Info Siaran Langsung Live Streaming JDT vs BG Pathum United 12.12.2023

Info Siaran Langsung Live Streaming JDT vs BG Pathum United ACL 2023

Saingan AFC Champions League 2023-2024 bagi peringkat kumpulan bakal melabuhkan tirai apabila perlawanan keenam iaitu yang terakhir bakal berlangsung pada Selasa ini.

Sebahagian kumpulan sudahpun selesai pada minggu lalu, tapi untuk satu-satunya wakil negara mereka akan tutup perlawanan pada hari ini apabila bakal berlangsung pertemuan JDT vs BG Pathum United.

Waktu Perlawanan

Perlawanan ini akan berlangsung pada 12 Disember 2023, iaitu pada hari Selasa dengan waktu sepak mula pada pukul 6.00 petang ini. Kali ini JDT pula menjadi tuan rumah dan akan bermain di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.

Perlawanan Pertama

Dalam kumpulan I ini, kedua-dua pasukan ini sudah pun bertemu sekali pada perlawanan ketiga sebelum ini. Ketika itu, perlawanan berlangsung di BG Stadium, Thailand dan BG Pathum terlebih dahulu sebagai tuan rumah.

Walaupun begitu, juara sedekad Liga Super, JDT tidak gentar apabila bertandang di tempat lawan ketika itu. Mereka datang dengan hanya satu tujuan sahaja iaitu meraih kemenangan untuk meneruskan cabaran dalam saingan ACL kali ini.

Tetapi ternyata, harapan tersebut bukan sekadar laungan sahaja, sebaliknya mereka tunjukkan keazaman sehingga berjaya dalam tempoh 90 minit. JDT ketika itu, pulang dengan 3 mata apabila menang terhadap BG Pathum dengan keputusan 4-2.

Info Siaran Langsung Live Streaming JDT vs BG Pathum United ACL 2023

Sejarah Pertemuan

Ini merupakan pertemuan kali ketiga untuk kedua-dua pasukan. Kali pertama adalah pada tahun 2015 yang mana ketika itu Pathum United menang 3-0 menentang JDT.

Kemudian pada Oktober yang lalu, mereka bertemu sekali lagi setelah diundi dalam kumpulan yang sama. Seperti sedia maklum, pasukan tuan rumah tewas 2-4 kepada pasukan pelawat.

Keputusan kini seri untuk kedua-dua pasukan. Masing-masing pernah menang sekali dan tewas sekali. Apakah keputusan JDT vs BG Pathum United kali ini agaknya?

Perlawanan Pelengkap Jadual

Pertembungan JDT vs BG Pathum secara live kali ini sebenarnya hanya sekadar pelengkap jadual sahaja. Ini kerana JDT dan Pathum United sudah pun terkeluar daripada saingan ACL untuk edisi kali ini.

Untuk kumpulan I, bakal diwakili untuk pusingan suku akhir oleh Kawasaki Frontale FC dan Ulsan Hyundai FC yang mendahulu carta dengan masing-masing 15 mata dan 9 mata.

Meskipun hanya sekadar perlawanan penutup, JDT sudah tentunya tidak mahu terima kekalahan di tempat sendiri. Pemain-pemain pastinya mahukan pengakhiran musim kali ini dengan kemenangan.

Tiket Masuk

Penyokong dan fans JDT pastinya tidak sabar untuk menyaksikan pertembungan JDT vs BG Pathum kali ini di tempat mereka sendiri. Ingin lihat adakah juara liga thai 20/21 itu mampu memberikan saingan atau tidak.

Jadi kalau nak tahu, kena datang la ke stadium pada petang ini. Dapatkan sekarang tiket masuk yang boleh dibeli secara online menerusi ticket.tickethotline.com.my.

Siaran Langsung JDT vs BG Pathum United

Manakala bagi yang menonton di rumah, jangan risau dimana tayangan siaran langsung juga turut disediakan. Anda boleh saksikan perlawanan ini menerusis saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go.

Bagi yang tidak mempunyai akses astro, anda masih boleh juga mononton perlawanan ini. Boleh live streaming menggunakan platform Sooka. Hanya langgan pas 24-jam dengan harga RM12.90 sahaja.

Info Siaran Langsung Live Streaming JDT vs BG Pathum United ACL 2023

Jadual & Keputusan

Berikut merupakan jadual perlawanan untuk saingan terakhir ACL 2023/2024 untuk kumpulan I. Mempertemukan Johor Darul Ta'zim vs BG Pathum United.

12 Disember 2023 (Selasa)

FT : JDT (4) - (1) BG Pathum United

  • Igor Sergeev 28'
  • Bérgson da Silva 55', 66'
  • Endrick dos Santos 86'
  • Arif Aiman Hanapi 90'+2

Masa : 6.00 Petang
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

*JDT mengakhiri saingan AFC Champions League 2023 ditempat ketiga dalam kumpulan I sekali gus tidak layak ke suku akhir

Untuk keputusan akhir live JDT vs BG Pathum ini, anda boleh dapatkan disini. Akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post