.

pengalaman naik Korean Air

Untuk info, makanan Korean Air secara asasnya tidak halal. Jadi pengguna muslim semua, perlu request untuk makanan halal. Pada waktu pergi, aku dapat mee udon dan udang dan waktu balik dapat nasi rendang daging dan roti daging Korea. Bukanlah terbaik, tapi mengenyangkan.

Semua benda best, tapi ada satu je tak best. Sebab luggage yang dibenarkan untuk check-in adalah sebuah dengan berat 23 kg sahaja dan tidak boleh kongsi walaupun dalam group. Jadi setiap orang yang naik KA pada hari tersebut, pastikan luggage berat tidak berlebihan, jika tidak kena bayar.

Cuaca Di Seoul Korea

Kali pertama aku datang sebelum ini, pergi waktu hujung winter tetapi masih sejuk. Suhu daripada 9-15°C. Sebenarnya agak sejuk ketika itu, sebab kena juga pakai winter coat yang bubble baru sedap dan warm sikit.

Inilah antara pakaian aku masa autumn pada Oktober 2023 di Seoul, Korea. Pakai macam biasa, dah nyaman dan selesa.

contoh pakaian autumn seoul korea

Tapi trip kali ini adalah waktu awal Autumn. Dulu datang pokok dah tinggal ranting sahaja, tiada daun. Kali ini datang daun sudah mula emas, kekuningan dan bertukar warna merah. Suhu pula average 20°C sangat nyaman. Pakai kemeja sahaja pun selesa.

Jadi kalau nak best berjalan, inilah waktunya pada bulan Oktober-November. Takyah bawa jaket tebal-tebal.

Penginapan Terbaik Di Myeongdong

Trip 5 stars, hotel pun mestilah yang terbaik ada di Seoul kan. Jadi sepanjang 4 hari berada di sana, aku dan peserta lain menginap di Nine Tree Premier Myeongdong 2 dan setiap peserta atleast diberikan 2 orang untuk 1 bilik. Aku dengan adik aku la sebilik.

Bilik besar. Dia bagi 2 katil super single. Selain itu, ada sofa juga disediakan. Tandas pun besar dan selesa untuk bersiap semua. Nak buang air, ada disediakan bidet, tapi bukan paip air la. Tapi masih senang digunakan.

BACA : Review Nine Tree Premier Hotel Myeongdon 2 Seoul Korea

Sebab utama kenapa Shaklee pilih hotel ini sepanjang trip ini adalah kerana lokasi yang berdekat dengan tempat makan halal iaitu di Myeongdong. Kalau siapa tak tahu, di Myeongdong ada 5 restoren halal terpaling famous disana; Kampungku, Maehwa Yanggochi, Bakso Bejo, Busan-Jib dan Kim Seri Restaurant.

menginap di hotel 4 star nine tree premier myeongdon 2 seoul korea

Dalam masa yang sama juga, selain makanan halal, disini juga menjadi antara tempat untuk shopping barangan Korea. Kat sini kan ada Myeongdong Night Market. Jarak antara hotel pun ambil masa kurang 15 minit je jalan kaki. Memang setiap malam pun turun ke sana. Best gila.

Selain itu juga, dalam hotel ini sendiri ada convenient store iaitu GS25. Nak cari aiskrim lemon, susu pisang dan sebagainya, tak perlu pergi jauh-jauh pun. Turun di tingkat bawah dan terus sampai ke kedai. Dikeliling pun ada 7-eleven, CU Mart dan Starbucks sekali pun. Cukup sempurna!

Perjalanan Sepanjang Di Seoul

Kalau kita bergerak dalam kumpulan kecil macam aku sebelum ni dengan family 14 orang, senang bergerak guna subway je. Semua tempat boleh sampai. Selain itu, tak perlu hadap jammed terutamanya waktu puncak.

Tapi disebabkan kami 200 peserta, jadi sepanjang trip ini, kami semua menaiki bas sahaja. 4 biji kesemuanya. Setiap bas ada disediakan local tour guide iaitu orang Korea sendiri. Macam-macam info la aku dapat.

naik bas di korea selatan

Suprisingly, 2 daripada 4 local tour guide boleh berkomunikasi dalam bahasa Indonesia. Ini kerana mereka pernah belajar di sana sebelum ini. Tapi still la guna english sebagai lingua utama sepanjang perjalanan. Tak ingat nama la. Siapa ingat, tulis la dalam komen.

Itinerari Dan Perjalanan Selama 4 Hari Di Seoul, Korea Bersama Shaklee

Now aku nak share dengan semua pembaca tempat-tempat yang aku dan peserta lain melawat sepanjang percuti 5 stars di Seoul Korea dari 23 hingga 26 Oktober 2023. Tapi sebenarnya 3 hari sahaja ada jadual lawatan, hari terakhir sudah free dan ingin pulang ke Malaysia pun

⏵Day 1 (23 Oktober 2023)

[Seagull Boat Ride > Songwol-dong Fairytale Village > Lunch > Namdaemun Market > Myeongdong]

KA touch down di Terminal 2, manakala MAS di Terminla 1 di Incheon Airport. Lebih 7.30 pagi dah sampai dan bersiap-siap bersihkan diri sikit, terus bergerak naik bas untuk breakfast makanan chinese di Myungpoomkwan Korean Restaurant. Tak tahu la makanan apa. haha Belum pergi hotel lagi ni.

Myungpoomkwan Korean Restaurant

Lepas selesai kita makan, now destinasi pelancongan pertama bagi burung pula makan di Seagull Boat Ride di Yeongjong, Incheon. Kalau korang nak merasai pengalaman ini, rasanya kena beli tour package di Klook (Disini). Boleh dapat sekali rail bike.

aktiviti seagull feed boat incheon

Sebelum naik boat, kami diberikan snek seorang satu. To be honest, pengalamannya sama seperti Seagull Feeding masa aku di Istanbul pada tahun 2022 yang lalu. Yang penting amik gambar jadi cantik gila. Sebab iPhone 15 la apa lagi. Baru beli kat sini. Dalam 20 minit macam tu.

Selesai lepas tu, jalan kaki pula ke satu lagi destinasi pelancongan yang ada di Incheon iaitu Songwol-Dong Fairytale Village. Sini pada asalnya sebuah kampung, tapi dicantikkan dengan car dan letakkan figura fairytale macam snow white, peterpan dan sebagainya. Budak-budak suka la kot.

Datang free je dan aktiviti sini memang semata untuk bergambar sahaja. Selain itu, area sini juga ada Chinese Town katanya. Tapi aku tak sempat pergi hari tu, Sebab dah penat jalan untuk bergambar. Luas tempat ni.

melawat Songwol-Dong Fairytale Village

Dah setel sini, terus ke bandar Seoul untuk lunch di Noryangin Fish Market. Tempat terkenal kalau nak makan seafood fresh di Korea. Memang satu periuk dia bagi; ada udang, lala, sotong dan macam-macam lagi. Makan la sampai kenyang.

lunch seafood di Noryangin Fish Market

lunch seafood di Noryangin Fish Market

Sebelum check-in hotel, kami singgah di Namdaemun Market untuk shopping. Hari pertama sampai dah shopping terus. Kat sini paling famous sudah tentu kedai makcik salmah untuk beli souviner murah-murah. Nak cari stoking, i love Korea shirt kat sini murah. Dah selesai barulah check-in hotel.

shopping di Namdaemun Market

shopping di Namdaemun Market

Untuk dinner, kami semua diberikan elaun makan. Jadi malam makanan tidak sediakan oleh pihak Shaklee dan kami kena cari sendiri di Myeongdong. Aku rasa inilah part paling menarik sekali untuk hari pertama.

Tempat yang aku nak sangat pergi masa kali pertama dulu iaitu nak makan bbq Korea di Maehwa Yanggochi, sebelah Kampungku. Trip sebelum ini, adik aku je makan. Kali ini aku dapat rasa sendiri masa bbq dalam cuaca sejuk autumn.

Aku order 2 set daging total 20 cucuk dan baka sendiri. Dia jadi best makan kat Korea ni sebab cuaca sejuk kat luar dan kat makana daging bakar yang panas dan pedas. Sebab ada disediakan serbuk cili kot. Sedap gilaaaaaa. Aku recommend korang datang kedai ni.

dinner di Maehwa Yanggochi Myeongdong restoren halal

Day 2 (24 Oktober 2023)

[Yongin Korea Folk Village > Lunch > Pear Fruit Picking > Lotte Tower > Myeongdon Night Market]

Untuk hari kedua, sekali lagi gerak ke luar Seoul sikit. Perjalanan ke Folk Village ni ambil masa sejam lebih kurang. Tempat ni sesuai untuk orang ramai berkumpul. Tapi kan best, kalau tukar ke Nami Island, lagi cantik. hehe

Secara asasnya kalau anda nak belajar dan merasai pengalaman tentang budaya lama Korea, anda kena datang sini. Folk Village ni luas dan macam-macam aktiviti yang ada dalam ni. Boleh cuba golek beras, jemur jagung, main padi dan sebagainya.

jalan di Folk Village Seoul Korea

jalan di Folk Village Seoul Korea

Semuanya berkaitan aktiviti orang-orang lama Korea dahulu. Anda boleh tengok macam rumah dulu-dulu. Peralatan yang digunakan, cara ianya digunakan dan juga ada persembahan budaya pada waktu yang ditetapkan.

Kat sini, kami ambil masa dalam masa 2 jam, tapi sebenarnya tak cukup kalau nak telaah satu-satu aktiviti. Banyak la juga skip. Kat sini juga, kami solat zohor-asar dan lunch bibimbap pada waktu tengah hari.

Dah selesai semua isi perut dan jalankan kewajipan, bergerak pula ke kebun pear untuk Pear Fruit Picking. Yang ni aku tak pasti area mana. Tapi dia macam gerak jauh sikit dari Folk Village dan bandar Seoul.

Kami diberikan peluang untuk merasai petik buar pear Korea sebanyak 2 biji terus daripada pokok. Paling menarik, buah pear dia besar gila kot berbanding pear yang biasa kita makan kt Malaysia. Rasa manis sikit dan tak lebam pun kalau letak dalam peti ais.

petik buah pear di seoul korea

Tour guide cakap tak boleh bawa Malaysia, takut kena tahan. Tapi masa balik tu, dieorang tak tengok pun. Rugi je buah pear aku tu kat Korea. Rasa seketul je, sebab besar sangat. Selebihnya cuba bagi kepada pekerja di hotel. Tak tahu la dia ambil ke tidak.

Jika sebelum ini, bersama nature dan kali ini kami dibawa menaiki bangunan pencakar langit tertinggi di Korea Selatan dan antara kelima tertinggi di dunia dengan ketinggian 555m bersama 123 tingkat secara keseluruhan.

Merasai pengalaman naik lift daripada tingkat bawah ke atas dalam masa 60 saat sahaja. Harga tiket seorang nak naik 29,000 Won (~RM102). Nak murah sikit, beli di Klook DISINI. Harga RM88 sahaja. Dah jimat kat situ.

Kat sini, memang boleh nampak la seluruh kawasan bandar Seoul daripada atas. Kat sini juga, ada tropong digital, lantai lutsinar dan pelbagai lagi. Cafe pun ada kalau nak lepak-lepak penant pusing atas ni.

merasai naik ke seoul sky lotte tower

merasai naik ke seoul sky lotte tower

Pada belah malam, sekali lagi kena turun ke Myeongdong untuk cari makan. Kali ini taknak makan restoren dah, nak makan di night market iaitu streefood. Kat sini 2 je stall yang ada sijil halal dimana satu jual kebab dan satu lagi chicken skewer.

Makanan wajib anda kena cuba di Myeongdong Night Market ini adalah Chicken Grilled Skewer. Sumpah sedap gilaaa. Makan panas-panas, lepas tu letak sos pedas dan makan waktu cuaca sejuk. Memang surrrr beb. Harga 5000 Won (RM17) je satu batang. Boleh kenyang beb.

makan chicken grilled skewer halal di myeongdong night market

Dah selesai makan, barulah shopping sekitar kawasan ini. Ingat, kat sini pukul 10.00 malam kedai dah mula tutup, macam Diaso, ABC Mart, Uniqlo dan kedai-kedai besar. Tapi night market sampai 11.00 malam pun ada lagi. Kedai-kedai skin care mungkin sampai pukul 10.30 malam baru tutup.

Day 3 (25 Oktober 2023)

[Gyeongbokgung Palace (hanbok), Han River Picnik (lunch) > Shaklee Family Dinner]

Ini kali kedua aku sampai di Gyeongbokgung Palace dan merasai pakai pakaian tradisi Korea, Hanbok. Kalau dulu aku pakai warna biru gelap, kali ini cari yang lain pula dan jumpa warna turquois. Hampir nak pakai warna sama.

Nak sewa Hanbok, boleh tempah disini atau disini yang lebih murah secara online. Anda boleh masuk palace secara percuma kalau pakai Hanbok, kalau tidak kena bayar 3000 Won (~RM10).

Sebab dah belajar dari kesilapan sebelum ini, now sampai terus pergi ke patung Raja Sejong dihadapan istana. Dulu tutup rupanya, patutlah tak nampak. Kali barulah dapat pergi ke kawasan depan tersebut yang sangat luas.

hanbok di gyeongbokgung palace

hanbok di gyeongbokgung palace

Tepat pukul 10.00 pagi tengok Palace Royal Guard Changing Ceremony. Kemudian ada pukul 2.00 petang setiap hari kecuali hari Khamis. Menarik juga tengok macam mana pergerakan dan arahan yang diberikan.

Dah siap lepas tu, barulah masuk ke kawasan istana dan mula ambil gambar sampai lebam. Kali ini aku ada jumpa angle terbaik untuk ambil gambar. Kali ini juga lebih best sebab cuaca tak sejuk sangat pun. Dingin je. Kalau macam bulan Mac hari tu, sejuk betul. Tak tahan lama duduk kat kawasan terbuka.

Selesai semua, kami bergerak pula ke Han River untuk lunch sambil picnik beramai-ramai. Cuaca dingin, memang sedap la layan angin sambil makan ayam goreng. Kami diberikan picnic mat yang cantik beserta set makan tengah hari.

Kat sini memang port piknik la. Best gila kalau lepak tepi sungai dengan angin-angin. Lagi pula kat area kami ni ada CU Mart terapung atas bot tau. Nak beli apa-apa mudah la. Katanya di Han River juga ada Starbucks terapung. Tapi bukan kawasan kami la. Sebab sungai ni panjang dan luas sebenarnya.

piknik di han river

piknik di han river

Kali ni kami pulang awal sikit sebab ada Shaklee Family Dinner. Juga di Han River tapi kali ini kami bukan makan di darat tapi di dalam Hyundai Cruise bermula daripada terbenam matahari hingga waktu malam.

Cruise kami bergerak sepanjangn Han River, jauh juga la. Kemudian patah balik. Dalam masa yang sama, kami dinner, ada aktiviti seperti cabutan bertuah, persembahan magic, tarian, nyanyian dan sebagainya. Makanan ok lah, ada tema Korea dan yang penting kenyang. 

Inilah yang dikatakan layanan 5 stars daripada Shaklee apabila mereka sebenarnya sewa cruise tersebut secara keseluruhan. Tiada orang lain pun atas cruise ni. Disebabkan itulah, part paling menarik ni, kami je rasai di tengah-tengah sungai tersebut apabila disajikan dengan fireworks dalam 10 minit juga rasanya.

dinner shaklee hyundai cruise

dinner shaklee hyundai cruise

Ending untuk Shaklee Trip Korea kali ini power dan cantik. Kemudian balik dan seperti biasa turun lagi ke Myeongdong untuk shopping buat kali terakhir.

Day 4 (26 Oktober 2023)

[Incheon Airport]

Hari terakhir ini, peserta yang menaiki Korea Air akan check-out pukul 11.00 pagi berbanding peserta MAS pada pukul 7.00 pagi lagi. Jadi aku banyak masa untuk rehat ke tidur sebelum sampai waktu kemas-kemas.

Jadi aku ambil keputusan untuk jogging ke kawasan Myeongdong. Bestnya lari dalam cuaca dingin ni. Rasa bertenaga je. Tak rasa penat sangat pun. Now barulah aku tahu, kedai-kedai di night market tu memang tak wujud pada belah siang. Malam baru muncul. Akhirnya dapat jogging di luar negara.

Dah bersiap semua, barulah berlepas ke Incheon Airport pada pukul 12.00 tengah hari untuk penerbangan jam 4.00 petang. Sampai Malaysia pukul 10.00 malam dah.

Selesai...

Kesimpulan

Bagi aku trip DIY Mac yang lalu sedikit berbeza dengan trip bersama tour guide kali ini. Dari segi timing, flexibility, kos, keselesaan dan pastinya kos secara keseluruhan.

Kalau sebelum ini, kena keluar duit poket sendiri, trip kali ini percuma sahaja. Bawa duit shopping je. Sebelum ini, kena buat tempahan sendiri, kali ini semuanya sudah disediakan. Bawa diri sahaja.

Kalau dulu, aku boleh pergi ke mana-mana tempat popular di Seoul, tapi trip ni dioerang pilih tempat yang luas supaya semua 200 peserta boleh merasai pengalaman serentak di tempat yang sama.

itinerari seoul korea selama 4 hari bersama shaklee

itinerari seoul korea selama 4 hari bersama shaklee

Secara keseluruhan, kalau lebih enjoy dan memoriable sudah tentu trip diy aku sebelum ini. Bersama keseluruhan family bercuti di Korea. Kali ini pula, datang dengan adik aku je dan beberapa kenalan yang pernah jumpa sebelum ini.

Dulu anytime boleh tukar jadual, trip kali ini semua sudah ditentukan. Sebenarnya masing-masing ada kelebihan. Tapi kalau minta cadangan, sudah tentu trip diy pergi sendiri lebih manis dan menarik untuk dilakukan.

Secara overall aku puas hati dengan incentive trip Shaklee kali ini. Best juga la. Dulu biasa nak subway, tak nampak sangat keadaan jalan raya, kali ini nampak bas, barulah dapat merasai jammed di bandar Seoul.

BACA : Cara Join Dan Mula Berniaga Bersama Shaklee

Terima kasih Shaklee dan terima kasih juga untuk parents aku sebab bagi peluang ganti dieorang untuk pergi bercuti. Sebab aku je free hehe

Jadi inilah antara perkongsian itinerari aku untuk trip bersama Shaklee kali ini. Kalau nak baca itinerari penuh untuk trip diy aku sebelum ini, boleh baca DISINI. Semoga bermanfaat.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "Itinerari Percutian Di Seoul Korea Sekali Lagi Dengan Taraf 5 Bintang Bersama Shaklee"

Comment Author Avatar
Alhamdulillah
rezeki dapat melancong ke KS